Bab 4: Tingkah Laku

32 1 0
                                    


POV Harith

"So, apa yang kau dengan budak rumah kau buat? Best tak pergi sana? Kau ok tak Ris?," tanya Hazim. Hazim dan aku sedang menuju ke dobi di sebelah mamak. Semasa dalam perjalanan, aku dan Hazim berbual tentang apa yang berlaku di Melaka. Aku mengangkat bakul yang dipenuhi dengan baju kotor aku. Pada mulanya, aku mahu ajak Asyraf tapi dia ada hal di bilik dia. Oleh itu, aku ajak Hazim saja.

"Hmm alhamdulillah makan sedap weyh. Kenyanglah tapi. Hehehe," balas aku.

"Itu je? Aku rasa Hairi bukan ajak sorang je kan? How's ur emotions that time? Can u control yourself?," tanya Hazim dengan nada serius. Hazim tahu tentang apa yang berlaku masa Hairi marah aku. Aku bagitahu Hazim sebab aku memerlukan seseorang untuk berkongsi.

"Yeah I'm good. Thanks for caring. Cuma aku rasa macam awkward sebab semua tengah borak benda lain dan aku just look at the outside je. Aku masa tu cuma fikir macam aku malas nak cakap sebab aku tak tahu nak cakap apa. Lagipun, Hairi tengah borak dengan Hakim. Fateh pulak tengah sibuk join sekali. Fiqal sambil-sambil borak tu tengah dengar lagu. Aku pun rasa macam aku takleh buat apa-apa," balas aku. Ya, itulah apa yang aku rasa tapi bukan sepenuhnya. Sebab aku sebenarnya masih tak tahu nak cakap apa, lagi lah ada Fateh. Sangat annoying ya bagi aku. Disebabkan aku ni dipaksa ikut, aku pun taknaklah kecilkan hati Hairi. I wish though I can confess to him but at the same time, I know it's wrong. Having both crush, man and woman, it's confusing.

Aku dan Hazim sampai sahaja di dobi, masukkan baju ke mesin basuh dan duduk di bangku. Aku ajak Hazim untuk ke mamak sambil mengeteh. Sementara menunggu baju siap basuh, aku berborak-bora tentang laptop kitorang. Sempat juga aku menambah ilmu tentang laptop sebab laptop aku sudah teruk, makin laggy, banyak bug, dan pernah sekali blue screen. Hazim banyak guide untuk lajukan laptop aku dan sarankan aku untuk beli SSD dan tambah RAM laptop.

"Tapi kan, aku nak tahu weh, brand apa yang murah? Macam Kingston aku tahulah, mahal tapi berbaloi. Ada ke jenama lain?" tanya aku.

"Adata,"balas Hazim. "Tapi, pasang tu aku tak pandai. Lagi satu, kau punya laptop kan ada disc. So, maybe kene beli Caddy. Nak letak SSD kan? Itu jelah suggestions aku," balas Hazim sambil minum air teh ais.

"Harga tu memang lah mahal bagi kita sebab kita student kan tapi kalau nak buat kerja tu confirm berdesup je," tambah Hazim.

Notification phone aku berbunyi.

Alimi:Harith, kitorang gi kafe. Pape roger. Kunci kau ada tak?

Takda. Tapi aku rasa aku balik lambat ni. Korang nak apa2 ke?:Aku

Alimi: Tak.

Ok.:Aku

Oh diorang semua takde kat rumah ni. Aku kadangkala rasa kecil hati sebab bila diorang semua keluar, diorang tak pernah atau jarang sekali ajak aku. Atau, aku yang banyak avoid jumpa diorang? Atau aku mengelakkan diri daripada jumpa Fateh dan malas nak berbual pasal crush diorang? Ahhh aku pelik dengan diri aku ni. Tapi, apa pun aku harap diorang dapatlah bahagia.

Dan sebenarnya, aku rasa lega sebab aku dapat tukar topik bila berbual dengan Hazim pasal aku ke Melaka. Aku rasa biarlah aku simpan masalah aku ni. Lagipun, aku masih tak tahu apa cara penyelesaian dia. Setiap orang, ada caranya dan cara mereka adalah ikut kesesuaian masing-masing. Aku masih lagi buntu dan aku harap aku dapat selesaikan secepat mungkin masalah aku ini.

POV Hakim

"Weyh Ri, jomlah beli makan. Aku lapar dowh. Dah pukul berapa ni," cakap aku. Aku baru sedar dah pukul 8.30 malam dan Hairi masih lagi di katilnya, baring dan tengok video. Harith tiada sebab dia pergi basuh baju dengan Hazim.

Harith: Merenung JauhWhere stories live. Discover now