Bab 7 Selesa

24 2 1
                                    

POV Harith

So aku agak pelik sekarang. Aku taklah sakit mana pun kat kepala pening-pening lalat sahaja. Tapi apa motif si pendek ni ajak aku ke kafe? Selalunya kalau ke kafe dia ajak Fateh, Haqi, Hakim dan Ahmi. Lagi satu, kalau niat diorang ke kafe ni memang borak pasal crush memasing sampai tak ingat masa. Kenapa aku berdua je dengan dia? Hmm aku musykil sangat-sangat.

"Dah sampai, jom turun. Ko nak aku papah kau tak?" kata Hairi.

"Eh takyah. Aku ok-" kepala aku berdenyut-denyut cuma tidaklah sakit macam di tandas tadi.

"Hmm jap. Aku bukakkan pintu kau. Duduk dulu." Hairi buka pintu lalu papah aku. Aku pegang bahu Hairi dan saat yang membuatkan hati aku sangat cemas. Jantungku pam darah sangat laju. Aku dipeluk Hairi dan dia memandang wajahku. Mukaku merah, seperti cili. Ya, sangat malu dan aku rasa janggal. Air liurku ditelan. Sangat lama kami merenung dan aku terpaksa ingatkan yang dia mahu makan di kafe. 

"Ermm Ri, nak makan kan? Jomlah" kataku.

Hairi senyum dan pegang aku. Aku terus mencari tempat duduk.

"Hi kamu berdua boleh tulis dulu ya di sini, dah sudah nanti boleh panggil kami. Tekan butang ni" kata pelayan perempuan.

Aku memesan makanan yang ringan dan murah sebab masih lagi pelik dengan apa yang berlaku di parking kereta. 

"Kau betul ni nak makan tu je? Bukan kau suka makan berat ke? Jap aq orderkan ni" 

"Weyh Eri, takyahlah. Aku taknak lah makan mahal-mahal. Kau pun tau kan kita ni student bukannya berduit pun. Aku pun pelik kenapa tiba-tiba kau ajak aku makan ni. Takde ribut, takde petir, tau2..."

"Rith, aku nak cakap ni.."

Aq tergamam kejap. Lahh mamat ni nak cakap apa? Aku ada buat salah ke kat library tadi? Dia dengar ke apa aku cakap dengan Hazim? SH*T! Tenang Rith, jangan gelabah nanti berpeluh teruk.

"Ermm kita order dulu lah makan pastu baru ko cakap boleh? Hehe..." aku ketawa agak awkward.

Muka dia agak annoyed dan dia pun pesan makanan. Semasa makan, beberapa kali aku perasan yang dia asyik curi-curi pandang aku. Kenapa mamat ni? Mencurigakanlah! Kalaulah ada Hazim lama dah aku minta tolong dia! 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sedap tak makan tadi? Maaflah tak berapa mahal macam kafe ko pernah bawak dengan budak rumah dulu." kata Eri dalam kereta. Kami sedang menuju ke tepi sungai sebab dia nak tengok sungai nak menenangkan fikiran.

Jap aku pelik. Tak pernah dia perangai macam ni. Bukan kau dengan Fateh je ke yang selalu ajak ke sana sini? Pehal aku pulak? 

"Aah not bad. Bagus gak taste kau. Tapi bab harga tu, kau janganlah bawak makan kat situ lagi. Aku tak suka lah orang belanja aku makan mahal-mahal. Lagi-lagi..."

"Rith, aku terhutang budi dengan kau. Sebab tulah aku belanja makan. Aku nak cakap yang..."

Tiba-tiba kereta kat belakang hon. Kitorang agak terkejut juga. Rupanya member aku. Dia potong kereta Eri dan memecut ke depan.

"Lahh Saiful ke mamat ni buat takut je" kata aku. 

Eri diam sekali lagi dengan muka marah dan merah menyala. Aku macam terkejut dan aku agak buntu dengan apa yang berlaku. Aku menenangkan dia,

"Eh Hairi, kau ok tak? Kalau tak, aku drive, muka kau merah tu. Jap aku ambil air. Nak aku urut leher ke?"

"Tak perlu. Ermm... give me your hand."

Harith: Merenung JauhWhere stories live. Discover now