"If you come any closer, I will not let you go"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸Malam itu, empat beranak itu berkumpul di pangkin sambil tangan sibuk menguli tepung untuk membuat kuih badak berendam. Suasana malam itu meriah sekali dengan Zhafran yang tiba-tiba saja menyalakan pelita di sekeliling tanah luas di hadapan rumah Tok Mak.
"Raya lambat lagi laaaa Zhafran oiiii tebiat apa lah awak ni....." Ujar Puan Hamidah. Pelik betul anak bujangnya sorang ni. Yang aneh-aneh saja idea dalam otak dia tu.
"Laaa ibu, kan saudara-mara kita balik nak cuti sekolah ni?Biarlah Zhaf pasang pelita ni. Alang-alang boleh main bunga api. Ye dak Ina?" Dia yang lincah menyalakan pelita itu mengerling ke arah Amrina. Nak minta support.
Amrina yang memandangnya itu hanya senyum lalu menggelengkan kepala. Kadang-kadang dia terkejut juga melihat perangai keanak-anakan Zhafran. Dahulu, dia lihat Zhafran sebagai seorang pendidik yang tegas dengan kerjanya. Professionaliti dia dalam menjalankan tugas memang baik malah dipuji oleh guru-guru senior lain. Yalah, kedatangannya ke sekolah tersebut memang mengundang ramai peminat dari kalangan guru muda dan pelajar. Namun, tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Itu adalah antara satu sebab mengapa dia amat menghormati bekas gurunya itu. Rindu pula nak lihat sisi tegas seorang Aisy Zhafran.
"Ina, tepung tu kalau kental sangat tambah air ya, takdelah keras kekong je. Nak bagi kenyal kenyal gitu ha. Apa orang putih kata, chewy?" Sambil rancak menasihat, tangan Puan Hamidah juga rancak menggentel tepung kepada bentuk bulat-bulat kecil. Amrina membalas arahan Puan Hamidah dengan anggukan lembut sambil mata fokus kepada tepung di dalam mangkuk.
Hasil kerja Amrina memang patut dipuji. Tepung tak bersepah, kemas saja tempat dia melakukan kerja. Tepung yang diuli pula tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
Tok Mak pula membenamkan ketulan kecil gula melaka di dalam tepung yang sudah digentel tadi.
Zhafran yang masih sibuk memasang pelita terakhir di perkarangan rumah itu mengalihkan pandangan ke arah pintu pagar rumah Tok Mak. Kelihatan tiga buah kereta memasuki kawasan rumah itu.
"Haaaa tu kan Zhaf dah cakap ibu! Tak sia-sia Zhaf nyalakan pelita ni walaupun kita tak raya lagi." Terus dia bawa langkah kearah kereta yang sudah berhenti di hadapan rumah neneknya.
Kelihatan Pak Usu keluar dari kereta pertama bersama isteri dan tiga orang anaknya. Kemudian, di kereta kedua Mak Lang Siti keluar dari perut kereta dengan suami dan dua orang anak daranya. Dan kereta terakhir merupakan kereta milik Razif, anak Mak Lang Siti yang sulung. Umurnya dan Zhafran sebaya maka mereka rapat antara satu sama lain.
"Zhaf....makin kacak ya kamu sekarang..." Ujar Mak Lang Siti yang menuju ke arah pangkin Tok Mak. Zhafran menyambut huluran tangan tua itu. Bibirnya mengukir senyum sumbing. Berbunga hatinya apabila dipuji. Ceyy
Sanak saudara yang baru saja tiba itu kemudian bersalam-salaman. Mak Lang Siti mengalihkan pandangannya kepada Amrina. Gadis yang sedari tadi diam tidak berkutik sambil menggentel kuih itu menarik perhatiannya.
Puan Hamidah yang perasan akan perihal itu terus membuka mulut. "Lang, ni anak angkat aku. Bekas anak murid Zhafran masa dia jadi guru sementara dulu. Amrina Zahirah namanya." Usai itu Amrina terus menghulurkan tangan kepada Mak Lang. Huluran Amrina disambut Mak Lang penuh sopan. Lembut nampaknya gadis ini. Ujar Mak Lang di dalam benaknya. Sejuk matanya memandang Amrina yang bertudung sarung hitam itu.
Mereka berkenal-kenalan dan berborak untuk bertanya khabar. Meriah rumah Tok Mak malam itu. Tanpa sedar, sepasang mata memandang Amrina tidak berkutik.
"Hoi, Ajip!" Zhafran menyergah sepupunya yang diam tidak bersuara dari tadi. Dahlah terpaku gitu je lepas pandang pangkin. Kena sampuk ke apa budak ni.
YOU ARE READING
Takdir Untuk Kita
RomanceHidup dalam keluarga yang kejam,dilayan seperti sampah,mampukah Amrina Zahirah bertahan? Kisah lalu membuatkan Mariam, Mak Ngah berdendam dengan Amrina. Hanya kerana sebuah dendam lama, Amrina yang menjadi mangsa. Masa depan gadis manis itu tak laya...