Bab 9 - Tok Mak

373 8 2
                                    

"You are the one who teach me how to love,and you are the one I am giving my love"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Tepat jam 5.30 pagi, jam loceng berbunyi. Amrina meregangkan sedikit badannya yang lenguh. Pertama kali dapat tidur diatas tilam seempuk ini. Tiba-tiba, dia teringatkan mak ngahnya. Sejahat-jahat Mak Ngahnya, dia tak pernah membenci Mak Ngah dan keluarganya. Ah, tapi dia tetap perlu keluar dari rumah itu. Untuk kebaikannya juga. Jauh di sudut hati, dia mengharapkan agar mak ngahnya mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Dia mencapai tuala lalu membersihkan diri. Usai menyiapkan diri, dia terus bersimpuh di atas sejadah baldu yang telah dibentang. Menunggu azan subuh berkumandang. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar. Memohon keampunan dari Allah. Tidak lupa juga untuk berselawat untuk Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Tidak lama itu, azan berkumandang.

Entahlah, namun kali ini azan yang didengari memaknakan kebebasan buatnya. Hatinya semakin tenang dan lega. Tanpa perlu merisaukan nasibnya yang tidak terbela. Kini dia ada abang Zhafran dan Puan Hamidah. Tuhan, moga peluang yang Kau datangkan ini memberi aku kekuatan untuk terus hidup.

Setelah itu, dia bangun untuk menunaikan solat. Usai solat, dia berwirid seketika. Lalu, dia bangun melipat sejadah dan mengambil tudung ekspresnya untuk turun ke dapur. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Dilihat rumah masih sunyi. Mungkin abang Zhafran dan Puan Hamidah masih tidur.

Dia terus ke peti sejuk untuk melihat isi di dalamnya. Ikan bilis, cili, ada. Ada juga nasi malam semalam yang disejukkan. Dia berlalu pula ke kabinet untuk mencari bawang merah dan bawang putih. Hmm,semua ada. Nasi goreng is the menu for this morning!

Segera dia mengupas dan memotong bahan yang perlu. Beberapa minit selepas itu, dia menumis bahan lalu menggoreng nasi. Setelah selesai, dia menggoreng telur mata kerbau sebagai penambah menu. Kemudian, dia membancuh teh o panas. Setelah siap, dia menghidang semuanya di atas meja makan. Siap!

Tidak lama itu, kedengaran pintu utama dikuak. Eh?

"Ina dah bangun?" Kedengaran suara Puan Hamidah bertanya di ruang dapur itu.

"Dah lama dah makcik.Hehe." Jawabnya lembut.

"Hmmmmmmm sedapnya bau! Siapa masak?" Suara Zhafran pula menerjah di dapur. Dia nampak segak dengan berbaju melayu hitam dan bersongkok. Cair. Cair Amrina saat bersua dengan sekujur tubuh itu.

"Siapa lagi? Ina lah." Jawab Puan Hamidah. Kerusi meja makan ditarik.

"Ina tak perlu pun buat sarapan. Kami memang selalu beli kuih je kat depan masjid tu." Kata Zhafran lalu duduk di kerusi.

Sambil itu, Amrina mencedok nasi ke dalam pinggan Puan Hamidah dan Zhafran. "Tak susah mana pun abang, saya memang dah biasa. Hehe."

"Biasanya pagi macam ni saya dengan ibu breakfast berdua je. Ni dah ada awak, bertiga dah. Bising lah sikit lepasni. Boleh buat konsert." Zhafran cuba berjenaka.

"Ish, kamu ni! Makanlah cepat nasi tu." Ada yang dicubit jugak budak ni. Desis Puan Hamidah. Zhafran dan nakalnya tak boleh dipisahkan.

"Makanlah sekali dengan kami Ina. Apa ni berdiri macam orang gaji. Mak Jah pun makan sekali tau kalau makan tengahari." Lengan Amrina ditarik perlahan untuk duduk makan.

"Oh, kejap saya tuang air." Amrina meminta izin. Dia segan sebenarnya.

"Ina kan dah jadi keluarga kami. Jangan segan lah. Duduk aje. Saya tuang sendiri." Zhafran menyokong kata ibunya.

Lalu kemudian Amrina duduk di sebelah Puan Hamidah dan mencedok nasi ke dalam pinggannya.

"Mak Jah mana bu?" Zhafran bertanya memecahkan kesunyian.

Takdir Untuk KitaWhere stories live. Discover now