"You are the one who teach me how to love,and you are the one I am giving my love"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Dia pulang ke rumah dengan keadaan serabut. Serabut fikirkan soal Amrina. Kemungkinan sepupunya bermulut jahat itu akan mengadu. Kemungkinan Amrina akan mendapat lagi. Kemungkinan untuk Amrina sakit lagi. Ya Allah lindungilah dia.Dia lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Ikon mesej ditekan. Dia menaip sesuatu. Moga Amrina dapat baca.
Assalam Amrina,is everything alright?
Dia tak berharap Amrina akan membalas terus. Walaupun hatinya meronta ingin tahu keadaan anak muridnya itu.
Wasalam Cikgu,ya,semua okay,cikgu jangan risau. Terima kasih kerana ambil tahu :)
Itu saja yang dibalas Amrina. Pendek tetapi dapat meringankan beban yang terbuku di hati Zhafran. Allah, hentikan derita Amrina. Doanya dalam hati.
Baguslah kalau macam tu.I ngat, apa apa masalah mesej saja saya ya.
Punat sen ditekan. Hantar. Lega dia, hanya Tuhan yang tahu.
Sabarlah Amrina, saya akan tunggu masa sesuai. Tekadnya dalam hati.
*********************
"Ishhhh!!!," bantal peluknya dibaling. Rasa nak tumbuk tumbuk aje muka perempuan itu."Tak, yang si Zhafran nak jumpa si hodoh tu kenapa? Aku yang lawa ni kan ada?," Dia pergi ke hadapan cermin. Membelek-belek muka dan susuk tubuhnya.
"Ni ha, rambut aku tak cukup menggoda ke? Baju ni tak cukup ketat?," Rengusnya lagi.
"Perempuan tu! Dia memang cari nahas! Siaplah kau mak balik malam nanti! Mampus kau kami ganyang!" Khairin senyum senget.Dia berura ura nak belasah Amrina. Sebab maknya ada! Yeay! Aku nak ambik cili, tonyoh kat muka buruk kau tu perempuan!
Khairin gelak jahat.
********************
"Cikgu, saya tak sedap hati lah. Serius tak sedap." Syakila berkata di corong telefon."Maksud awak?" Zhafran boleh agak.Boleh agak sangat sangat.
"Si Khairin muka penyapu tu, dahlah mulut busuk, hati pun sama. Dia mesti mengadu punya. Ya Allah saya risau lah cikgu. Jom kita bawak dia keluar dari situ." Syakila membuat keputusan terburu buru. Tak sedap hati wei!
"Eh, Syakila, jangan buat keputusan macam ni. Ya, ikut hati saya, nak aje saya bawak Amrina keluar dari rumah puaka tu. Tapi awak tahu kan kita akan disalahkan kalau kita sesuka hati bawa anak gadis macam Amrina tu lari?" Jelas Zhafran panjang.
"Tapi mereka dah melampau cikgu! Melampau sangat! Parut di badan Amrina tu. Tak terkira dah!" Syakila membuak marah. Ikutkan hati, nak aje dibakar rumah Mak Ngah Amrina tu. Kalau tak kenangkan dosa, dah lama dia buat. Huh!
"Takpe, Amrina is a clever girl. Dia tahu bila nak bertindak. Dan, kalau sesuatu buruk jadi kepada dia, saya yang akan bergegas ke sana."
"Cikgu tolong ya? Selamatkan dia. Amrina is a lovely girl. Masa depan dia tak layak musnah di tangan manusia macam keluarga makcik dia tu!" Gerutu Syakila.
"Iya, saya akan. Dahlah, nak masuk maghrib dah. Better awak solat, doa supaya Allah mudahkan urusan Amrina, urusan kita." Zhafran menasihati anak muridnya.
"Hmm, okay la cikgu, Assalamualaikum." Panggilan ditutup.
Sekarang ni, Amrina yang dirisaukan. Asal senyap je? Telefon dibelek. Takde mesej dari Amrina ke?
Dia beristighfar. Ish! Apa kau ni! Kau kan cikgu dia je. Melebih pulak. Lalu dia bergegas ke bilik air untuk berwuduk.
***********************
Selesai solat maghrib, dia berdoa. Moga Tuhan mencucuri roh ibu bapanya. Memudahkan urusan dua insan yang banyak mengambil berat tentangnya dikala dia rasa hidupnya sudah hampir kelam. Tak tersangka olehnya. Dua insan itu membantunya.Usai solat, dia menyusun sejadah di tepi dinding. Tak ada penyidai. Dia letak saja.
Sedang dia duduk sambil memikirkan sesuatu, satu jerkahan kuat datang dari luar biliknya. Semakin hampir kedengaran bunyi itu. Tubuhnya menggeletar. Tahu sudah apa sebabnya.
Dia teringatkan kata kata Cikgu Zhafran. '...demi masa depan awak'.
Ya,dia nekad kali ini untuk keluar.
YOU ARE READING
Takdir Untuk Kita
RomanceHidup dalam keluarga yang kejam,dilayan seperti sampah,mampukah Amrina Zahirah bertahan? Kisah lalu membuatkan Mariam, Mak Ngah berdendam dengan Amrina. Hanya kerana sebuah dendam lama, Amrina yang menjadi mangsa. Masa depan gadis manis itu tak laya...