"You are the one who teach me how to love,and you are the one I am giving my love"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Rumah Tok Mak dipenuhi dengan gelak tawa semasa makan malam.
"Ina tau tak dulu si Zhaf ni nakal dia ya ampun! Semput Tok Mak. Pernah dulu dia pergi celup tangan dalam akuarium lepas tu bagi Tok Mak ikan yang dah arwah tu." Sambung Tok Mak dengan ceritanya."Lah, Tok Mak ni janganlah cerita, malulah Zhaf kat Ina...." Zhafran mencebik. Aduh kantoilah aku ni seorang bekas troublemaker yang berjaya.
"Alah, tapi Zhaf ni bila dah dewasa dia dah matang, tak macam dulu. Jenis yang berfikir sebelum buat apa apa." Tok Mak menambah. Dia melirik kepada Amrina yang tekun mendengar itu. Asyik sekali Amrina mendengar ceritanya sambil menyuap nasi.
Zhafran tersengih. Wah, bangga sikit Tok Mak dah puji. Hehehhehe.
"Eh eh budak ni tersenyum senyum macam kerang busuk, hah Ina, tengok abang Zhaf kamu ni, memanglah dah besar jadi matang, tapi kalau bab mengusik, sampai pening kepala ibu melayan." Puan Hamidah membalas sambil menjegilkan mata pada anak terunanya. Bila diingatkan kembali, Zhafran memang kuat menyakat,sampai kadang kadang dia tengah basuh pinggan pun Zhafran menyergah dari belakang sampai dia melatah.
Zhafran tersenyum. Dia mengalihkan pandangannya pada Amrina yang sedang menghabiskan baki nasinya. Dia mengukir senyuman nipis. Amrina memang kurus, semasa di hospital kelmarin, doktor memaklumkan bahawa BMI Amrina tidak normal. Haih, kalau ya pun benci, bagilah dia makan, marahnya kepada Mak Ngah Amrina di dalam hati. Ni tak, sampai kurang zat budak ni.
Azan Isyak mematikan lamunannya.
"Hah, Isyak dah masuk, jomlah kita jemaah sama sama." Ajak Tok Mak lalu bangun beredar ke sinki.
"Tok Mak, letak je atas sinki, biar Ina basuh." Amrina berlalu ke sinki dan membasuh pinggannya dan Tok Mak.
"Lah, Ina takpela...." Puan Hamidah menegah. Haih budak ni, bagusnya...pandai berbudi bahasa dan mengambil hati orang tua. Detik hatinya.
"Ibu dengan Tok Mak pergilah angkat wudhuk dulu, alah sikit aje ni, Ina nanti menyusul." Amrina menjawab lembut.
"Hah yelah, kami naik dulu." Balas Tok Mak usai selesai mencuci tangannya.
Zhafran memerhatikan Amrina yang sedang membasuh pinggan. Kenapa, ya? Aku tak boleh berhenti pandang dia? Semua yang dia buat menenangkan aku. Cara dia cakap, perlakuan dia, memang buat aku terpaku. Monolognya sendiri. Dia tersedar dari lamunan. Terus dia beristighfar. No Zhaf, dia muda lagi. Jangan fikir sangat, nafsu je ni. Dia menghentikan lamunannya dan berlalu ke sinki.
"Bang, letak je, biar Ina basuh." Ujar Amrina yang sedang leka membasuh pinggan itu.
"Terima kasih Ina." Ujarnya lalu meletakkan pinggan di sinki dan mencuci tangannya. Basuh pinggan pun comel. Zhafran mengelamun.
"Zhaf, mana kamu ni? Cepatlah lambat nak Isyak ni.... Ina? Dah siap ke basuh pinggan? Jom jemaah sekali." Puan Hamidah mengajak.
"Ok bu!!!"J awab Amrina dan Zhafran serentak. Mereka berpandangan lalu meletuskan tawa.
Senang hati Puan Hamidah melihat mereka berdua. Ya Allah apa saja jalan untuk mereka, Kau permudahkanlah. Doanya dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum warahmatullah...."
Usai saja memberi salam, Zhafran menadah tangan berdoa.Amrina mendengar setiap bait doa itu dengan tekun. Setiap kata dalam doa itu seakan meresap dalam hatinya. Hatinya hiba. Sebak memikirkan hidupnya yang sudah lama berada di bawah cengkaman Mak Ngah dan akhirnya Tuhan datangkan manusia manusia seperti Zhafran dan Puan Hamidah.
YOU ARE READING
Takdir Untuk Kita
RomanceHidup dalam keluarga yang kejam,dilayan seperti sampah,mampukah Amrina Zahirah bertahan? Kisah lalu membuatkan Mariam, Mak Ngah berdendam dengan Amrina. Hanya kerana sebuah dendam lama, Amrina yang menjadi mangsa. Masa depan gadis manis itu tak laya...