Bab 7 - Sayang?

416 3 0
                                    

"You are the one who teach me how to love,and you are the one I am giving my love"

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Esoknya, selepas segala urusan selesai, Amrina telah dibawa pulang oleh Zhafran ke rumahnya. Dalam perjalanan, dia menceritakan perihal yang berlaku tika Amrina pengsan dia rumah Mak Ngahnya.  Tiba-tiba dia jatuh kasihan pada Mak Ngahnya. Hanya kerana dendam Mak Ngah terhadap ibunya, dia kini di dalam lokap.

Namun apa yang penting sekarang dia sudah bebas. Nampaknya cita cita yang hendak dicapai bakal dia gapai.
In Sha Allah moga dipermudahkan.

Lama mengelamun, Toyota Camry Zhafran sudah tiba di perkarangan banglo ibunya.

"Okay, jom masuk." Ajak Zhafran ceria.

Hanya anggukan bersama senyuman dibalas. Zhafran berlalu ke bonet kereta untuk mengambil beg Amrina.
Pandangan Amrina tidak berkelip terhadap banglo mewah itu. Tidaklah terlalu mewah, namun cukup besar baginya.

"Cantik? Ni banglo yang arwah ayah saya tinggalkan pada ibu saya sebelum dia meninggal." Celah Zhafran.

Amrina mengangguk mengiyakan.

"Saya tak kaya, Amrina. Segala yang awak nampak ni semua hasil titik peluh arwah ayah saya. Saya ni, cikgu sementara je."
Terang Zhafran. Memang selepas habis saja belajar di peringkat ijazah sarjana muda, dia ditawar untuk menjadi guru ganti di sekolah Amrina. 6 bulan amat cukup untuk dia mengenali gadis manis bernama Amrina.

Pandangan diberikan kepada Amrina yang masih kagum dengan banglo besar itu.

"Sayang ...." Sengaja Zhafran mengusik. Namun Amrina masih leka.

"Sayang ......" Kali ini suara semakin dilunakkan. Amrina mengalih pandangan. Mata mereka bertentang. Lama.

"Er... ehh... cikgu panggil saya apa tadi?" Amrina tersedar dari lamunan. Dia beristighfar dalam hati. Dah terbuat eye contact la pulak! Hatinya berdegup laju.

Jujur, apa yang dia rasa tadi bukan perasaan biasa. Satu rasa yang dia tak pernah rasa. Cinta?

"Saya panggil nama awaklah. Eh, jomlah masuk,jumpa ibu saya." Zhafran cuba mengalih topik. Nak mengelakkan hati dia yang sebentar tadi berdegup laju tu meletup. Sumpah, mata dia cantik. Katanya dalam hati.

"Okay" Jawab Amrina ceria sambil menunjukkan sebaris giginya yang putih. Comel! Desis Zhafran dalam hati.

Mereka memberi salam dan disambut oleh Puan Hamidah yang tergesa gesa dari dapur. Zhafran menyalami ibunya.

"Laaaa Zhaf kata lambat lagi balik? Ni, ibu dengan Mak Jah tak siap masak lagi.." Puan Hamidah memarahi anaknya yang sorang itu. Pandangan dialihkan kepada Amrina.

Amrina menyalamnya dengan penuh hormat. Puan Hamidah senyum dan sebuah pelukan diberikan. Amrina terkesima. Dia membalas pelukan erat Puan Hamidah. Rasa dilindungi apabila dipeluk sebegitu. Rasa seperti dialirkan kasih sayang seorang ibu. Lama mereka begitu. Akhirnya,pelukan dilepaskan.

"Amrina ingat mak cik tak?" Puan Hamidah bertanya.

"Mak cik yang datang bawak kek lapis sarawak masa jamuan kelas kan? Ya, tentulah saya ingat." Amrina menjawab dengan senyum comelnya. Dia ingat lagi betapa baiknya Puan Hamidah dengannya tika itu. Bagai seorang ibu.

"Haah, makcik lah tu. Tak apa, nanti kita buat kek lapis tu sama sama ya? Dah, Zhaf pergi bawa Amrina ke bilik. Sian dia penat. Amrina rehat lah dulu ya?" Suruh Puan Hamidah dengan ramahnya.

"Baiklah, tapi, makcik tak perlu panggil saya Amrina. Panjang sangat. Panggil Ina cukup. Cikgu pun." Kata Amrina.

"Oh,baiklah. Sekarang, Zhaf bawa Ina naik ya. Ibu nak masak" Kata Puan Hamidah lalu berlalu ke dapur.

"Jom, Ina, saya bawa awak ke bilik." Ajak Zhafran.

"Errr cikgu, biarlah saya bawa beg saya sendiri. Malu saya, dahlah rumah cikgu, macam saya susahkan cikgu pulak." Amrina berkata perlahan.

"Ohhhhh malu ya? Okay, sebab awak malu, saya nak jugak bawa beg awak!" Zhafran berkata dengan menjelir lidah. Dia ingat hensem lah tu! Memang hensem pun!

Amrina menggeleng kepala mengenangkan perangai sebenar cikgunya yang macam budak budak tu. Dia iyakan saja.

Mereka mendaki tangga untuk pergi ke bilik tetamu yang terletak di tingkat pertama banglo itu.

"Ok, so this is your room. Takde la besar mana. Tapi saya harap awak selesa." Terang Zhafran.

Ya Allah tak besar cikgu kata? Ada katil queen, almari single, meja solek, siap tingkap bersliding door, bilik air pun ada. Ini dia kata tak cukup besar? Amrina bergumam dalam hati.

"Tak apa cikgu. Cukup dah ni bagi saya. Cikgu bagi tempat berteduh pun saya dah bersyukur. Terima kasih,cikgu." Kata Amrina sopan.

"Oh, kalau macamtu, awak rehat, nanti tengahari turun tau, lunch sekali dengan ibu dengan saya." ujar Zhafran.

"Baik cikgu, terima kasih." Sekian kali lagi, dia mengucapkan terima kasih.

"Emmm Ina? Boleh awak berhenti panggil saya cikgu?" Kata Zhafran.

"Lepas tu nak panggil apa?" Soalnya.

"Panggil abang jela. Saya pun cikgu ganti je. Takkan sampai bila bila nak panggil cikgu kan?" Soal Zhafran.

"Ohh.. okay, ab.... abang..." Payah untuknya menukar panggilan itu.

"Good girl. Apa apa bilik saya depan bilik awak je tau." Dia menghadiahkan senyuman, lalu beredar ke biliknya yang bersetentang dengan bilik Amrina.

Amrina menggeleng kepala melihat perangai sebenar cikgunya itu. Lalu, dia masuk ke bilik untuk merehatkan diri.

*****************************

Usai solat zohor, dia berbaring sebentar di atas katil empuk biliknya. Ya Allah, nikmatnya. Selama 18 tahun hidup, tak pernah dia merasa keselesaan begini. Syukur, Allah datangkan Cikgu Zhafran dalam hidupnya.

Dalam dia sedang mamai, pintu biliknya diketuk dari luar.

Tokkk tokkkk

Dia tersedar dari lena lalu bangkit untuk membuka pintu biliknya. Sempat dicapai tuala untuk menutup kepala.

"Eh, makcik. Ya, kenapa?" Dia menghadiahkan senyum nipis dalam dalam rasa mengantuk.

"Ni ha, makcik nak ajak makan. Tapi, ni makcik nak Ina tengok tudung tudung dalam beg ni. Mana tahu ada yang Ina berkenan. Ada shawl, instant, semua lah. Kalau Ina minat, ambil ya. Makcik bukan apa, kamu takkan nak pakai sehelai je tudung yang makcik kirim pada Zhaf semalam kan?" dua buah beg kertas bersaiz besar dihulur kepada Amrina.

Dia menyambut dengan senyuman. Sambil itu, sempat dia belek tudung tudung tersebut.

"Cantik cantik ya tudung ni, makcik punya ke?" Amrina mengeluarkan sehelai shawl satin berwarna pastel dari beg itu. Cantik!

"Anak jiran makcik yang perempuan tu, haritu dia bagi suruh sedekahkan dekat siapa siapa. Makcik tak tahu nak bagi siapa, kamu pilihlah. Kalau ada yang berkenan, ambillah." Pelawanya.

"Baik, makcik. Er, makcik turun dulu lah ya. Saya menyusul nanti." Amrina meminta diri.

"Ha, baiklah. Jangan lambat tau! Nanti lauk sejuk!" Ujarnya lalu turun ke bawah.

Amrina menutup pintu lalu membelek isi isi dalam beg kertas itu.

Cantik! Banyak tudung shawl, bawal dan tudung sarung di dalamnya. Labuh labuh semuanya. In Sha Allah, Amrina boleh berubah menjadi lebih baik selepas ini.Aamiin. Doanya dalam hati.

Selesai membelek, dia terus mengambil tudung ekspresnya yang tersangkut di belakang pintu lalu terus berlalu ke bawah untuk makan tengahari.

Takdir Untuk KitaWhere stories live. Discover now