Bab 5 - Pergi

308 1 0
                                    

"You are the one who teach me how to love,and you are the one I am giving my love"
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

DUMMMMM DUMMMMM DUMMMMM

Bunyi kuat yang datang dari luar itu menyentakkan dia. Dari dalam bilik sudah kedengaran suara suami isteri tersebut menghamun marah sambil mengetuk kuat pintu biliknya.

"Wahhh kau dah pandai mengadu kat jantan ya! Tunggu kau meh sini aku ganyang!" Terdengar suara Pak Ngah memetir di luar. Dia pasti,terlalu pasti ini angkara Khairin. Nafas ditarik dalam. Ya Allah kuatkan aku.

Tiba-tiba,dentuman kuat kedengaran. Pintu biliknya ditendang.

"Kali ni memang aku tak bagi muka dah!!!" Pak Ngah sudah menanggalkan tali pinggangnya.  Khairin dan Mak Ngah di belakang memandangnya sinis.

"Tak Pak Ngah, tu cikgu saya! Saya tak mengadu apa apa pun!" Terang Amrina dalam takut. Pak Ngah semakin mendekati dengan wajah bengisnya. Bersedia untuk 'menghadiahkan' birat birat pada tubuh Amrina.

Gugur air mata gadis itu setiap kali tali pinggang kulit itu mengenai tubuhnya.

"Ha rasakan! Pandai sangat membohong! Hari ni memang kau sakit!" Pak Ngah menjerit sambil melibas tali pinggang kulit itu pada tubuh Amrina bagai orang yang hilang kewarasan.

Tidak cukup dengan itu, datang Khairin dan Mak Ngah dengan segenggam cili di tangan mereka.

"Aku dah kata, jangan buat hal. Kau buat jugak. Ha meh sini aku bagi habuan!" Ujar Mak Ngah separa menjerit. Khairin di sisinya hanya tersenyum sinis. Tak sabar agaknya nak menonyoh cili pada wajah bersih Amrina yang di dengkikannya.

Mak Ngah menyumbat cili ke dalam mulut Amrina lalu ditonyohnya sekuat hati. Khairin mencengkam raham Amrina kuat. Berjuraian air mata Amrina.

Setelah puas, mereka meninggalkan Amrina yang pedih menahan sakit. Dia terjelopok ke lantai.

Ya Allah,bantulah aku. Ya Allah sungguh aku tidak mampu Ya Allah. Tangis hatinya. Air mata yang tadinya mengalir sendu semakin laju bila dia terkenangkan wajah ibu bapanya. Bibir yang pijar dek cili dan badan yang sakit dek terkena libasan tali pinggang tadi tak dihiraukannya.

Pandangan matanya kabur. Akhirnya semua gelap.

*****************************

"Mana lah dia ni tak angkat call." Ujar Zhafran yang sudah seperti cacing kepanasan apabila setiap panggilannya kepada Amrina tidak dijawab. Dia sudah berada di hadapan rumah keluarga Mak Ngah Amrina. Gelap saja nampaknya bahagian hadapan rumah ini.

"Bro, kau sure ke dorang ada kat rumah ni?" Hakim,rakan karib Zhafran bertanya dengan musykil. Dia juga sudah tahu perihal Amrina. Nampaknya dia juga akan menolong Amrina keluar dari neraka buatan Mak Ngahnya ini.

"Sure lah,  mana pulak family tu nak pergi. Ni ha, aku call tak angkat. Risau pulak aku." Panggilan dilakukan lagi. Sama saja keputusannya.

"Kita tak ada cara lain. Kita kena masuk juga." Ujar Zhafran.

"Baiklah." Hakim angguk. Dia sebagai seorang anggota polis bertindak menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Amrina. Dia menelefon rakan sekerja yang lain untuk membantu siasatan. Sesampainya mereka, dia memulakan langkah.

Loceng rumah ditekan. Kelihatan lampu hadapan rumah dibuka. Keluar seorang lelaki tidak berbaju dari rumah tersebut. Bengis saja mukanya.

"Ya? Nak apa?" Katanya dengan malas.

"Assalamualaikum encik, saya inspektor Hakim, ingin melakukan siasatan tentang kes penderaan terhadap remaja bernama Amrina Zahirah Binti Muhsin. Kalau encik tak keberatan, boleh kami masuk?" Jelasnya dengan lancar.

Kelihatan halkum lelaki bengis itu bergerak. Takut. Gelabah.

"Eh encik inspektor, mana la ada apa apa jenayah dilakukan kat rumah ni..." Belum sempat dia menyambung,

"Jadi bagi kami masuk dan periksa keadaan Amrina." Ujar Zhafran. Hilang sabar sungguh dia. Dah mendera,  taknak mengaku pulak.

"Err,baiklah." Sejurus itu,pagar dibuka.

"Korang semua tinggal sini. Biar saya dengan Zhafran masuk.  Anything,i'll inform." Terang Hakim pada anak anak buahnya. Mereka mengangguk.

"Masuklah, saya buatkan air." Kata lelaki itu.

"No need,kami datang bukan nak minum air." Zhafran mencelah.

"Oh, kejap ya." Lelaki tersebut beredar ke bahagian belakang rumah.

"Yam, ada polis datang cari sundal tu Yam, macam mana ni?" Pak Ngah sudah gelabah. Kalut mencari alasan. Amrina sudah pengsan. Habislah.

"Hah apa?! Kenapa pulak dorang cari? Siapa mengadu ni?" Mak Ngah kelam kabut. Takut memikirkan nasibnya.

"Kau lah ni, bagi sangat budak sundal tu keluar. Ni, aku nampak cikgu dia kat sebelah polis tu tadi. Dia dah tahu dah lah Yam!" Pak Ngah membebel separa menjerit.

Khairin dah mundar mandir. Dia pun taknak ditangkap. Dipandang Amrina yang sudah pengsan. Menyakitkan hati!

"Apa kita nak buat ni bang?" Mak Ngah bertanya. Mati akal agaknya.

"Kita cakap je si sundal tu dah lari. Mari, kita ke depan. Nanti dia fikir lain pulak." Pak Ngah mengajak. Baju tshirt disarung.

Mak Ngah menarik tangan Kharin mengikutnya.

"Emm, maaflah Encik berdua, kami lambat keluar, ni ha,tadi tengah kat belakang potong sayur." Alasan bodoh diberikan oleh Mak Ngah.

"Oh, tak apa mak cik. Mana Amrina ya?" Hakim mengajukan soalan.

"Lah, dia tu?  Haih, taktahu lah nak kata apa, tapi dia dah lari pagi tadi. Taktau apa masalahnya. Pagi tadi saya marah dia sebab dia kantoi mencuri gelang emas saya. Bukanlah saya nak sangat marah, tapi saya marah sebab sayang. Ditengkingnya saya tadi. Luluh hati saya, encik. Dari kecil saya tatang." Mak Ngah berdrama sambil berpura pura mengesat air mata.

"Ya lah, encik, cikgu, lepas je jumpa cikgu tadi, dia terus lari rumah. Saya takut cikgu termakan kata kata dia je. Bukan nak burukkan, tapi dia memang pandai berdrama air mata. Saya ni, dah selalu kena maki dengan dia." Khairin menyambung lakonan. Sungguh pandai betul dua beranak ini berlakon. Pak Ngah yang disebelah menyorok senyum.

Namun, Zhafran tak sebodoh itu untuk mempercayai lakonan murah mereka. Hakim nampaknya terpedaya dengan air mata Mak Ngah.

"Oh, begitu ke makcik, pakcik. Tak apalah.  Kami akan bawa kes ini ke balai dan akan cari Amrina segera. Saya harap makcik pakcik bawak bersabar ya." Hakim meminta diri.

Namun, sebelum dia melangkah keluar pintu, Zhafran menepuk bahunya tanda mahu ke tandas.

"Pakcik, saya pinjam tandas ya." Zhafran meminta izin. Pak Ngah memberi kebenaran. Dia sudah terlebih dahulu menutup pintu bilik Amrina sebentar tadi. Tandas dirumahnya tak akan bertembung dengan bilik Amrina. Jadi dia sedikit lega.

Zhafran berjalan perlahan menuju ke tandas. Bukan untuk melepaskan hajat sebenarnya. Hendak mencari Amrina. Nalurinya kuat mengatakan yang Amrina ada dirumah. Bukan seperti yang dikatakan Mak Ngah dan Pak Ngahnya.

Puas dia mencari. Akhirnya dia terhenti pada pintu kecil yang tersorok di tepi dapur. Tergerak hati untuk memulas tombol pintu tersebut. Tapi dia juga rasa itu hanya stor.

Tak apa Zhafran, bukak je. Siapa tahu kan? Desis hatinya. Maka,dia memulas tombol itu perlahan lahan.

Terkejutnya dia, Allah saja tahu. Tersayat hatinya melihat Amrina yang lemah terbaring pada lantai simen yang sejuk di dalam bilik yang seumpama kandang itu.

"Allah! Amrina!" Dia menerpa ke arah Amrina. Ditilik wajah pucat gadis itu yang merah seperti dicili dan kesan biratan pada lengannya. Setitik air matanya gugur. Hari ini, keluarga neraka itu tak akan terlepas!

Takdir Untuk KitaWhere stories live. Discover now