20 | Just Gasp For Air

141 25 6
                                    

"Aku berusaha untuk mencuba...
tapi aku tak tahu bagaimana."
- Narsha

"- Narsha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diam.

Tiada sesiapa pun yang bersuara. Hanya sendu dan esakan kedengaran. Puan Aina tidak habis-habis memujuk Puan Zaitun yang menangis bagai hendak gila di ruang tamu yang masih berhias indah malah pelamin kecil dan khemah pengantin masih terpasang.

Majlis nikah bertukar kelabu, berganti majlis kematian. Jenazah Dhia diuruskan oleh pihak hospital selepas proses pengecaman dilakukan oleh Puan Zaitun. Jasadnya begitu mengerikan bagai mereput. Mereka tidak tahu Dhia itu sebenarnya bukan manusia sepenuhnya. Dia bertahan hidup lama dengan sihir puak mereka.

Di luar rumah, Ammar tidak mampu untuk melangkah masuk. Segalanya terlalu mengejut. Dia hanya mampu berdiri di muka pintu kemudian tersandar di kerusi luar selepas pulang dari hospital setelah mendengar khabar yang memeritkan itu. Hati terasa kosong. Keliru dengan jiwanya sendiri.

Mikhail mampir dan menepuk bahunya. Terkejut juga dia apabila melihat Mikhail itu sudah merah matanya, basah sedangkan dia pula masih tercengang tanpa air mata.

       "Kejap lagi abah kau sampai. Aku kena pergi dulu," ujar Mikhail sambil mengelap hidungnya dengan tisu di tangan.

       "Tak apa. Aku boleh tunggu. Mikhail, kau... menangis?" Terluah juga persoalan itu.

Mikhail tersenyum hambar. Sarat dengan kesedihan di dalam wajahnya.

       "Masih ingat Isabella? Aku dah lama sukakan dia sebenarnya. Dan lepas kau dengan dia tak 'menjadi', aku terus buka langkah merapati dia. Takut terlepas lagi."

Berkerut dahi Ammar. Apa motif hal Isabella diungkitkan di waktu ini?

       "Jadi, dia reject kau?" tebak Ammar.

Mikhail tergelak kecil namun nampak sangat dibuat-buat.

       "Aku harap dia ada untuk beritahu aku yang dia reject aku, Am. Tapi, dia dah tak ada. Dia terlibat dalam kemalangan sekali dengan Dhia. Aku nak pergi balik rumah nenek dia. Sekejap lagi dia akan dikebumikan."

Ammar terpempam. Serta merta terlayar wajah Isabella yang manis di mindanya.

Isabella sudah tiada?

Sukarnya untuk dia menerima berita itu! Lebih sukar dari menerima berita kematian Dhia agaknya. Patutlah wajah Mikhail merah padam. Dia juga kehilangan wanita yang dicintainya.

Tiba-tiba terlintas wajah Narsha yang polos. Pasti wajah itu dicemari air mata kerana kehilangan teman baiknya. Ah, segera diusir bayang itu.

➰

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
A Thousand Years (Completed)Where stories live. Discover now