21 | And So I Stayed

157 30 18
                                    

"I feel yours in mine.
And I know I'm home."
- Fijr


Khael menyeka peluh di dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Khael menyeka peluh di dahi. Jauh dia berjalan, kudanya dibiarkan berehat menikmati rumput segar di pinggir hutan. Matahari yang baru terbit bersama angin berpuput lembut sangat menyenangkan.

Perkampungan kecil di hadapan, dipandang lama. Dia yakin itulah tempatnya. Sangat jauh, sangat terpencil. Setelah bertahun-tahun berlalu, dia tiba juga di 'tanah terbuang' itu.

Setelah bertanya kepada beberapa orang penduduk kampung, ketemu juga dengan sebuah rumah kayu yang kecil, kurang sempurna seni tukangannya namun cukup kemas dan bersih, terpinggir dari rumah orang lain. Pagarnya diperbuat daripada buluh, dipacak pada tanah dan bersambung antara satu sama lain menggunakan tali serat yang kasar. Jelas kelihatan ianya hasil buatan tangan oleh orang yang kurang mahir.

Nafas berat dihela mengenangkan entah bagaimana hidup Serene dan anaknya selepas mereka 'dibuang' dari tanah kelahiran mereka sendiri.

7 tahun lepas, peperangan yang tidak berkesudahan membuatkan Ketua Tertinggi bersama barisan kepimpinan membuat pertemuan dengan ketua puak 'syaitan' atas arahan mohor diraja. Setelah perdamaian sepakat, Val akan terus memerintah Tembok Barat buat sementara dan Dar mahupun Serene dijatuhkan taraf sah terhadap mana-mana jawatan.

Ketua Tertinggi akur dengan permintaan ketua puak 'syaitan' yang tersinggung apabila mengetahui Serene dikahwinkan dengan anak Hayana, penguasa elemen air sebelum ini tanpa perbincangan sesama penguasa, lantas Serene dijatuhkan hukuman dibuang negeri bersama kandungannya untuk meleraikan kepincangan yang berlaku.

Identiti Serene dilupuskan dan hanya dikenali sebagai 'orang terbuang dari kota' malah dia juga dilarang sama sekali menggunakan kuasa yang dimiliki dalam apa jua bentuk dan cara terutama terhadap orang luar.

Lily dan Rose hanya dibenarkan menemani Serene hingga waktu dia selamat bersalin kemudian mereka berdua diarahkan pulang dengan larangan bertemu tanpa waktu yang pasti.

Serene membesarkan anaknya sendirian tanpa teman atau bantuan sesiapa. Ditenggelami waktu tanpa berita dan kini nama Serene kian dilupakan orang. Kerana itulah Khael mengabaikan sahaja larangan itu kerana rasa rindu dan kasih walaupun Serene bukanlah darah dagingnya.

Lamunan Khael terhenti apabila susuk tubuh seorang kanak-kanak lelaki tergesa-gesa keluar dari rumah. Bajunya dibetulkan, selipar disarung dan dia berlari anak menuju ke lorong kecil. Khael mengecilkan mata.

Itukah Fijr, anak Serene? Jadi, di mana Serene?

Khael menyelinap di sekitar rumah, mengendap ke dalam namun tiada sesiapa. Pantas dia mengekori senyap-senyap. Tidak jauh kanak-kanak bernama Fijr itu berjalan, dia berhenti di sebuah rumah.

"Selamat pagi, nenek!" laungnya dengan suara halus mengumpan senyuman di wajah Khael. Comel.

Seorang wanita tua terpacul di tingkap kayu dengan senyuman ikhlas. Bakul kecil diserahkan kepada anak kecil itu.

A Thousand Years (Completed)Where stories live. Discover now