"It hurts when you see the galaxy in someone's eyes
when they can't see a single stars in yours."
Narsha➰
Ammar menahan rasa yang bergelodak di dada. Dikawal riak wajahnya, dimaniskan. Hati tetamu perlu dijaga.
"Am, pergilah sembang-sembang dengan Dhiarana di luar tu. Bincanglah apa yang patut. Kami beri ruang tapi jaga mata jaga hati ya."
Ammar tersenyum paksa mendengar kata-kata mama. Dia melangkah ke luar dengan hati yang sebal. Memandang wanita itu, dia akui bahawa dunia ini kecil.
Argh!
Selama ini keluarga gadis itu selalu bertandang ke sini namun tidak pernah pula dia melihat kelibat gadis bernama Dhiarana ini.
Dhiarana membetulkan duduknya apabila menyedari jejaka itu menghampirinya. Malu menebal di dalam hati. Aduh!
Lama mereka mendiamkan diri. Dhiarana senyap, Ammar lagilah. Dia memang tidak sudi untuk berkata-kata. Melihatkan tiada sebab untuk dia membuka perbualan, dia berpaling ingin pergi.
"Awak tak ada apa-apa nak dikata?" Dhiarana menahan.
"Perlu ke?"
"Awak..." Dhiarana menyeru. Diramas jemarinya. Resah. "Saya tahu saya salah hari tu. Saya tak patut membentak, tengking awak depan orang ramai."
"Oh... ingatkan dah lupa." Ammar menyindir.
Dhiarana mengetap bibir. Mana mungkin dia melupakan lelaki yang telah menjentik hati dengan sindiran yang betul-betul terkena pada batang hidungnya. Dalam kepala, dia merangka-rangka ayat yang seterusnya. Waktu dia mendapat tahu lelaki ini pilihan umi dan abi, dia terasa memang ada jodoh di antara mereka. Keyakinan semakin menebal apabila memandang raut wajah Ammar di dalam sekeping gambar, dia tahu Ammar adalah jodohnya. Hatinya terpaut biarpun mereka baru sahaja bertemu. Dia akan berusaha memenangi hati lelaki ini.
"Saya akui, saya memang sangat-sangat bersalah. Apa yang awak cakap pada saya menyedarkan saya sebagai seorang perempuan. Saya malu dengan awak. Lepas kejadian tu, saya cari awak tapi tak jumpa. Saya yakin, Tuhan memang sengaja mengaturkan pertemuan ini untuk menjodohkan kita berdua. Saya nak awak pimpin saya, menjadi seorang wanita yang solehah. Jadi imam saya, jadi ketua keluarga impian saya. Ayah kepada anak-anak saya. Saya banyak salahnya, dan saya perlukan awak untuk membetulkannya."
Ammar terdiam seketika. Terlintas seketika peristiwa di dalam koc wanita tempohari. Sakit hati yang berbekas cuba dilupakan. Atas dasar berbudi, dia cuba untuk memproses apa yang dikatakan Dhiarana. Anak mata hitam pekat itu amat mempersonakan dengan sinar mengharap berolak di situ namun hatinya terbenteng memikirkan seseorang.
Isabella.
➰
YOU ARE READING
A Thousand Years (Completed)
RomanceDua kisah berbeza nyata. Untuk sebuah permulaan bagi sebuah kehilangan. "Ikatan ini satu tugasan. Dan cinta itu tidak wujud." Resam dunia, untuk memiliki sesuatu maka kamu akan kehilangan sesuatu. Dicintai gundah, dibuang goyah. "Kau diperintahkan u...