EPILOG

306 36 39
                                    

Kunci kereta diletakkan di atas almari kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kunci kereta diletakkan di atas almari kecil. Stokin dibuka dan dibetulkan dengan cermat sebelum dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Dibantu Serene yang terkial-kial mencari tusukan jarum di antara lipatan selendang.

          "Abang ingat tak bila tarikh appoinment Serene yang seterusnya?" soal Serene sambil membuka beg kertas yang dibawanya dengan berhati-hati.

          "Kenapa? Awak rasa tak sihat ke?" Cepat sahaja Amred kembali merapat, mendemah dahi isterinya.

          "Entahlah. Mudah rasa pening sekarang. Kalau nak bangun pagi, mesti kena ambil masa dulu sebelum masuk tandas. Period pun macam tak teratur. Dah lebih sebulan tak datang bulan," adu Serene. Kadangkala dia muntah-muntah tanpa apa pun yang keluar kerana perut kosong.

Amred mencubit lembut pipi Serene. "Itulah, makin sihat makin nak buat macam-macam. Awak tetap kena jaga diri, tak boleh terus lasak macam dulu," pesan Amred, geram. Dia bahagia melihat Serene semakin sembuh sejak pertemuan dengan Qaid beberapa bulan yang lepas malah wanita itu juga kelihatan agak berisi. Serene juga sudah kurang meracau dalam tidurnya.

Serene tersengih. Memang dia agak lasak selepas tidak lagi perlu memerlukan bantuan topang tangan. Gembira bila dapat berjalan dengan bebas.

          "Biar saya gantungkan," tawar Amred lalu menarik bingkai gambar yang terpampang lukisan Fijr. Mereka baru pulang selepas menghadiri pengkebumian datuk kepada Qaid bernama Liam. Sebulan yang lepas, mereka bertemu lelaki tua itu dan Liam menangis teresak-esak selepas tahu kebenaran kisah keturunan mereka. Tercapai impiannya untuk menamatkan warisan pencarian itu.

Amred turun dari kerusi selepas menggantung lukisan Fijr yang jelas dimamah waktu, dipulihara dan dibingkaikan menjadi kenangan bagi mereka.

          "Kita mulakan hidup baru sebagai orang baru." Amred menarik Serene rapat ke sisi, dirangkul erat. Dia kini aktif dalam aktiviti NGO membantu orang yang susah termasuklah sukarelawan di negara yang mengalami peperangan. Jika dulu dia menjadi panglima yang menjajah tanah untuk dikuasai oleh tuannya, kini dia ingin menjadi pembela bagi orang yang memerlukan demi Tuhannya.

          "Abang mandi sekejap. Awak rehat dulu." Sempat Amred berpesan sebelum menghilang ke tingkat atas.

Bunyi rintik hujan menimpa atap mengejutkan Serene. Teringat dia ada sidai karpet di pagar laman tepi rumah.

          "Serene, jangan angkat karpet! Sekejap abang datang!" laung Amred apabila terdengar bunyi grill pintu gelangsar dibuka. Kelam kabut dia membasuh kaki dan keluar dari bilik mandi. Mujur saja dia belum membuka baju.

Pintu gelangsar sudah terbuka dengan langsir yang berkibar ditiup angin. Sah, Serene sudah pun keluar mengangkat karpet! Walaupun karpet itu tidaklah besar mana, namun dia risau jika ada apa-apa menimpa isterinya.

Tergesa-gesa Amred mendekati muka pintu. Terlihat Serene terkial-kial membetulkan sandal yang tercabut dengan sebelah tangan mencengkam selendang yang tidak berpin di bawah dagu. Langkah Amred terhenti, masa seakan menjadi lambat berlalu. Setiap gerak langkah Serene diperhati penuh teliti. Dia yakin dia tidak salah melihat.

Dalam jatuhan hujan yang semakin melebat, Serene langsung tidak basah seakan dilindungi dinding halimunan namun Serene nampak tidak sedar akan itu. Sibuk menarik karpet dari pagar dan berlari anak masuk semula ke dalam rumah.

          "Maaf tak tunggu abang. Nanti susah kalau karpet ni basah. Dia jadi berat," ucap Serene sambil tersengih. Kain selendang yang digunakan untuk melindungi kepala digulungkan bersama kain kembang yang dipakai meninggalkan seluar panjang di dalamnya. Digulung dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Tidak sedar Amred masih memerhati tanpa suara.

Rumah mereka hanya sederhana besar, ruang tamu dan dapur dipisahkan oleh island table memudahkan Amred mengawasi Serene jika isterinya itu tiba-tiba pitam atau sakit.

          "Mandilah, kejap lagi kita makan. Serene masak simple je tau, penat." Serene buat muka kasihan sambil mengeluarkan bekas berisi ayam dari peti sejuk beku.

Amred mengangguk dengan teragak-agak. Air yang mengalir perlahan ke atas bekas ayam dipandang lama. Setiap kali Serene melintasi sinki, air itu berolak sedikit.

Amred menghela nafas yang dalam.

          "Abang?" Serene berhenti mengupas bawang. Hairan Amred hanya tegak berdiri di situ.

Amred tersenyum simpul. "Okey, sayang. Lepas mandi abang tolong awak hidang." Dia mendekati Serene dan dipeluk erat dengan mata terpejam.

          "Apapun yang terjadi selepas ini, Serene isteri abang selamanya."

- TAMAT -

Nota : tamat dah weh, tamat! Gue emosi sebab tak mudah nak edit balik cerita ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Nota : tamat dah weh, tamat! Gue emosi sebab tak mudah nak edit balik cerita ni. Sepatutnya lebih panjang dan lebih banyak isu, tapi research masih belum selesai 🥲 takpelah. Kalau tak sampai bila-bila takkan publish.. Ada rezeki buat manuskrip penuh, saya selitkan.

Untuk readers, terima kasih baca sampai akhir. Maaf banyak kali buat koerang tertunggu.

Sebagai penulis, saya perlukan pandangan korang tentang cerita ni untuk saya perbaiki. Please kindly drop any comment, apa yang korang rasa tentang cerita ni walaupun macam dah mengarut 😂

AKAN DATANG,
A THOUSAND YEARS PART II

Untuk tahun-tahun yang berlalu,
Menahan kisah rasa rindu,
Mencipta sesuatu yang di sudut kalbu,
Menguatkan hati yang direnggut pilu,
Andai takdir tak boleh ditipu,
Penerimaan mengubati sebuah kelu,
Kerana semuanya akan kembali pada Tuhanmu.

Berguling di atas karpet,
Zen.

#restless
770words
0307212229

A Thousand Years (Completed)Where stories live. Discover now