09 | In A Gloom Filled Room

180 24 14
                                    

"Sukar untuk dibayangkan...
Lebih sukar untuk dilepaskan."
- Serene

Busur rapat di sisi, anak panah dihalakan pada sasaran dan ditarik kemas namun jelas ianya nampak menggeletar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Busur rapat di sisi, anak panah dihalakan pada sasaran dan ditarik kemas namun jelas ianya nampak menggeletar.

"Argh!" Busur terlepas dari pegangan dan anak panah meluncur lalu terpacak di atas tanah. Amred melutut, mencengkam kuat tangan kanannya yang tercedera.

Serene yang memerhati dari jauh hanya mampu memandang dengan hati yang runsing. Amred mengusir beberapa orang pengiring yang menghampiri ingin membantu. Amred bukanlah seorang yang pemarah, apalagi panas baran. Melihat perubahan Amred, Serene benar-benar terganggu.

Langkah diatur menjauhi lapangan sasar melewati laluan ke pinggir kota. Sejak peristiwa tempoh hari, ke mana-mana dia pergi dia perasan akan jelingan orang lain terhadapnya. Mereka tidak tahu setiap patah perkataan yang dibisikkan mereka dapat didengarnya.

"Aku tak mengerti kenapa mereka berjodohan. Serene terlalu murah untuk bergandingan dengan Tuan Amred."

"Mentang-mentanglah dia anak angkat Ketua Tertinggi, dia ingat dia boleh miliki yang terbaik? Aku dengar cerita mereka bergaduh."

"Hmm... baguslah! Tak lama lagi berpisahlah tu. Siapa dapat bertahan dengan perempuan seperti dia. Bekas pengiring dia pun ramai yang tidak sukakan dia."

Serene hanya mampu memendam rasa. Tiada kawan untuk berkongsi rasa. Catherina dan Redrick terlalu sibuk dan dia tidak mahu menjadi melukut yang menagih perhatian.

"Puan Serene, Ketua Tertinggi panggil mengadap," beritahu seorang pelayan.

Serene mengangguk sedikit.

"Kau pasti itu angkara kau?" Melengking suara Ketua Tertinggi melangkaui dewan itu. Serene menekur lantai. Jerkahan dan kemarahan Ketua Tertinggi sudah sebati dengannya sejak dia diambil sebagai perantis Penguasa Tembok Barat.

"Ya, Tuan. Aku tidak mampu mengawalnya lagi," jawab Serene tanpa nada. Dia selalu mengawasi diri sendiri agar tiada ruang untuk kesilapan menyelit. Sedaya upaya mengelak dari dimarahi Ketua Tertinggi. Kadangkala kesunyian menghambat, dia memandang lelaki sasa itu bagaikan seorang ayah. Namun kerana masih bersisa luka di hati akibat dipergunakan Beth, dia membuang rasa itu sejauh yang mungkin.

"Apa gunanya aku kahwinkan kau dengan Amred? Kau mesti patuh pada arahan dia, ketatkan latihan! Kuasai apa yang kau miliki sebelum pertabalan! Tapi sebaliknya kau cederakan dia!"

Serene memejamkan mata. Kenapa semuanya berbalik pada Amred?

Amred yang baik.
Amred yang hebat.
Hanya yang terbaik boleh bergandingan dengannya.

Serene menangis di dalam hati.

"Lagi satu, tidak ada sesiapa yang patut tahu tentang apa yang kau miliki hinggalah masa pertabalan nanti, faham?"

A Thousand Years (Completed)Where stories live. Discover now