"Uwkk!", aku menutup mulutku, menahan diri daripada rasa loya.
Tapi ini dah kali ketiga aku muntah untuk siang ini.
Ah, tak tertahan lagi. Aku segera bangun dari katil lalu berlari ke tandas, mengeluarkan segala isi kedalam lubang tandas.
Dah pregnant ke aku ni..
Fikirku sendirian.
Aku membilas mulutku dengan air paip. Badanku terasa lemah sekali. Aku tahu aku sedang mengalami dehidrasi. Tapi aku tak larat mahu mengambil air untuk menggantikan kandungan air dalam badanku.
Makanya aku cuma duduk disebelah mangkuk tandas itu, nasib baik lantai kering dan bersih.
"Dahlah takda pregnancy test.. Macam mana aku nak check?"
Aku memejamkan mataku. Cuba merehatkan diri. Terasa lelah sekali.
"Naayla?", kedengaran namaku dipanggil. Aku membuka mataku.
Darwan menghampiriku lalu mengangkatku dengan bridal style. Terkejut aku dibuatnya tapi aku membiarkan sahaja. Dia membawaku kembali ke atas katil lalu menyelimutiku.
"Berapa kali dah muntah?", tanyanya. Ada nada kerisauan.
"T-tiga kali.. Saya penat", perlahan aku menjawab.
"Tunggu jap. Saya nak ambil barang kat bawah".
"Saya???"
Wow, first time dia bahasakan diri 'saya' dengan aku.
Dia tinggalkan aku beberapa minit untuk mengambil barang yang dikatanya tadi.
Akhirnya lelaki itu kembali dengan satu beg plastik bersaiz sederhana. Dia duduk diatas katil bersebelahan denganku lalu mengeluarkan isi plastik itu.
Ada beberapa plastik ubat. Ada yang nama domperidone, ferrous fumerate, sebotol supplement vitamin C, pregnancy test strip, juga beberapa botol minyak urut.
"Ni saya dah beli ubat tahan muntah, supplement tambah darah, vitamin C.. Emm.. Pregnancy test, pastu ha minyak urut.. Kut ade lenguh-lenguh ke sejuk badan ke", bebel Darwan sambil membelek-belek barang-barang itu.
Aku segera meletakkan telapak tanganku ke dahinya.
"Hmm.. Tak demam pun. Syaitan memang ada musim perubahan sikap eh?", tanyaku. Aku masih belum mengetahui hal sebenar.
Tanganku yang didahinya tadi dipegang. Dia meramas tanganku lembut, matanya menatap redup mataku. Matanya tidak lagi seperti dulu. Tidak kelihatan bengis seperti biasa.
"Saya.. bukan syaitan dah. Saya dah jadi manusia", jelasnya.
"Eh? Macam mana?", aku hairan.
"Kata Mak Tok, perkahwinan ini yang menghapuskan sumpahan tu, jadi sekarang.. saya adalah manusia".
Aku speechless. Jadi lelaki ini sekarang seorang lelaki yang normal?
"Naayla?"
"A'ah.. Ye?", sahutku selepas termenung seketika.
"Saya minta maaf.. Pasal semalam. Saya buat tanpa rela awak. Sekarang awak yang tanggung sakit..", terketar-ketar suaranya.
Aduh, cair pulak aku mengengoknya.
"Em, takpelah. Dah lumrah wanita kan. Em oklah aku- eh! Saya nak test dulu. Double confirm", aku terus menukar bahasa diri.
"Ok, saya tunggu sini", balas Yeonjun.
Aku masuk kembali kedalam bilik air sambil membawa pregnancy test strip itu. Berdebar-debar pula rasanya.
Fuh, Naayla. Be brave!
~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Jeng jeng jeng
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"YEONJUNNNNNN!!!!"
"DUA JALURRRRRR!!!!!"
YOU ARE READING
Darwan // Choi Yeonjun √
Fanfictionauthor tiada deskripsi. Tetapi inshaAllah ada ilmu berguna dan drama membuatkan anda sendu jadi single.