hamil (4)

184 12 31
                                    

Pejam celik pejam celik, hari berganti hari, minggu berganti minggu, kandungan Naayla makin membesar dengan sihat. Sekarang kandungannya berusia 7 bulan. Bulatnya seakan belon, semua orang akan terpegun melihat perutnya yang terlalu besar. Setelah diberitahu "kembar tiga", mereka akan memuji dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

"Sayang, bawak saya pergi kedai benang untuk kait-kait tu, saya nak buat topi untuk anak-anak kita lah", ujar Naayla sambil mengusap-usap perutnya.

Yeonjun yang sedang fokus pada pemanduannya segera menggangguk. "Saya tahu satu kedai ni. Warna dia banyak pilihan. Biar padan muka awak rambang mata nak pilih", jawabnya diikuti dengan gelak kecil.

"Saya suka warna pastel. Eiiiyyy tentu comel Didi, Dudu dengan Dede pakai nanti pastu duduk sama-sama atas tikar belakang rumah kita untuk picnic", ibu hamil itu mula berangan kerana berangan itu percuma.

"HAHAHAHAH AMBIK MANA NAMA-NAMA TU SAYANGG", terhambur ketawa Yeonjun setelah mendengar nama-nama timangan kembar itu.

"Saya reka-reka je. Yelah mana tahu jantina lagi. Nak check pun taknak lah nanti tak surprise". Wanita itu terdiam sejenak. "Sayang, awak harap nanti berapa lelaki berapa perempuan? Camne kalau trio?", dia cuba mendapatkan pendapat suaminya itu.

"Saya tak kisah. Lelaki saya suka, perempuan pun suka. Nak berharap buat apa, dorang dah ade dalam tu ha. Tunggu nak keluar je, kan?". Naayla mengangguk tanda setuju dengan kata-kata suaminya.

Sebenarnya mereka berada didalam kereta untuk ke hospital untuk memeriksa kandungan Naayla secara bulanan. Setelah beberapa minit, akhirnya Bugatti Chiron milik yeonjun selamat tiba di pintu utama hospital.

"Bagus! Good! Baby-baby semua sihat. Suami puan tentu jaga puan betul-betul ni", puji doktor itu sambil tidak henti-henti memberi thumbs up kepada Naayla.

"Terlalu bagus doktor. Semua menu masakan untuk ibu mengandung semua dia hafal. Dapur tu kalau boleh jadi milik dia je, selalu berebut dengan ibu dia tu hahahahah", balas Naayla seraya mengelus lembut perutnya.

"I wish the best for your family okay? Very good. Jangan jadi macam pasangan tadi, terus ditampar si isteri tu oleh suami dia sebab hamil baby girl. Bukan salah si ibu kan? Lagipun, gender si anak ditentukan oleh si bapa. Mak ada kromosom X je. Si bapa tu ada both X dan Y. Aiyaa pening dengan manusia sekarang...",panjang lebar doktor itu berceramah.

Seram sejuk Naayla jadinya apabila mendengar kisah itu. Dia sangat bersyukur Darwan sudah bukan seperti itu. Tapi dia baru perasan sesuatu..

Tapi masa kami awal-awal kahwin, tak pernah dia tengking aku, naik tangan apetah lagi.

Kenapa jadi camtu eh?

Selesai temu janji Naayla dengan doktor, dia keluar dari bilik pemeriksaan dan segera dihampiri oleh suaminya yang menunggunya dari luar sejak tadi. Naayla memberi sekuntum senyuman manis kepada suaminya sambil menyambut tangan lelaki itu yang mahu memimpinnya.

"cantik betul ibu mengandung ni senyum. Hebat auranya", puji yeonjun pada isterinya.

Naayla menjeling tapi kedua pipinya merah blushing. "Apa puji-puji ni? Nak apa?"

"Eh, takda apa-apalah hahahahah saja je puji. Tapi kalau ade nak bagi boleh jugak, hmm jap nak fikir nak request apa", yeonjun membuat gaya berfikir.

"Haaaaa... Saya nak awak teman saya shopping baju. Takpe, awak duduk je atas sofa. Awak tolong angguk dengan geleng je dengan baju yang saya try nanti, bolehhhhh ???", yeonjun buat muka comel.

"Heish, nasib baik awak comel. Okay saya temankan. Tapi lepas tu saya nak minum aiskrim bumblebee tu, fair fair"

"OKAY SAYANG EEE SAYANG DIA", Darwan menguncup kedua pipi, dahi, hidung dan bibir isterinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Tak nice, next", Naayla memberi arahan macam boss.

"Alaaaa saya suka la hoodie ni", yeonjun mencebik masam. Dah tiga kali dia tukar baju tapi semua Naayla tak berapa setuju.

"Dahtu nape mintak approval saya pulak? Ni baru saya tau, kalau Didi, Dudu dengan Dede keluar nanti lagilah teruk awak kene bantah, merana la awak shopping".

"Baik awak angguk je untuk hoodie ni, nanti saya taknak belikan bumblebee tu", ugut Darwan.

"Elelele suami saya yang hensem ni majuk kee? Saya gurau je laa sayang saja nak tengok awak cebik sikit, hehe. Ha ambiklah semua baju yang awak try tadi. Hensem jelah sayang pakai", Naayla memujuk manja.

"Hei, macam kenal je", sesi manja-manja pasangan itu terhenti apabila seorang lelaki menegur yeonjun didalam kedai baju itu.

"Nama kau ape eh? Aku nak confirm takut silap orang je", lelaki itu bertanya.

"Yeonjun.. Yeonjun Darwan. Awak pun macam familiar jugaklah", yeonjun cuba meneliti dan ingati balik dimana dia pernah berjumpa dengan lelaki itu.

"OKAY! BETULLAH KAU YEONJUN. ni aku lah, soobin. Bekas roommate tak sampai seminggu kau tu", soobin menghulur tangan untuk bersalaman.

"Oooohhhhh soobinnn.. Ingat-ingat. Yelah seminggu je, kau tak tahan kut dengan aku perangai macam orang gila hahahahhahahaha. Tapi sekarang aku berubah dah".

Soobin mengangguk-ngangguk mengiyakan. Soobin mula perasan ada seorang wanita hamil bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di samping yeonjun.

"Isteri?", tanya soobin.

"Yap"

"Awal betul kahwin. Aku single lagi", soobin buat muka pasrah.

"Takpa, nanti jumpalah jodoh tu. Kau buat apa sekarang?", soal yeonjun.

"Study lagi. Kat kolej sama tu jugak. Roomate aku yang baru tu nakal betul tapi normal la orangnya, tak macam kau dulu.Kalau aku balik lewat sikit dia suka kunci pintu. Terpaksalah aku tumpang tidur kawan aku sorang lagi.." ,panjang lebar si tinggi itu bercerita.

"Weh takpe ah aku pergi dulu. Kau tu elok-elok ah weh. Jaga bini tu sarat betul dahtu. Nanti buat makan-makan kenduri kesyukuran ajaklah aku. Mana tahu jumpa jodoh time tu, ehekkkk", soobin meminta diri dahulu. Yeonjun dan Naayla melambai-lambai tanda selamat tinggal.

"Awak buat apa sampai roomate awak tu tak tahan dengan awak dulu?", Naayla cuba mengorek rahsia silam suaminya.

"Takpelah, malu lah nak cerita", yeonjun cuba mengelak.

"Alaaaa ceritalaaa. Sayang okay je", naayla memujuk lagi.

"Erm.."

"Saya bakar seluar dalam dia. saja-saja.. Hehe".

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now