one big family

156 10 26
                                    

"Bagi long bahagian kepak!"

"Ngah nak kepak jugak! Long asyik makan kepak je. Ambiklah pulak bahagian peha ke"

"MAMAAA TENGOK LONG DENGAN NGAH BEREBUT AYAMMM"

Naayla keluar dari dapur untuk melihat pergaduhan kecil oleh ketiga-tiga anaknya.

"Long.. Ngah.. Makan makanan lain dulu. Nanti mama goreng ayam yang lain", bicaranya lembut.

"Banyak lagi ke kepak belum masak mama?", tanya Ngah iaitu Daniel.

"Banyak.. Papa kamu tahu korang dua suka kepak ayam. Sebabtu dia bli banyak. Adik Dania je sorang tak kisah bahagian mana-mana".

Dania mengangguk-ngangguk mengiyakan kata-kata ibunya. "Betul. Dania tak mcm abang-abang mulut dah ah bising reti nak gaduh je". Petah kanak-kanak baru berusia 4 tahun itu berbicara.

Dani, Daniel dan Dania sudahpun berusia 4 tahun. Dani dan Dania kembar seiras manakala Daniel cuma iras dibahagian mata sahaja. Tetapi dia paling rapat macam belangkas dengan Dani walaupun mereka sering bergaduh.

Dani dan Daniel banyak ikut perangai papa mereka, Dania pula sebijik ikut mama dia.

Kini mereka menjadi kanak-kanak yang membesar dengan normal. Sudahpun petah berkata-kata dan suka membantu melakukan kerja rumah.

"Papa kamu tidur lagi ke tu?", Tanya Naayla secara rawak kepada ketiga-tiga anaknya.

Sudah siang tapi yeonjun masih belum bangun kerana malam tadi dia terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan kerja. Bila ditanya kerja apa, rahsia katanya.

"Belum, mama. Nak kami kejutkan ke?", tanya mereka serentak.

Ada masa mereka bercakap serentak walaupun perkara itu rawak. Itu yang agak memeranjatkan Naayla dan Darwan.

"Boleh jugak", balas naayla masih berapron.








Yeonjun yang masih terbungkang di atas katil, masih tidak reti mahu bangun.

Si kembar tiga itu memasuki kamar perlahan-lahan. Mereka jalan berjengket.

"Daniel geletek kaki kanan.. Dani geletek kaki kiri.. Dania geletek ketiak papa, okay?"

"Okay!", jawab serentak Daniel dan Dania.

Mereka menghampiri papa mereka dengan memanjat katil secara perlahan-lahan.

"Satu.. Dua.. Tiga!"






"PAPAAA BANGUNNN!!!"






"OPOCOT OPPAH!!!", bukan main kuat Darwan melatah.

"Ish apa papa ni bangun lambat, tak bagus tau", bebel Dania.

Yeonjun menggosok gosok matanya dan menguap beberapa kali. "Papa ade kerja nak siapkan malam tadi sayang, tu sebab ngantuk sgt.."

"Kerja apa hah? Kesian mama masak ayam sorang-sorang kat bawah", Dania Naaylun membuat gaya berleter tak tumpah macam Naayla. Terhibur Darwan melihat telatah puteri bongsunya itu.

"Rahsia.. Tapi nak tahu tak rahsia tu?"

"NAKK!!", jawab mereka serentak.

"Meh sini dekat sikit nak bisik. Tapi janji jangan bagitahu mama, okay? "

"Wow.. Berahsia ngn mama aiyokk papa", kata Dani.

"Nanti mama tahu jugak. Sebenarnya.. Papa..."

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now