promise

148 14 15
                                    

"Naayla?"

"Mana isteri saya?", soal yeonjun.

Tetapi tiada siapa menjawab pertanyaannya. Bahkan tiada siapa tahu kehadirannya.

Dia berlari ke kaunter pertanyaan pula. "Nurse, ada tak wanita hamil lalu-lalu kat sini tadi?"

Tiada tindak balas dari nurse itu. Malah yeonjun tidak dipandang.

"Hello?  Nurse saya tengah bercakap ni..?"

Nurse itu menjawab panggilan telefon yang dikhaskan untuk urusan kecemasan di hospital.

Dia sedang khusyuk berbicara dan mendengarkan disebalik panggilan itu.

"Okay baik doc, nanti saya inform kepada keluarga si mati",panggilan ditamatkan.

Nurse itu mengeluh perlahan sambil mengeluarkan sesuatu dari laci. Sebuah dompet.

"Eh, itu dompet aku..", yeonjun cam akan dompet miliknya.

Nurse itu keluarkan kad pengenalan miliknya untuk mengambil butiran diri.

"Kesiannya.. Isteri dia tengah bersalin.. Si suami dah takde..", keluh nurse itu sendirian.

"Bersalin???"

Nurse tersebut mula membuat panggilan lain.

"Hello, selamat tengah hari. Ini.. Tuan Darwin ke?  Tuan.. Saya dari pihak hospital TKJ dengan berat hati ingin maklumkan.. Anak encik, Yeonjun Darwan disahkan meninggal jam 4:45 petang tadi kerana berlaku pembunuhan. Dan isterinya sekarang sedang melahirkan,  info terkini tentang isterinya masih belum diketahui. Maaf ye Tuan.."

"APA?!"

"AKU DAH MATI??"

"Takk.. Takk.. Tak boleh.. Naayla.. NAAYLA MANAA?!", yeonjun berlari untuk mencari department untuk ibu bersalin.

Tapi sebelum itu dia terlintas di hadapan suatu bilik. Lalu dia terlihat seorang lelaki yang dia agak kenal.

Hueningkai sedang berdiri diluar bilik itu dengan wajah yang suram.

Yeonjun cuba dekatkan diri dengan lelaki itu.

Hueningkai terperanjat. "Eh?!  Abang?  Abang yeonjun kan?"

Yeonjun terpinga-pinga. "K-kau.. Boleh nampak aku? Bukannya aku dah mati ke?"

"Saya.. Boleh nampak roh..", balas hueningkai.

"Abang, kembalilah bang. Jasad abang kat dalam lagi. Masih suam. Abang boleh hidup lagi. Saya dapat tahu abang ada isteri.. Dia tengah melahirkan. Dia tentu sedih kalau dapat tahu abang dah mati. Abang kembalilah.."

Yeonjun hampir tidak keruan. Dia hampir ingin menangis. "Macam mana??  Macam mana aku nak hidup balik??"

"Abang mintak dengan Tuhan. Mengadu dengan Dia sungguh-sungguh.."

Yeonjun segera masuk kedalam dewan bedah untuk menemui jasadnya yang kaku terbaring. Dia menangis semahunya meratap dirinya itu.

















"Tuhan.."
















"Aku dah janji dengan isteri aku.."

















"Aku nak jumpa anak-anak aku..."














"Tolong, kembalikan aku ke dunia..."





































































"Doktor!!!  His hand is moving!!!"




























"Oh God.. Miracle is happening!!"

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now