abai

269 17 7
                                    



"Ouch", aku mengaduh pedih tatkala jariku terluka dihiris pisau ketika memotong sayur.

"Naayla okay? Alamak! Jari Naayla berdarah!", ibu mertua aku segera mendapatkan tisu untuk menghentikan pendarahan.

Dia menarik lengan aku untuk menyuruh aku duduk di atas sofa sementara dia pergi mendapatkan peti kit kecemasan.

Aku merenung jariku yang masih dibaluti tisu, kesan darah mula menembusi ke lapisan akhir.

Puan Nuran kembali dengan peti kit kecemasan di tangannya. Dia menitikkan beberapa losyen kuning lalu menekup pelan-pelan pada luka. Lalu dia menyapu nipis krim antibiotik. Akhir sekali dia menutup dengan plaster kalis air.

"Kamu termenung ke sambil potong sayur ni?", tanya Puan Nuran.

"Takda apa ibu..", aku mengeluh pelan.

"Jangan sedih ya sebab terpaksa kahwin dengan anak saya. Kamu tahu kan dia itu apa. Kalau dia apa-apakan Naayla, cepat2 bagitahu ibu dengan abah", kata ibu mertuaku sambil memicit lembut pipiku yang sedikit tembam.

Aku tak gemuk cuma sejenis perempuan berpipi tembam.

"Takpalah Naayla duduk je rehat-rehat kat sini. Nanti ibu dah siap masak, kamu panggil Darwan turun makan sekali ya?", sambungnya lagi sambil menepuk pelan bahu kananku.

"Baik ibu", aku menurut.

Setelah hampir 20 minit, Puan Nuran siap memasak iaitu nasi goreng dan sayur goreng. Dia menghidangkan hidangan diatas meja. Aku bangkit dari sofa untuk naik ke tingkat atas, menuju ke bilik dimana Darwan sedang melakukan kerjanya.

Aku membuka pintu perlahan dan mengintai sebelah muka. Suami yang tidak aku cintai itu sedang duduk di atas katil dengan laptop diatas ribanya. Dia memakai kaca mata berbingkai hitam dan sedang khusyuk menaip sesuatu sambil bergilir pandangan dengan sehelai kertas disisinya.

"Awak.." Aku memanggil dengan suara perlahan tapi mampu didengarinya. Darwan berpaling kearahku yang masih berdiri di pintu.

"Ibu panggil turun makan".

"Okay",dia mencabut cermin matanya dan menutup laptopnya lalu tempatkannya di atas katil.

"Kau masak sekali tak?", tanya Darwan.

"Masak, tapi..", aku teringat akan accident kecil yang berlaku pada tangan aku.

"Tapi apa?", segera Yeonjun bertanya balik.

Aku menunjukkan jariku yang sedang berbalut dan bau losyen kuning masih bau semerbak.

Yeonjun memandang sepi jariku yang tidaklah teruk mana.

"Pastu nak aku kesiankan ke?"

Aku mengetap bibir aku. Aku tak patut terasa hati kerana lelaki ini memang tiada sifat kasihan.

Tapi aku masih bersyukur kerana dikurniakan mertua yang sangat baik. Bagai langit dan bumi jika nak dbandingkan dengan anak teruna mereka ni.

Darwan // Choi Yeonjun √Where stories live. Discover now