•jenayah kedua•
[Sekolah menengah]
KRING KRINGG! !
Deringan loceng memecahkan suasana menandakan waktu rehat telahpun tamat. Semua pelajar bergegas pulang ke kelas masing-masing untuk menyambung pembelajaran seterusnya.
Hueningkai, pelajar tahun 3 berlari kerana dia terlewat 5 minit untuk kelas Sejarahnya, gara-gara perutnya memulas dan mengambil masa yang lama di tandas.
Dia terlalu terburu-buru sehingga tidak perasan dia terpijak kasut seseorang yang sedang berdiri di sisi loker pelajar.
"S-sorry!", dia memohon maaf tanpa melihat si mangsa tapak kasutnya.
Tiba-tiba, kolar lehernya ditarik dari belakang, menyebabkan dia terhumban ke belakang, jatuh terduduk keatas lantai.
Hueningkai mendongak keatas, tidak disangka pemilik kasut itu seseorang yang sangat digeruni oleh satu sekolah.
Kang Haneul , pelajar tahun 4.
Hueningkai meneguk air liur, membasahi tekaknya yang kering. Lelaki berambut hitam pekat itu membongkok menghampirinya.
"Minta maaf saja, buat apa. Bersihkan la kasut aku, bodo", satu jentikan dilepaskan ke dahi luas hueningkai.
Hueningkai segera menurut, dia bimbang si pembuli itu akan mengamuk jika arahannya tidak dituruti. Hueningkai mengeluarkan tisu basah dari poketnya, segera mengelap kasut sekolah berwarna putih yang bertompok hitam itu, kesan daripada kasutnya sendiri.
Kang Haneul hanya memerhati. Sebaik sahaja hueningkai siap mengelap, Kang Haneul merampas tisu itu dari tangannya, lalu menyumbat tisu yang sudah kotor itu kedalam mulut hueningkai.
Hueningkai meronta-ronta untuk dihentikan, nafasnya terbatas.
Puntung rokok dinyalakan oleh Kang Haneul, bara api yang menyala dihalakan ke muka hueningkai yang masih meronta dengan mulutnya yang disumbat.
Tiba-tiba, kaki Kang Haneul disepak dari belakang menyebabkan dia terjatuh, mukanya menyembam lantai kuat. Puntung rokok terlepas dari genggamannya.
Hueningkai sekali lagi melihat manusia yang lagi lagi digeruni di sekolah tersebut, rambut blonde, pelajar paling senior, tahun 5;
Yeonjun Darwan.
"Berani kau buat samseng sedangkan aku ketua samseng kat sini?", Yeonjun memijak kepala Haneul yang masih mengerang kesakitan.
"M-maaf bang! Saya tak tahu abang ade kat sini tadi!", rayu Haneul minta dilepaskan.
Meskipun dia tahu dia takkan dilepaskan.
Yeonjun menarik rambut Haneul, kepalanya tertarik kebelakang.
Tarikan yang terlalu kuat sehinggakan dia mampu botak dalam sekelip mata.
Hueningkai yanga masih disitu menggigil ketakutan. Dia bangun lalu segera melarikan diri, tidak ingin melihat kerakusan Yeonjun yang lebih parah daripada Haneul sendiri.
"Bagi aku kotak rokok kau", yeonjun mengarah.
Haneul terpaksa menurut, dia menghulurkan kotak rokok miliknya bersama pemetik api.
Yeonjun mengeluarkan 4 batang rokok. Dua dinyalakan dan dua lagi tidak.
Yeonjun menyumbat dua batang yang tidak dinyala kedalam mulut Haneul tanpa sebarang amaran.
"Makan, dan telan"
Haneul berbuat demikian sambil menangis ketakutan. Dia sangat menyesal kerana terpaksa bertembung dengan raksasa ini.
Lagi berbaki dua batang, yeonjun nyalakan dan halakan kearah muka Haneul. Haneul menggeleng kepala ketakutan.
"J-jangan bangg!! Tolongggg tolongg lepaskan saya ampunn banggg!"
Tetapi tiada guna buat Yeonjun.
Mata Haneul dirobek dengan bara api rokok itu. Jeritannya bergema di lorong kelas. Tetapi tiada siapa datang menolong.
Kerana tiada siapa berani menentang manusia separa syaitan itu.
YOU ARE READING
Darwan // Choi Yeonjun √
Fanficauthor tiada deskripsi. Tetapi inshaAllah ada ilmu berguna dan drama membuatkan anda sendu jadi single.