Bab 8 🥀

116 20 6
                                    

Dia bagaikan tidur waktu yang sangat lama. Anak matanya menangkap keadaan sekeliling. Melihat suasana itu hatinya diundang pelbagai rasa.

Gembira, sedih, kecewa? Dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia lalui sebelum ini semuanya seperti tidak masuk akal.

Bahkan, jika bercerita pada orang lain pasti mereka kata dia seorang yang pembohong. Berangan-angan sahaja! Putera raja pun tidak akan memandang gadis sepertinya.

Melur melepaskan lelah.

Buang waktu dia memikirkan perkara yang menyesakkan kotak fikirannya. Lebih baik dia melihat keadaan ibu dan Mawar sepanjang tiada keberadaannya.

Dia melihat keadaan rumahnya yang berselerak seperti dilanda badai. Melur menarik nafas dalam mencari kekuatan.

Dia mengemaskan dan membersihkan satu persatu ruang rumah itu. Selesai, mengemas dia duduk bersandar di atas kerusi melepaskan kepenatan yang tak terkata.

Kantuknya masih tersisa. Akhirnya dia terlelap di atas kerusi.

Puan Anita dan Mawar Medina pulang ke rumah selepas mereka makan di luar. Saat mereka masuk ke dalam rumah, kaki mereka terpasak di tengah ruang tamu itu.

Bibir yang awal mengukir senyuman gembira. Kini, bertukar sebaliknya apabila melihat wajah gadis itu. Waktu yang mereka nantikan telah tiba.

"Budak tak guna! Amboi, bukan main kau bersenang-lenang, ya? Kau tunggu sekejap! Mawar, pegang dia. Jangan bagi dia terlepas! Seret dia! Budak tak reti bersyukur macam dia perlu diajar!"

Setiba di halaman belakang. Puan Anita mencari-cari sesuatu. Pandangannya jatuh pada kayu api yang masih berbara selepas Melur menggunakannya.

Puan Anita mencapai salah satu kayu api itu lalu mendekati Melur. Tanpa, kata apa belakang tubuh dan kaki Melur dipukul tanpa rasa simpati.

Melur meraung kesakitan. Merayu minta belas ihsan namun tidak dipedulikan. Melur menangis teresak-esak minta ibunya berhenti.

"I... ibu... sa... sakit bu... ma... maafkan, Melur," kata Melur dengan nada lemah dan tersekat-sekat kerana menahan kesakitan.

Berderai air mata Melur menanggung seksaan itu. Menggigil dan berpeluh-peluh tubuhnya menahan kesakitan.

Puan Anita mencampakkan kayu api itu. Berombak dadanya mengeluarkan kemarahan yang sudah lama terpendam.

"Kau bukan anak aku! Anak aku hanya Mawar seorang. Kau tu anak yang tanpa asal usul masuk dalam keluarga aku bawa sial!" hambur Puan Anita.

Mencerlung mata wanita itu memandang gadis yang terbaring lesu beralaskan debuan tanah itu.

"Ha... harta ini semua, Melur tak perlukan. Walaupun, hakikatnya kepunyaan Melur..."

Termengah-mengah Melur tetap ingin mengeluarkan apa yang dia pendam selama ini.

"Ibu... mungkin lupa. Mawar juga bukanlah anak kandung ibu. Dan Mawar juga pernah..."

Apabila mendengar apa yang Melur ingin katakan dia menjadi gelisah dan takut. Dia perlu halang Melur daripada berkata-kata agar rahsia dia tidak terbongkar!

"Tipu!" celah Mawar dengan nafas yang tersekat-sekat.

Pantas dia menarik rambut Melur dan menampar kuat pipi gadis itu.

"Kau perempuan dah nak mati pun masih banyak cakap! Sepatutnya, aku hapuskan kau dulu. Tapi, orang tua tu yang menyibuk! Dia dan kau selalu menghalang kerja aku!" bisik Mawar tepat pada telinga Melur.

Melur tertawa kecil.

Hati Mawar panas. Dia berang lalu menyepak kuat tubuh Melur sehingga dia puas. Melur hanya mengerang kesakitan.
Tubuhnya memandikan darah.

Sempat dia melihat Mawar menarik ibu  masuk ke dalam rumah. Dia dibiarkan terbaring di luar rumah dengan berlumuran darah di atas tanah.

Kepalanya turut berpinar. Dalam bayangan itu dia terlihat wajah seseorang. Melur tersenyum.

"Adik tunggu kakak ..." seru Melur lemah dan semuanya menjadi gelap.

Derapan langkah seseorang mendekati Melur. Menggigil tangannya ingin menyentuh tubuh itu. Risau lebih menyakitkan gadis itu.

Air mata yang bergenang ditubir mata laju turun mengalir menuruni pipi. Dia menahan kesedihan tidak tahan melihat gadis itu sedang terseksa. Bibirnya yang terketar-ketar dikemam.

Dia memandang rumah di depannya itu. Tegarnya mereka memukul Melur sedemikian rupa. Dia meninggalkan Melur untuk meminta bantuan.

***

Api kemarahan jelas membara. Kedua belah tangannya dikepal menjadi penumbuk. Kalau ikutkan hatinya sekarang juga dia ingin membunuh manusia tak sedar diri itu!

Serasa ingin sahaja dia menyiat kulit  manusia durjana itu. Akan dia pastikan segalanya akan dibalas! Seperti mana si dia menderita selama ini.

Hutang darah dengan darah, hutang nyawa dengan nyawa.

***

Hutang duit, harap dibayar wahai si peminjam. Tiber!

Bersambung...

***

656 patah perkataan.

MELUR MELISSAWhere stories live. Discover now