Tahun 1980
Guruh dan kilat saling bertikam di angkasa. Seorang lelaki yang berusia 40-an mengatur langkah perlahan memasuki ke dalam sebuah rumah papan itu.
Suara teriakan mahupun tangisan tidak didengari oleh penduduk lain. Oleh kerana rumah itu terletak agak sedikit jauh dari beberapa rumah penduduk yang lain.
Bibir tersenyum sinis.
Darah yang memercik di wajahnya dikesat dengan hujung bajunya. Darah membuak keluar daripada tubuh lelaki berbadan sasa yang terkulai akibat ditikam oleh lelaki kejam yang tidak mereka kenali.
Manakala, di hujung sudut terdapat seorang wanita sedang menggigil ketakutan berserta tangisan yang tidak berbunyi. Dentuman guruh yang kuat saling berlawan di angkasa memudahkan lagi kerja mereka menghapuskan keluarga itu.
Hujan yang turun dengan lebat tiada siapa tahu nasib seorang gadis yang entah hidup atau mati. Disebalik tirai dia menyaksikan segalanya. Wajah lelaki itu akan dia ingat sampai akhir nafasnya.
Si ibu datang menyerang lelaki bangsat. Namun, malangnya kudrat seorang wanita tidak sekuat mana. Pisau yang digenggam erat akhirnya tercampak jauh daripada pegangan apabila perut wanita ditendang kuat.
Rambut ikal mayang dicengkam kuat hingga membuat wanita berusia itu terdongak ke atas. Pipi halus itu ditampar kuat berulang-kali.
Dek tidak tertahan melihat penyeksaan yang berlaku si anak perempuan meninggalkan adiknya sendirian di dalam persembunyian. Sebelum gadis remaja itu pergi. Dia sempat menyerahkan sesuatu kepada adiknya.
"Mana budak tu!" jerkah lelaki bertubuh gempal dan tinggi.
Dayang Sari tetap mengunci mulutnya. Dia meludah pada wajah di depan matanya. Pipi yang kian membengkak dan bibir berdarah tidak dia peduli.
"Perempuan tak guna! Ikat dia! Kau akan tahu nasib kau sebentar lagi."
Tidak sempat si adik mahu melarang si kakak. Mulutnya seakan ditutup oleh seseorang walaupun dia menjerit.
Mereka berdua menyaksikan bagaimana ibunya diseksa dan dirogol oleh lelaki-lelaki yang tidak berhati kemanusiaan itu. Kemudian, ibu dan ayahnya disepak dan dipukul dengan besi sehingga tidak bernyawa. Darah merah pekat berpercikan dan berlinangan di serata tempat.
Mayat-mayat itu diheret dan disumbat ke dalam kereta sorong. Lalu lelaki itu mengambil minyak tanah dan disimbah pada mayat tersebut.
Pemetik api dipetik dan kemudian didekatkan dengan batang rokoknya. Seketika dia menghisap batang rokok itu sehingga putung rokok itu menghasilkan bara api. Kemudian asap dihembus keluar dari mulut dan lubang hidung.
Bara api yang masih menyala pada
batang rokok itu dilempar pada jasad tak bernyawa. Api menyala dengan maraknya dan garaj juga turut dibakar oleh mereka.Gadis itu perlahan keluar dari tempat persembunyian mencari kakaknya. Pada masa yang sama lelaki yang membunuh orang tuanya kembali masuk ke dalam rumah.
"Sial! Mana mereka sorokan budak perempuan tu! Apa aku nak jawab dengan ketua aku nanti!"
Lelaki jahat itu terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta bersama anak-anak buahnya.
Terasa keadaan sunyi. Gadis itu keluar dari tempat persembunyian dia dengan penuh berhati-hati.
"Bakar rumah tu. Jangan tinggalkan sebarang bukti!"
Baru beberapa langkah, tiba-tiba dia terdengar derapan tapak kaki mula memasuki rumahnya itu. Tangisan yang menemani sebentar tadi kini bertukar dengan degupan jantung yang kuat.
Gadis itu berdoa di dalam hati agar Allah mengirim penyelamat buatnya.
Semakin lama, bunyi tapak kaki itu semakin hampir dengannya. Dia menjerit kecil apabila mulutnya ditekup dengan satu tapak tangan yang kasar dari arah belakang.
Dia dibawa ke suatu tempat yang jauh dari rumahnya. Dia menangis dan meminta orang yang menyelamatkan dirinya selamatkan kakaknya. Namun, tiada balasan daripada lelaki itu.
Mengapa tuhan tidak mengambil nyawa dia sekali bersama ayah, ibu dan kakaknya? Tidaklah dia lalui penderitaan ini seorang diri. Tanpa dia sedar dia telah kehilangan sesuatu dari pemberian kakaknya.
"Maafkan saya kerana lambat menyelamatkan tuan puteri."
Si gadis membisu bersama tangisan. Dia nekad akan mencari di mana kakaknya.
❀❀❀
Selepas 18 tahun kemudian...
"Apa salah Melur pada ibu dan kakak Mawar? Melur sudah lakukan sebaik kekuatan Melur demi kemahuan ibu dan kakak. Tetapi... Melur tetap dipersalahkan walaupun kesalahan itu bukan dari Melur. Mana keadilan untuk Melur?"
Mencerlung anak mata Puan Anita memandang Melur.
"Berani ya kau sekarang? Kau mengungkit? Berani kau persoalkan apa yang aku suruh kau lakukan selama ini?"
Dahi Melur ditunjal kasar.
"Kau sudahlah menumpang rumah aku! Menyusahkan hidup dan pembawa pembawa sial dalam hidup aku!"
Melur tunduk memandang ke lantai. Tubir mata yang hangat cuba dia kawal supaya air mata tidak jatuh mengalir.
"Ibu... kenapa ibu benci sangat pada Melur? Melur bukan anak ibu ke?" rintih Melur pilu.
Tiada sedikit pun riak kesedihan atau kasihan. Hanya wajah beku dan tidak berperasaan sahaja yang ditayangkan.
Luahan dan tangisan Melur tidak wanita yang bergelar ibu itu peduli. Terus tubuhnya dipusingkan dan berlalu meninggalkan Melur. Melur yang bersujud dikakinya itu ditendang tanpa mempedulikan rasa sakit atau tidak.
Mawar Medina tersenyum melihat tindakan ibunya itu. Wajah Melur direnung dengan penuh kebencian. Bila hati sudah hitam....
❀❀❀
"Dasar anak tak guna! Tak sedar diri! Ini kau balas pada aku?" marah Puan Anita.
Dia meluru ke arah Melur menampar pipi gadis itu semahu hati dia. Bagaikan orang kerasukan dia menarik kuat rambut Melur.
Dia tidak peduli akan kesakitan dan raungan gadis itu. Bagi dia Melur memang patut diajar dengan sedemikian rupa. Tidak boleh bagi muka!
"Kalau kau dah miang sangat... aku kahwinkan kau dengan Pak Samad tua hujung kampung tu. Esok juga!" tengking Puan Anita. Merah padam wajahnya. Hatinya terlampau panas.
"Apa salah Melur ibu?" rintih Melur.
Melur betul-betul tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kepalanya sakit memikirkan masalah-masalah yang datang menimpa.
'Ya, tuhan... ujian apakah ini?' desis hatinya sayu.
"Hei, perempuan! Berani kau tanya apa salah kau? Hei! Jangan nak berlagak suci! Kau dah tidur dengan jantan entah mana bawa masuk rumah. Sekarang kau tanya lagi apa salah kau?" herdik Medina. Bagaikan nak terkeluar bebola matanya memandang Melur.
Mawar Medina kelihatan mengambil sesuatu. Pantas beberapa keping gambar dilempar tepat pada muka Melur. Melur yang teresak-esak itu perlahan anak matanya jatuh pada gambar sepasang kasih yang sedang berpelukan tanpa seurat benang.
Namun, Puan Anita yang turut memandang
pada gambar tersebut tergamam. Badan dia rasa lemah dan longlai. Akhirnya dia
jatuh terduduk di atas lantai sambil memegang dada.Terkejut!
***
Jangan lupa tekan bintang kecil tu ya ❤️
940 patah perkataan
YOU ARE READING
MELUR MELISSA
FantasyGenre: Teen Fiction + Fantasy + Romance. Seorang gadis bernama Melur Melissa yang berwajah polos dan tidak secantik seperti kakaknya Mawar Medina. Nasib dia tidak seindah seperti gadis-gadis lain yang mempunyai keluarga bahagia. Tidak tahu mana sal...