Kebelengguan membuatkan suasana terasa hening. Sehingga jelas kedengaran dicuping telinganya bunyi unggas bersahut-sahutan. Perjalanan yang panjang membuatkan dia rasa ingin berehat lebih lama. Dia lelah. Lelah dengan dunia yang kejam.
"Melur..."
Suara siapa itu? Dia berpusing-pusing mencari tuan punya suara. Namun, tidak dia melihatnya. Pasti itu cuma halusinasi dia sahaja. Si gadis lembut itu tertawa suka.
"Melur sayang, bangun. Melur jangan menyerah! Melur seorang gadis yang kuat! Kami semua tunggu Melur."
Jelas kedengaran tangisan yang hiba. Melur tertanya-tanya siapakah mereka? Mengapa mereka seolah-olah mengenal dirinya? Siapakah dirinya sebenarnya?
"Melur... jangan tinggalkan aku. Aku mahu kau berada di sisiku. Aku cinta padamu, Melur. Bangkitlah..."
Suara garau itu asing pada pendengarannya, seperti dia pernah dengar sebelum ini.
"Siapakah itu?"
Pertanyaannya sepi tidak dibalas. Melur mula rasa tidak senang. Entah, mengapa dia mula menangis sayu.
"Melur di mana? Jangan tinggalkan Melur. Ibu, kakak. Melur takut..." rintih Melur sebak.
****
Air mata yang mengalir diseka perlahan. Wajah pucat itu ditatap dalam.
"Bangun, sayang... masih jauh perjalananmu," bisik wanita itu sayu.
Tangan tua itu menumbuk daun-daun yang dipetik di dalam hutan di dalam sebuah mangkuk kayu. Setelah daun itu lumat dia meletakkan pada seluruh anggota badan gadis yang luka teruk.
Akar-akar kayu diambil dan dirembus. Setelah mendidih dia membiarkan seketika. Lalu ditapis dan diletakkan di dalam cawan diperbuat daripada buluh itu.
Tengku Asyad mengambil cawan daripada Nenek Embun. Lalu kepala Melur diangkat dan disuakan air ubat itu ke mulut gadis itu secara perlahan-lahan.
Atas saran Nenek Embun. Melur dibawa kerumah wanita itu. Apabila Tengku Asyad tidak boleh membawa Melur ke dunia dalam keadaan lemah. Dia bimbang keadaan Melur akan bertambah teruk.
Nenek Embun juga berasal dari dua dunia itu. Disebabkan itu juga Nenek Embun dapat mengenali kedatangan 'mereka'.
Malah, Nenek Embun adalah penjaga Melur Melissa dalam diam. Dia yang membesarkan dan melatih gadis itu demi menuntut bela atas kematian anaknya, Dayang Sari serta menantunya Nadim.
Melur dalam diam membunuh seorang demi seorang pembunuh ibu dan ayah angkatnya yang menjaga keselamatan dia dan adiknya di dunia manusia.
Pada waktu itu, di dunia sana telah diserang musuh demi permata nilam sakti yang hanya seorang sahaja pemilik.
Jika permata nilam sakti itu jatuh kepada tangan bukan pemilik yang sebenar maka permata nilam sakti itu akan menjadi batu.
Permata nilam sakti itu bukan sahaja mengeluarkan cahaya yang menyinari seluruh alam semesta. Namun,
permata nilam sakti juga dapat berubah menjadi senjata jika tuannya menginginkan.Namun, Ketua penjahat itu Melur masih mencari sehingga kini. Melur dibantu oleh seorang lelaki bernama Majid yang membawa dia lebih dekat pada musuh.
Majid membawa Melur ke rumahnya. Pada awalnya, Puan Anita menerima dengan gembira. Puan Anita memperkenalkan Mawar kepada Melur.
Mereka hidup seperti sebuah keluarga bahagia. Namun, Melur tidak lupa akan Nenek Embun.
Siapa sangka kebahagiaan itu hanya sebentar apabila Puan Anita keguguran akibat lantai yang licin. Puan Anita sangat kecewa dan berubah sikap menjadi seorang ibu yang kejam.
Mawar Medina yang tidak tahan dengan sikap Puan Anita dalam diam dia ingin membunuh wanita itu saat ibunya terlena.
Namun, perbuatan Mawar disaksikan oleh Melur. Maka terjadi satu pergelutan di antara Melur dan Mawar. Majid datang menyelamatkan keadaan.
Malangnya, hanya seketika apabila Mawar masih tidak berputus asa kembali mengambil pisau yang tercampak. Laju dia berlari menikam sesiapa sahaja di depan matanya.
Melur yang tidak perasan membuatkan Majid berlari dan menyelamatkannya. Pisau itu terbenam dalam isi daging kemudian Mawar mengeluarkannya dan menikam berulang-kali.
Pada masa yang sama, Puan Anita tersedar akibat bunyi bising. Mata dia membulat besar apabila melihat Melur sedang memegang pisau pada tubuh suaminya.
Sebaliknya, Melur sebenarnya ingin menyelamatkan lelaki itu. Mawar pula hilang entah ke mana selepas melakukan perbuatan jahat.
Melur sangat berhutang nyawa kepada Majid. Majid juga sempat memberi pesanan supaya menjaga isteri lelaki itu tak kira apa pun yang berlaku.
Dia risau Mawar akan bertindak lebih kejam. Majid juga meminta Melur memberitahu kepada isterinya supaya berhati-hati dengan Mawar dan jauhkan diri daripada Mawar.
Tatkala, Melur ingin mencabut pisau itu. Majid menepis perlahan. Saat Majid ingin mencabut pisau itu, nafasnya terhenti dan dia terkulai layu bersama darah yang tidak henti mengalir.
Melur yang ingin memegang pisau terhenti apabila terdengar suara jerkahan dari Puan Anita.
"Abang!" jerit Puan Anita bersama raungan.
Dia memeluk tubuh kaku itu. Dia menghamburkan segala tangisan pada dada suami dia itu.
Melur turut mengalir air mata. Dia memegang tangan lelaki yang banyak menolongnya itu.
"Kau pembunuh! Kau bunuh suami aku! Aku benci kau!" pekik Puan Anita.
Mawar yang menyaksikan disebalik dinding tersenyum sinis. Dia berpura-pura seperti tidak tahu apa yang berlaku.
"Ibu..."
Mawar memanggil. Namun, cuma seketika apabila dia turut berpura-pura meraung melihat keadaan Majid.
"Siapa yang sanggup buat macam ini pada ayah, ibu?" soalnya dengan nada sebak.
Melur dikerling dengan ekor mata.
'Aku akan pastikan rahsia aku tidak terbongkar. Aku sanggup lakukan apa sahaja. Kau tunggu, Melur lepas ini kau pula aku hapuskan,' desis hati Mawar.
Awalnya dendam dia hanya pada suami isteri itu. Tapi, tak sangka Melur yang malang menyerah diri dalam perangkap yang dia cipta. Dia akan pastikan Puan Anita akan membenci Melur sampai bila-bila.
***
Bersambung...
****
841 patah perkataan.
***
Semoga enjoy membaca.
YOU ARE READING
MELUR MELISSA
FantasyGenre: Teen Fiction + Fantasy + Romance. Seorang gadis bernama Melur Melissa yang berwajah polos dan tidak secantik seperti kakaknya Mawar Medina. Nasib dia tidak seindah seperti gadis-gadis lain yang mempunyai keluarga bahagia. Tidak tahu mana sal...