Seperti yang dijanjikan rombongan meminang dari pihak lelaki datang ke rumah Puan Anita.
Kedatangan mereka disambut baik oleh Puan Anita. "Jemput masuk ke dalam."
Puan Anita tersenyum manis.Wanita anggun itu pantas ke dapur dan meminta Melur menyediakan juadah buat para tetamu.
"Kami datang membawa hajat," ujar wanita 40-an yang berselendang tona biru laut.
Jeda.
"Hajat kami ingin menyunting kuntuman bunga bernama Melur. Adakah puan sudi, menerima hajat kami bawa ini?" sambung wanita tadi yang bernama Datin Seri Fatimah.
Puan Anita tersenyum janggal.
"Y... ya, saya terima. Tapi, datin pasti ke ingin meminang Melur, bukan Mawar?" soal Puan Anita ingin kepastian.
Datin Seri Fatimah mengulum senyum.
"Ya, saya pasti. Megat Fattah berkali-kali memaklumkan kepada saya."
Puan Anita keresahan.
Pintu bilik dibuka dari dalam. Mawar melangkah dengan anggun dan angkuh. Dia menghadiahkan senyuman manis buat para tetamu.
"Maaf... saya mencelah. Saya ada sesuatu ingin diberikan buat pihak datin daripada Melur," ucap Mawar dengan nada mendatar.
Dia membuat riak muka kecewa.
Pemberian dari Mawar akhirnya disambut oleh Datin Seri Fatimah. Beberapa kepingan gambar itu ditatap oleh Datin Seri Fatimah dengan mata membulat.
Dia membelek berkali-kali dan memandang gambar tersebut dengan Mawar dan Puan Anita silih berganti. Dada wanita itu berombak ganas.
"Gurauan apa yang cuba awak lakukan ni? Ini bukan pekara main-main!" bentak Datin Seri Fatimah dengan nada seoktaf.
Puan Anita kalut bangun dan cuba menenangkan wanita berusia itu.
"Awak sengaja buat onar untuk memalukan sendiri keluarga awak semua?" Datin Seri Fatimah mengeluh tidak percaya.
Puan Anita segera memegang tangan wanita itu. Namun, ditepis perlahan. Anak mata Puan Anita terpandang kepingan gambar tersebut. Mulut dia melopong.
Mawar tersenyum puas.
Anak mata Puan Anita mencerlung tajam memandang Mawar. Tangan wanita itu naik menampar kuat pipi Mawar.
Mawar tergamam.
"Selama ni aku menatang kau bagai minyak yang penuh, ni kau balas pada aku! Hah? Tak cukup tu, kau coreng arang pada muka aku! Dasar anak tak sedar dek untung!"
Berombak dada wanita itu menahan marah dan kecewa pada masa yang sama. Akhirnya dia jatuh terduduk kerana terasa lemah seluruh badan menahan kegilaan yang melanda hati.
Titisan demi titisan air mata jatuh menitis laju. Melur yang mendengar suara riuh segera mendekat ke ruang tamu.
Walaupun dalam keadaan binggung Melur tetap berlari ke arah Puan Anita. Mawar dipandang sekilas. 'Apa yang dah jadi?' gumamnya dalam hati.
Tidak jauh darinya ada beberapa keping gambar. Dia mengambil dan melihat. Matanya turut membulat besar. Dia tergamam.
Mawar....
Tangan yang terketar memegang gambar tersebut. Tiba-tiba direntap oleh seseorang dari arah belakang. Membuatkan Melur tersentak.
Mawar mengoyakkan gambar-gambar tersebut satu demi satu. Orang-orang yang berada di situ tidak dia hiraukan.
YOU ARE READING
MELUR MELISSA
FantasyGenre: Teen Fiction + Fantasy + Romance. Seorang gadis bernama Melur Melissa yang berwajah polos dan tidak secantik seperti kakaknya Mawar Medina. Nasib dia tidak seindah seperti gadis-gadis lain yang mempunyai keluarga bahagia. Tidak tahu mana sal...