Bab 5 🥀

142 24 12
                                    

Melur Melissa tersedar dari pengsan. Badannya sedikit tenggelam di atas tilam yang lembut dan selesa. Selama ini tidurnya hanya beralaskan tikar mengkuang dan berbantal kan lantai.

Keningnya berkerut.

Suasana mahupun ruang bilik ini bukanlah miliknya. Lantas, dia turun daripada katil dan berdiri di tepi katil tersebut. Mulutnya sedikit melopong melihat sekitar bilik tidur itu.

Selama ini bilik dia hanyalah bilik stor. Rumah ibunya hanya mempunyai tiga bilik sahaja dan satu bilik air. Hanya ruang kecil yang kosong menjadi tempatnya melepaskan lelah. Walaupun begitu dia masih bersyukur.

Air mata yang mengalir dikesat dengan hujung lengan bajunya. Perutnya semakin pedih. Tatkala itu pintu bilik terbuka dari luar.

Seorang lelaki tanpa senyuman merenungnya tajam dan ditemani oleh seorang lelaki lain. Tidak ketinggalan sang puteri yang turut serta bersama.

Apabila dijeling dia hanya menayangkan sengihan menunjukkan barisan gigi yang cantik bersinar.

"Abang nampak ciri-ciri orang tua dalam diri adik," bisik Tengku Asyad pada telinga Tengku Alyssa.

Tengku Alyssa memandang hairan.

"Apa dia?" soal Tengku Alyssa.

Tengku Asyad sembunyikan senyuman.

"Busybody, mak bawang. Jangan pula nanti abang dapat tahu adik 'anyam ketupat' buat malu keluarga di raja. Silap-silap adik kena buang daerah."

Telinga Tengku Alyssa bagaikan mengeluarkan asap. Belum hatinya panas seperti lava gunung berapi.

"Bonda, ayahanda!" jerit Tengku Alyssa sekuat hati.

Terhinjut bahu Melur Melissa mendengar jeritan gadis di depannya. Dia mula terundur ke belakang dan ketakutan.

'Siapa mereka? Di mana dia berada?' desis hatinya.

Riuh seluruh istana mendengar jeritan Tengku Alyssa. Penjaga dan pembantunya segera mendapatkannya dengan wajah yang penuh kerisauan.

Tengku Asyad dan Qody hilang arah. Lelaki itu berusaha menutup mulut adiknya bersama pujukkan. Tengku Alyssa senyum sinis. Dia menggigit tangan abangnya itu.

"Tuanku..." seru penjaga dan pembantu istana. Tengku Alyssa melepaskan nafas perlahan.

Tidak jauh raja dan pemaisuri tiba di hadapan mereka. Wajah masing-masing turut kerisauan dan tanda tanya.

Kesempatan itu, Tengku Alyssa melakukan sesuatu tanpa pengetahuan sesiapa. Bibirnya menguntum senyuman buat ayahanda dan bondanya.

"Anakanda Alysaa ada apa ini? Kenapa menjerit? Anakanda sakitkah?"

Pemaisuri Saharah bertanya sambil membelek tubuh puterinya. Penjaga dan pembantu istana menundukkan kepala apabila pemaisuri dan raja memandang ke arah mereka.

"Tidak ada apa-apa ayahanda, bonda. Anakanda cuma terkejut sahaja."

Tengku Alyssa berkata sambil tersenyum. Lalu memeluk lengan bonda dia dan menyandarkan kepala di bahu Pemaisuri Saharah. Matanya sempat melirik ke arah Tengku Asyad yang tidak puas hati dengan tingkah diri dia sendiri.

"Anakanda buat ayahanda dan bonda khuatir. Eh, siapakah gadis itu anakanda Tengku Asyad?" soal Raja Akthar.

Tengku Asyad bungkam. Rahangnya bergerak-gerak. Qody ingin bersuara bagi pihak Tengku Asyad tetapi kata-katanya terhenti dengan suara seseorang.

"Kamu semua siapa? Saya dekat mana?"

Melur yang menahan diri dari tadi. Akhirnya berani bersuara. Tengku Asyad tergamam lagi sekali. Jantungnya berdegup laju.

Suara itu mengasyikkan. Dia terbuai. Tanpa sedar dia tersenyum.

"Gadis ini pengsan dekat dalam hutan. Kebetulan a.. err... kanda yang jumpa lalu membawa pulang ke istana," terang Tengku Alyssa.

Qody menyondol lengan Tengku Asyad membuatkan putera itu tersedar dari mengelamun. Segera dia berdehem.

"Apakah betul apa yang anakanda Alyssa katakan, anakanda Asyad?"

Raja Akthar bertanya dengan nada mendatar. Tengku Asyad sedikit gugup dan gementar.

"Ya, ayahanda," balas Tengku Asyad.

Tengku Alyssa perlahan melepaskan rangkulan pada lengan bondanya.

"Kasihan pada Melur mesti kelaparan. Anakanda juga perut sudah berbunyi."

Selepas berkata dia segera mendapatkan Melur. Tanpa sedar beberapa pasang mata memandangnya.

"Melur?" tanya Pemaisuri Saharah.

Tengku Alyssa menganggukkan kepala bersama senyuman.

"Cantikkan nama Melur, bonda? Anakanda suka."

Tengku Asyad memandang pelik pada adiknya. Bagaimana Tengku Alyssa tahu nama gadis itu Melur? Padahal yang jumpa dia bukan Tengku Alyssa.

"Mari kita bersantap dahulu. Selepas ini, baru bertanya tentang Melur," putus Raja Akthar.

Dalam diam ada yang mengeluh lega. Masing-masing tetap mempamerkan senyuman. Raja Akthar mengerling sekilas puterinya.

***

Jam di dinding ditatap berulang kali. Suasana alam yang terang kini gelap menutupi cahaya kemerah-merahan di dada langit. Bayangan Melur tetap tidak kelihatan. Puan Anita mendengus kasar.

"Dah mati agaknya budak ni! Aku suruh pergi ambil kayu api, mana sahaja dia pergi ni? Sudah pandai mengambil kesempatan, ya? Nanti kau, tunggu nasib kau nanti."

Puan Anita mengumam dengan penuh dendam di dalam hati. Entah apa akan dia lakukan pada Melur nanti tiada siapa yang tahu.

Mawar tersenyum suka. Inilah masanya dia memasang umpan. Tidak gitu?

"Ibu..." rengek Mawar Medina dan berpura-pura sedih.

Puan Anita menoleh ke arah anaknya.

"Haaa, dah kenapa?" soal Puan Anita kasar.

"Melur dah lari rumah ke? Tak akan kita nak kena urus semua? Rumah, persiapan dan majlis lagi nak kena buat. Penatlah kita macam ni," adu Mawar lagi.

Puan Anita terdiam seketika.

"Itulah yang aku tengah geram sangat ni. Dia buat hati aku panas, rasa macam nak terbakar dah ni."

Puan Anita berkata sambil mengipas wajahnya dengan kipas tangan. Mukanya turut kemerah-merahan.

"Dia balik rumah ni dia tahulah apa nasib dia nanti! Tak boleh diberi muka sikit, terus naik lemak!" hambur Puan Anita melepaskan kemarahan.

Manakan tidak selama ini kerja di rumah dan di kebun Melur yang lakukan, termasuk berniaga. Dia duduk memicit dahi naik pusing kepalanya.

***

Bersambung...

****

822 patah perkataan.

***
Jangan lupa tekan bintang ya ♥️

MELUR MELISSAWhere stories live. Discover now