Part 35-New chapter

9.7K 84 5
                                    


"Ayah,adik balik KL dulu ye. Nanti ayah dengan abang datang hari khamis kan?Adik dah uruskan dah semua, Ayah tinggal datang bawa diri je."sebaik berkata begitu,air mata Iman Amanda bergenang dan dia terus memeluk ayahnya.

"Tak payahlah drama macam nak balik London. KL je pun"Iman Firdaus menepuk perlahan bahu adiknya.

"Tengok bini kau ni,cengeng"kata Iman Firdaus kepada Putra. Putra yang sedang sibuk memasukkan barang ke dalam kereta hanya memandang sambil tersenyum.

Setelah melepaskan pelukannya,Encik Shazni memandang wajah Iman. "Adik,adik sekarang dah jadi isteri Putra. Jadi isteri yang baik,yang menyenangkan hati suami. Walau apa yang adik buat,ingat yang adik bawa maruah suami."

Encik Shazni memandang pula ke arah Putra,"Putra,Iman ni seoranglah anak perempuan ayah. Ayah amanahkan kamu untuk jaga dia. Dan walau apa pun yang terjadi,jangan di sia-siakan anak ayah ni. Pulangkan semula dia pada ayah dengan cara baik seperti kamu ambil dia dari ayah."sebak suara Encik Shazni.

Iman Amanda bertambah merah hidungnya cuba menahan tangis. Selepas nikah semalam,masing-masing sibuk dengan tetamu jadi Encik Shazni tidak sempat untuk menitipkan kata-kata nasihat kepada mereka berdua. Baru harini mereka sempat berbual rapat. Putra mengangguk lalu mencapai tangan tua Encik Shazni untuk bersalam dan meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur.

****

Suasana sepi di dalam kereta sepanjang perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur. Hanya petah dj radio menemani perjalanan mereka.

"Sayang,I nak pergi toilet kejap then fill up the tank. You nak apa-apa ke ?"Putra menyoal setelah keretanya berhenti di sebuah stesen minyak.

"Oh takpe. I okay je." terpinga-pinga sebentar Iman Amanda. Dia terlalu hanyut dalam lamunan sampai tak sedar Putra membelokkan kereta ke stesen minyak. Putra mengangguk sebelum berlalu pergi. Iman memandang suaminya. Berkemeja polo dan seluar pendek berwarna biru gelap. Sungguh,kemas dan segak suaminya ditambah pula dengan kaca mata gelap MCM.

"Panas pulak"bebel Iman Amanda memandangkan Putra mematikan enjin lalu dibukanya pintu keretanya sedikit. Sedang leka Iman merenung luar menanti Putra,telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello?"

"Hi Puan Iman Amanda ke ni?"

'Heh Puan. Kena biasakan lah lepasni'bisik Iman didalam hati.

"Ye saya."

"Saya dari Butik Andaman Anggun,saya nak bagitahu yang baju yang Puan tempah dah boleh ambil."

"Oh okay,saya pun otw dari kampung ni. Nanti saya sampai,saya terus pergi ambik. Thanks!"

Seusai Iman bercakap telefon,Putra juga selesai mengisi minyak dan masuk semula ke dalam kereta. Dilihatnya dahi isterinya berpeluh. Terus dicapai tisu di dashboard kereta dan mengelap dahi isterinya. Wajah Iman terkebil memandangkan wajah mereka berdua begitu rapat tahap kalau Iman paling sikit muka memang berciumlah. Lama mata mereka bertaut sebelum Iman berdehem dan Putra terus memalingkan semula badannya ke arah tempat duduk pemandu.

"Tadi orang butik call bagitau baju dah boleh ambik."ringkas Iman memberitahu.

"I rasa you kena try baju tu again sebab i nampak you macam loose a bit of weight sayang"

Iman memandang badannya. Mana tak loose weight Iman ni. 2 minggu Putra hilang dia macam kucing hilang bulu yang kena pakai cover kat leher tu. Makan tak sangat,minum adalah sikit. Badan dahlah memang tak berapa nak ada isi,makin bertambah tak berisi. 

"I rasa okay je kot. Baju I pakai ni nampak besar"memang sejenis menjawab lepastu sentiasa rasa betul. Perempuan kan. Padahal obvious perubahan fizikal dia.

"Mata I tak rabun lagi sayang. I tengok pun tau you makin kurus. Janganlah kurus sangat sayang I. Nanti I nak peluk tak best."Putra berkata sambil tersenyum.

"Peluklah Suraya tu"perlahan Iman menggumam.

Putra mendekatkan telinganya namun matanya masih didepan memandu. "Apa you bebel tu? I tak dengar"

Iman menjeling geram. "Fine,nanti I try" 

*****

"Baiklah Puan,saya akan kecilkan sikit lagi dalam 2 inci ke then baju ni good to go."ujar pembantu butik andaman tersebut.

Iman Amanda hanya mengangguk.

Setelah mengucapkan terima kasih,Putra dan Iman menuju ke kereta. Laju Iman menonong ke arah kereta tanpa mempedulikan Putra dibelakang.

"Kita balik rumah kita ye sayang"ujar Putra lembut sambil tersenyum memandang Iman semasa mereka di dalam kereta. 

"Rumah kita? Yang dekat PJ tu ke?"Iman pernah sekali saja ke rumah Putra sewaktu Putra tertinggal dokumen dulu.

"It's a surprise"

***************

HYE SEMUA READER TERSAYANG!!!!

I am so sorry lama gila gila gila gila gila gila gila gila I tak update story ni. I got carried away dengan life and I will try to finish this story chapter by chapter. Hopefully, i still have my reader here. I janji I akan kerap update untuk relationship Iman dan Putra ni. I love you guys my readers! 





F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now