Sedang enak dibuai mimpi,Iman dikejutkan dengan hembusan di telinganya. Matanya dibuka. Terpisat-pisat matanya cuba menyesuaikan dengan cahaya matahari yang agak terik walaupun dia di dalam kereta. Setelah matanya membiasakan dengan cahaya,terbuntang matanya melihat wajah Putra begitu dekat dengan sisinya. Putra menyambung hembusan nafasnya ke telinga Iman.
"Ish apa you ni! Tiup-tiup telinga I pulak"Iman geram sambil menyapu-nyapu telinganya.
Putra hanya tergelak kecil.
"Dah you tu,I gerak tak bangun. I tolak tak bangun. Nasib baik I hembus je tau. Kalau I kiss? Hah kan naya"Putra menjawab.
Iman hanya tertunduk malu. Memang kalau tidur,Iman ni bom meletup belum tentu sedar. Dia mengeluh perlahan kerana tertunjuk pula sikap buruknya itu.
"We're here. I dah check in. You turunlah. Luggage,I dah suruh bellman hantarkan naik atas."
"Kita sebilik ke?"Iman bertanya curiga.
"You nak ke?"Putra mengenyitkan matanya.
Iman hanya menjeling sebelum Putra mengeluarkan dua kad. Bilik mereka bersebelahan. Iman merampas kuncinya dan terus melangkah menuju ke lif hotel. Dia geram kerana Putra suka mengusiknya begitu.
Setelah membersihkan dirinya,Iman melihat handphonenya.
44 missed call from Amirul.
Tak campur dari malam tadi punya call. Iman terduduk dibucu katil sambil matanya kosong merenung televisyen. Di dalam hatinya terfikir adakah Amirul benar-benar cuma mahukan kemaafan darinya? Betulkah tiada sebarang ruang dalam hatinya untuk memaafkan Amirul? 4 tahun mereka bahagia,satu tragedi menyebabkan mereka terpisah adakah berbaloi? Bermacam-macam yang bermain difikiran Iman saat ini.
Tiba-tiba Iman dikejutkan dengan bunyi telefon di dalam biliknya.
"Hello,dah mandi?"
"Hye. Dah. Baru sudah. Kenapa you?"Putra yang menelefon.
"I nak ajak keluar makan then kita jalan-jalan nak? Penang ni malam-malam cantik tau" ye je Putra ni. Macam kampung dia pulak.
"Okay bagi I siap. Nanti I dah siap I ketuk pintu you"Iman meletakkan telefon setelah mendapat persetujuan Putra.
Iman memilih untuk memakai palazo hitam dan t-shirt putih yang di-tight in kan. Rambutnya diikat tinggi. Tubuhnya yang tinggi lampai nampak cukup sesuai dengan padanan itu.
Semasa membuka pintu untuk ke bilik Putra yang bersebelahan,Putra sudah pun menunggunya di depan pintu. Kebetulan baju mereka senada. Putra memakai seluar pendek paras lutut berwarna hitam dan kemeja berlengan pendek bercorak kecil warna putih.
"Wah boria"Putra berkata lalu mereka tergelak bersama.
Selepas makan di area Fort Cornwallis,mereka memilih untuk berjalan di tebing laut. Penampilan Putra yang santai namun segak membuatkan anak mami Penang ada yang menoleh 2 kali. Terbit rasa cemburu di hati Iman apabila gadis-gadis itu menoleh ke arah Putra. Kemudian sengaja dirapatkan dirinya ke arah Putra. Saja bagi orang tahu Putra tu miliknya walhal mereka cuma rakan sekerja.
"Amboi I tak larilah sayang. Yang dekat-dekat sangat dengan I ni"Putra mengusik Iman.
Iman yang termalu sendiri menjarakkan dirinya namun ditarik oleh Putra lalu Putra melingkarkan tangannya ke pinggang Iman. Merah terus muka Iman diperlakukan begitu.
"Orang tengoklah you. Seganlah I"
"Biarlah. I tengok yang mamat-mamat atas motor tu dok tersengih-sengih tengok you. Biar diorang tahu,you tu I punya."Putra berkata selamba.
YOU ARE READING
F*ck First,Love Later
RomanceIman Amanda , pengalaman hitamnya membuatkan dia takut untuk bercinta semula. Putra Azibullah , pandangan pertamanya terhadap gadis itu membuatkan dirinya ingin memiliki gadis itu. Namun kehadiran yang tidak diundang telah membataskan peluangnya unt...