"So congrats on your engagement I heard"
"Thanks! Mesti Misha lah ni yang bagitahu"
"Hahaha all over facebook lah Put! Misha tu tag semua orang. Dengan I sekali dia tag"manis wajah Suraya yang tertawa kecil. Pasti menambat mana-mana jejaka yang melihat. Namun hubungan di antara mereka tidak akan pernah terjalin. Mereka saling tidak tumpah seperti abang dan adik.
Suraya Alias dan Putra memang sebenarnya dijodohkan dari kecil oleh ibu bapa mereka memandangkan persahabatan yang terjalin antara mereka amat rapat. Suraya berbeza 1 tahun daripada Putra namun mereka berdua telah pun bersetuju untuk tidak meneruskan rancangan ibu bapa mereka.
Pada mulanya bantahan demi bantahan yang terpaksa diterima oleh mereka,namun swiring peredaran masa,ibu bapa mereka terpaksa akur akan kehendak anak mereka dan membiarkan mereka dengan pilihan masing-masing.
"Misha tu memang. I plan nak keep it silent je. So bila I hantar jemputan kahwin nanti,semua terkejut"Putra merungut namun tersengih teringat adik sepupunya itu.
"Yeah,I know. You kan memang perahsia sebab kalau bukan sebab fb,I taktau pun you engage"Suraya seakan merajuk.
"I bukan taknak bagitau Su,all happened so sudden. Lagipun,you bukan ada kat sini pun tau. Jangan nak mengada-ngada"
Sekali lagi Suraya ketawa kecil. Niatnya hanya ingin bergurau dan Putra pastinya sudah masak dengan perangainya itu.
"Who is she? She's pretty. "
"She is"Putra tersenyum sambil membayangkan wajah Iman yang cemburu pagi tadi.
"Omg Put. Stop with that creepy smile! Seram I"
"Hahahahaha. I don't know Su. What I know is I love her"Putra berkata dengan senyuman sambil memandang ke arah Suraya. Suraya hanya tersenyum. Dia tahu Putra dilamun cinta.
***********
'Assalamualaikum ayah''Waalaikumussalam. Iman kat mana tu?'ceria suara Encik Shazni di hujung telefon pagi itu.
'Iman kat office'Iman menjawab sambil tangannya memainkan pen di tangan.
'Alhamdulillah. Lega ayah dengar Iman kerja dengan Putra balik'
'Hmm'
'Kenapa Iman? Macam tak suka je?'
'Eh taklah yah. Ayah sihat? Abang mana?'
'Abang pergi kolam harini. Ayah sihat Alhamdulillah. Ni ayah nak masak sambal tumis udang dengan petai'Encik Shazni memang tak dapat dinafikan skill memasaknya. Sewaktu ibu Iman masih ada pun,kebiasaannya ayah lah yang akan masak namun bukan bermakna ibunya tidak pandai memasak,cuma ayahnya memang memanjakan ibunya. Ibunya dilayan seperti puteri raja. Iman memang bercita-cita untuk mendapat suami penyayang seperti ayahnya.
"Sedapnya! Mana aci Iman tak ada!"Iman mendengus. Kedengaran suara Encik Shazni tergelak saja dihujung telefon. Kemudian perbualan anak beranak itu tamat setelah Encik Shazni berkata kualinya hangus dan selepas memberi salam,Iman pun meletakkan telefon.
Nafasnya dihela perlahan. Putra tidak menelefonnya lagi. Dia tahu Putra tak ada sebarang meeting penting hari ni. Cuma berjumpa dengan Suraya. Hatinya kembali sakit namun cuba diabaikannya. Dia kembali menyambung kerjanya sebelum Mak mengetuk pintu biliknya untuk masuk. Iman memberikan senyuman.
"Iman nak apa-apa? Air ke?"
"Eh tak payah Mak,Iman dah ada air"ujar Iman sambil mengangkat gelasnya.
"Okay Iman. Dah habis merajuk Iman?"Mak menebak.
"Iman merajuk? Mana adalah. Siapa cakap ni?"Iman cuba mengelak sebelum berpura-pura menyambung kerjanya
YOU ARE READING
F*ck First,Love Later
RomanceIman Amanda , pengalaman hitamnya membuatkan dia takut untuk bercinta semula. Putra Azibullah , pandangan pertamanya terhadap gadis itu membuatkan dirinya ingin memiliki gadis itu. Namun kehadiran yang tidak diundang telah membataskan peluangnya unt...