Part 27 - Penjelasan

21.2K 541 32
                                    

Malam itu sedang semua sibuk mengemas kembali rumah Encik Shazni memandangkan majlis sudah berakhir,Iman hanya termenung duduk di dalam biliknya. Dia merenung cincin belah rotan dan juga cincin berbatu itu yang berada di kedua-dua jari manisnya.

Separuh hatinya gembira. Sangat gembira namun perasaan berbelah bahaginya masih ada. Mengapa boleh tertukar pengantin? Takkan Amirul yang psiko tu boleh lupakan je hasrat dia nak bertunang dengan aku lepas semua yang dia dah buat?

Banyak yang bermain difikiran Iman dan dia tak sabar tunggu penjelasan dari ayahnya. Iman bingkas terjun dari katilnya menuju ke pintu. Ya,dia perlu ayahnya menjelaskan keadaan ini. Belum sempat dia membuka pintu biliknya,pintunya sudahpun dikuak.

"Ayah! Terkejut Iman!"Iman meraup dadanya. Terkejut kerana tiba-tiba pintu biliknya terbuka.

"Boleh ayah masuk?"

Iman menganggukkan kepalanya memberi isyarat menjemput ayahnya. Ayahnya duduk dibucu katilnya. Iman mengambil tempat di sebelah ayahnya.

"Iman bahagia?"Encik Shazni mengutarakan soalan tersebut. Iman tak mampu menjawab apa-apa. Dia hanya terduduk diam,kaku.

'Come on Iman! Tadi banyak sangat nak tanya!'

"Ayah minta maaf Iman kalau keputusan ayah ni salah. Ayah cuma.."belum sempat Encik Shazni menghabiskan kata-katanya Imam segera memeluk ayahnya. Kepalanya disandarkan pada bahu ayahnya.

"Ayah tak pernah salah. Iman tahu semua ni demi kebahagiaan Iman cuma apa yang Iman tak faham,macammana boleh jadi macamni. Mana Amirul?"

Encik Shazni mengusap lengan anak gadisnya itu perlahan.

"Ayah tak tahu nak cakap macammana nak. Ayah.."

Iman segera mengangkat perlahan kepalanya. Wajahnya menunjukkan riak risau.

"Kenapa ayah? Kenapa dengan Amirul?"

"Amirul,dia.. dia accident Iman. Dia sekarang sedang koma Iman. Dah dekat seminggu lebih dia tak sedar"

'Allah! Patutlah takde khabar berita langsung dari Amirul'Iman seakan termangu. Tak tahu hendak memberi respon.

"Putra tahu hal ni?"

Ayahnya hanya mengangguk.

"Tapi ayah taknak Iman salahkan Putra. Dia menurut je apa yang ayah usulkan. Dia terkejut dengan keadaan Amirul dan rasa serba salah,tapi ayah yang yakinkan dia tentang pertunangan ni. Ayah cuma pentingkan kebahagiaan Iman nak. Ayah tahu,dia mampu jaga Iman macammana ayah buat"panjang lebar Encik Shazni menerangkan keadaan.

Air mata Iman bergenang.

"Kenapa tak ada sorang pun bagitahu keadaan Amirul? Iman tak layak ke nak tahu??"

"Bukan macamtu Iman,ibu yang minta ayah rahsiakan sampai semuanya selesai. Dia nak Iman bahagia dengan pilihan hati Iman yang sebenarnya. Bukan Amirul"

Air mata Iman menitik perlahan lalu Iman berkata dingin.

"Siapa kata pilihan hati Iman sebenarnya bukan Amirul?"

*********
Pagi-pagi itu,Iman sudahpun bersiap. Bajunya sudah pun dimasukkan ke dalam beg. Dia ingin pulang ke KL. Melawat Amirul. Walau bagaimana teruk Amirul telah berkelakuan padanya,Amirul pernah membahagiakannya.

Semasa sedang menuruni anak tangga,abangnya menyapa.

"Adik,nak balik dah ke?"

Iman hanya menjeling abang kembarnya itu.

"Kenapa jeling abang? Pedih hati ni"Iman Firdaus membuat muka seolah-olah menanggung kesakitan didadanya sambil tangannya diletakkan di dada.

"Ah abang ni! Ingat kelakar ke? Adik bengang lagi dengan abang tau. Abang tahu tapi kenapa tak bagitahu adik?"Iman meluahkan kegeramannya.

Iman Firdaus hanya tersengih.

"Alah abang bukan sengaja. Ayah letak pisau kat perut abang,dia kata kalau abang bocorkan pisau ni masuk dalam perut abang. Hmm"Imam Firdaus membuat wajah sedih.

"Serious ke bang?! Lahh ke apa ayah ni! Sampai macamtu sekali. Abang okay tak ni?"Iman risau. Gila ke ayah dia ni.

Melihatkan wajah adiknya yang percaya kata-katanya itu,ketawa Iman Firdaus meletus. Kuat jugalah. Rasa berdesing telinga Iman.

"Adik ni! Takkan lah ayah nak buat macamtu. Ish!"

Iman mencebik lalu menampar lengan abangnya. Geram pulak hati ni.

"Tapi..adik suka kan?"

"Hmm. Tahlah bang."

"Ahh jangan nak mengada-ngada. Apa salah Putra yang buat adik jauh hati ni? Haritu beriya punya gatai merenyam nak kahwin dengan Putra"

"Abang ni! Mana ada gatal merenyam!"Iman menjerit dan kembali menampar bahu abangnya.

"Apa kecoh-kecoh pagi-pagi ni hah Iman,Firdaus?"

"Eh kenapa nama Firdaus je ayah sebut"Iman Firdaus seakan tidak berpuas hati.

"Kan ayah sebut dua-dua. Iman,Firdaus"

"Hah kan nama Firdaus je tu!"

Wajah Encik shazni menunjukkan wajah keliru. Pening pula bila dua-dua anaknya itu mempunyai initial name yang sama.

"Hahahhaha dahlah tu ayah dengan abang ni. Iman nak balik KL ayah. Iman nak lawat Amirul"

"Kerja macammana Iman?"

"Erm nanti Imam carilah ayah. InshaAllah banyak peluang kerja kat KL tu"

"Putra bagitahu haritu,kerja je dengan dia"

"Tah adik ni! Mengada-ngada. Tunang sendiri pun. Kerja je lah"kemudian Iman Firdaus menjerit kecil apabila Iman mencubit lengannya.

"Eih adik ni! Kejap tampar,kejap cubit. Penderaan lah ayah!"

"Dahlah,jom sarapan sebelum balik Iman. Ayah pun nak pergi kolam udang lepasni"

Kemudia encik shazni hanya menggeleng melihat telatah dua beradik itu sebelum berlalu ke dapur.

**********
Sepanjang perjalanan pulang ke KL,Iman gelisah menanti panggilan mahupun whatsapp daripada Putra. Tak ada satu pun sejak dari hari mereka ditunangkan.

'Ni lah lelaki! Bila dah dapat,terus diabaikan. Hehh'

Tanpa sedar,keretanya sudah pun dibelokkan ke perkarangan Hospital Pantai,Cheras. Semasa memarkir keretanya,dia menarik nafas sedalamnya sebelum turun untuk melawat Amirul.

********
Air matanya bergenang. Wayar berselirat dan juga wajah Amirul yang bengkak merobek hatinya. Tak sanggup rasanya melihat Amirul menanggung kesakitan tersebut. Iman hanya merenung Amirul dari luar sebelum bahunya disentuh lembut. Iman memalingkan wajahnya.

Wajah yang dikasihinya. Putra. Lalu dia terus memeluk Putra dan menghamburkan air matanya di dada tunangnya itu.

*******

Hello guys. I'm back. Sorry haritu I selfish taknak sambung this story padahal ramai je yang bacaaaa. Im so sorry 😭😭

But hey! I'm back! InshaAllah I akan update ASAP . Thanks for all the support! :')

Keep on voting and comment okay. Stay tuned for updates.

Muahhxx
ammara clarissa ♡

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now