Chapter 6 : Two people come from the same way

41 7 0
                                    

Sambungan chpter 5

Flashback (a few days ago)

" Erm. Bila dia nak jumpa?" tanya Yunho melangkah selangkah demi selangkah di atas jambatan yang sering dikunjunginya bersama arwah isterinya suatu ketika dahulu.

"Okay. Thanks." ucapnya sebelum memutuskan panggilan telefon bersama Yeosang.

Nafas berat dilepaskannya melihat tali kasutnya yang terbuka, dia melutut lalu mengikat semula tali kasut itu.

Seorang wanita yang berdiri di tengah-tengah jambatan itu, dia pandang seketika mengingati saat terakhir dia mengunjungi jambatan itu.

Flashback (5 tahun lalu)

'Seorang wanita dipercayai terlibat dalam kemalangan yang meragut puluhan nyawa ini....' siaran televisyen terus dibiarkan bersiaran di layar televisyen tanpa penonton.

Suasana di ruangan kecemasan menjadi huru-hara dengan tangisan dan kesibukan kaki tangan hospital. Yunho berlari membantu tenaga kerja rumah sakit menolak katil isterinya ke dalam wad kecemasan.
Hujan lebat mulai membasahi bumi...

"Maaf cik. Ahli keluarga tak dibenarkan masuk." beritahu seorang jururawat sebelum menutup pintu bilik bedah.

Tapi berita yang Yunho dapat bukanlah baik tapi buruk setelah doktor itu keluar dari ICU.

Terduduk Yunho mendengar berita daripada doktor sebaik sahaja mereka selesai melaksanakan pembedahan. Yeosang yang datang menemani temannya itu menggosok-gosok belakang badan lelaki itu menenangkannya.

"Sayang. Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak buat saya macam ni? Anak papa. Papa minta maaf sebab tak sempat nak sambut kehadiran kamu ke dunia. Tunggu papa sayang. Papa datang."

Yunho menjejakkan kakinya ke atas penghadang jambatan lalu medepakan kedua-dua belah tangannya ke udara.

" Yaa!! Apa kamu buat nih?!" tanya satu suara kecil yang sekali gus membawa rasa dakapan kuat di bahagian kakinya. Yunho menunduk memandang gerangan yang mengganggu proses pertemuannya dengan anak dan isteri lalu tanpa sedar terhilang imbangan.
-
-
-

Present

"Ya, Cik Haejin. Boleh duduk." ucap Yunho tidak sedikit pun memandang pelanggan di hadapannya. Haejin tersenyum melihat beberapa dokumen yang sudah siap disusun lelaki itu seolah-olah memang sudah lama menunggu kehadirannya.

"Saya dah tanda semua bahagian yang cik kena tanda tangan." beritahunya sambil menunjukkan salah satu contoh.

" Umur cik memang 25 tahun?" tanya Yunho menghadap komputer.

"Ya saya." balas Haejin membaca satu per satu dokumen yang disiapkan peguamnya itu.

Yeosang mengunyah-ngunyah buah epal yang di tangannya lalu memerhati majikannya yang di sebalik kaca lutsinar. Perlahan-lahan dia membentuk hati dengan kedua-dua belah tangannya lalu membingkaikan majikan dan bakal anak guamannya. Hidungnya berkerut melihat kedinginan di dalam ruangan itu yang tidak ubah seperti peti sejuk 99 pintu.

"Eish. Kalau gini la cara nyo tak jale boh." katanya sebelum dikejutkan dengan satu bunyi ketukan meja yang mengembalikan pandangannya ke hadapan.

"Yer. Selamat datang. Boleh saya bantu?" tanyanya sepintas lalu automatik berdiri menyambut seorang lelaki yang disangka client tetapi bukan.

" Banyak la kau boleh saya bantu." ujar lelaki berjam Rolex itu dengan nada menyampah.

"Bila dia selesai? Cakap aku tunggu dia kat kafe." sambungnya lalu melangkah keluar daripada pejabat itu.

The Unwanted Wife Where stories live. Discover now