Chapter 10 : Good Times?

53 9 4
                                    

"Jadi siapa yang akan jadi jururawat peribadi Cik Soojin?" tanya Doktor Minhyun. Wooyoung yang baru berhasrat mahu mengangkat tangannya membatalkan niatnya setelah Seonghwa pantas melangkah ke hadapan dengan teruja. Sekaligus perbuatan itu melahirkan tanda tanya di kepala Woo.

"Yang kau excited sangat nak pergi rumah Soojin ni kenapa?" tanya Woo memerhati tiap inci keriangan yang terpancar di wajah rakannya yang sedang memandu itu.

"Sebab Haejin ada dekat sana."

Soojin POV

Dahiku berkerut melihat satu-satunya abangku berjalan ke kiri dan ke kanan berulang-ulang di hadapan pintu bilik tetamu.

"You know you can just go in there, right?" tanyaku tanpa perasaan.

"No. Abang taknak dia rasa tak selesa." balas lelaki itu.

"Whatever." aku kembali membelek telefonku namun tetap sahaja pandangan aku kembali kepada satu sosok tubuh berbaju hijau yang di dalam bilik tetamu.

Flashback (Couples minutes ago)

"So, can you walk?" tanya Seonghwa membuatkan mata aku terkedip-kedip dengan senyuman lebar. Aku mengangguk membalas persoalan itu.

"Okay, good. Sekarang saya nak pergi periksa Haejin." dengan ayat itu berakhirlah moment-nya bersama lelaki itu di 2 minit pertama pertemuan mereka.

End flashback

"Pastikan kau makan semua yang aku dah letak dalam list. Sayur, susu, nasi semua tu okay?" pesan Seonghwa melahirkan serongan pandangan Woo kepada lelaki itu. Beg doktor yang sedang dikemasnya sengaja dihempaskan ke kepala lelaki itu setelah beg tersebut siap dizipnya.

"Dah. Minggu depan kitorang datang lagi. Rehat okay. Jangan buat kerja berat-berat, kau ada lagi seorang dalam tu." ucap Woo lembut selaku doktor peribadinya. Haejin mengangguk perlahan lalu mengukir senyuman nipis.

"Jangan risau, kau selamat dekat sini. Aku yakin dia boleh jaga kau." sambungnya lagi sebelum mengengetkan badan dan berbisik.

"Dia sendiri yang sukarela bawa kau balik rumah dia lepas kau kena serang hari tu. Aku rasa dia lelaki yang baik." Haejin melangut ke atas melihat Woo mengangguk -angguk meyakinkan dirinya akan kebaikan Yunho.

Beberapa minit kemudian, setelah Woo dan Hwa pulang, Haejin meregangkan sedikit belakang badannya menghilangkan rasa lenguh setelah beberapa hari terbaring.

"Awak boleh masuk kalau awak nak." katanya lembut melihat bayang yang dari tadi berdiri di hadapan pintu biliknya.

Memerhati langkah perlahan lelaki yang hanya dikenali sebagai peguam belanya masuk dengan penyadok sampah dah penyapu, Haejin terus melutut di atas katil memohon maaf kepada lelaki itu kerana memecahkan gelasnya.

"Maafkan saya. Maafkan saya. Saya betul-betul tak sengaja."

"Kaki awak akan lenguh kalau awak duduk macam tu lagi 5 minit." suara lelaki itu kedengaran perlahan, mungkin bercakap dengan Haejin, atau hanya ilusi wanita itu. Wajah lelaki itu sekaligus pandangannnya terus ke kaca pecah yang di lantai.

"Nae?" Haejin perlahan-lahan kembali bersandar di hujung katil setelah menganalisis apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

"Terima kasih sebab bawa saya datang sini dan izinkan saya tinggal dekat sini." ucap Haejin cuba mengaturkan perbicaraan, namun nampaknya strategi ini tidak menjadi. Dia memerhati sekeliling lalu terperasan pakaiannya berbeza dari sebelumnya atau tidak sama dengan mana-mana baju di mana-mana hospital.

"Awak tukarkan baju saya?" nada suara Haejin yang bercampur dengan nada tertanya dan tidak percaya membuatkan Yunho akhirnya memanggungkan kepalanya memandang Haejin.

The Unwanted Wife Where stories live. Discover now