Chapter 9 : Things That Come And Go

39 9 0
                                    

Yunho's POV

Setelah selesai menguruskan kemasukkan Haejin kedalam wad, aku melabuhkan punggung ke sofa berdekatan lalu membuang pandangan keluar tingkap. Tanpa sedar, aku terlelap dibuai lelah seharian menghadapi krisis jantung.

Keesoakan harinya, terbangun sahaja dari tidur teru slalu perlahan-lahan mengatur langkah mendekati Haejin yang masih terbaring di katil. Wajah gadis itu kelihatan sungguh pucat, bibirnya juga tampak kering.

"Encik boleh kita bincang dekat luar sekejap?" tanya Doktor Wooyoung yang sekadar menjengukkan kepalanya ke dalam ruangan wad persendirian itu.

Kami sama-sama berdiri di sisi koridor, aku untuk beberapa ketika terasa aneh dengan pintu wad bertentang yang tiba-tiba tertutup kuat sebaik sahaja aku melangkah keluar.

3rd person's pov

"Cik Haejin akan bangun tak lama lagi sebab dia tak menunjukkan apa-apa sintem koma atau lumpuh. Dan saya cadangkan dia keluar wad hari ni sebab wad kami dah penuh dan bilik tu akan digunakan oleh orang lain. Dan sebagai kawan yang dah lama kenal Haejin....."

Yunho menelan air liur membasahkan tekaknya yang sememangnya sudah cukup basah setelah menerima pandangan tajam daripada doktor itu.

"Saya harap Encik tak anaiya atau ambil kesempatan atas kelemahan rakan saya. Dia mungkin dah tak ada apa-apa. Tapi bersama orang yang betul dia boleh jadi segala-galanya." tidak berani untuk memutuskan pandangan mata mereka berdua , Yunho sekadar menyatukan bibir atas dan bibir bawahnya menjadi sebaris.

"Haejin dah bangun?" tanya satu suara , memecahkan ketegangan di antara Yunho dan Woo. Mereka menoleh serentak memandang lelaki yang melangkah pelik itu.

"I got a text that said you are having fun at French. Then what are you doing here, with this cloth?" pandangannya bertukar dari atas ke bawah memandang pakaian hospital gadis itu

"Okay. Soo mengaku Soo tipu. Tapi let me explain first okay?" ditinggalkan tanpa jawapan Hwa dan Woo masih di tempat yang sama saling memandang antara satu sama lain.

Time Skip....

Menggendong Haejin masuk ke rumahnya, Yunho perlahan-lahan membaringkan gadis itu ke atas katil di dalam bilik tetamu, lalu meletakkan segala kelengkap yang diperlukan oleh wanita itu sepanjang berada di kediamannya.

At Supermarket

Yeosang membongkokkan badan masuk ke dalam troli barangan olek kerana bosan. Hanya kakinya sahaja yang bergerak meneruskan perjalanan membontoti majikan merangkap rakannya itu.

"Kau kena bagi bonus untuk aku bulan ni sebab aku temankan kau pergi shopping." nyata Yeosang memandang Yunho yang jelas sedang membelek tin susu.

"Okay, Yeo yang ni ke yang ni?" terus dahi Yeosang berkerut melihat label susu ibu mengandung yang diberikan pilihan untuknya memilih.

"Tak. Sekarang nih aku musykil dengan kau, kau selama kau hidup bujang, makanan makcik cafe office kita ja yang kau telan. Ni ni ni nih!" barang-barangan masakan di dalam troli diangkatnya satu per satu menunjukkan keanehan lelaki itu.

"Sayur, garam, ikan, ayam semua nih kau nak buat apa? Ha? Soojin nak balik?" Wajah Yunho yang terus bertukar suram membuatkan Yeosang menyambung titak-titik peristiwa aneh di kepalanya, saat matanya terpandang susu ibu mengandung di tangan rakannya itu terus dia menutup mulut dengan mata terbungkap.

"No, don't tell me." sekali lagi dia menutup mulutnya dengan wajah tidak percaya.

"Okay, Yun. Aku tahu kau marah. Tapi bagitahu sapa lelaki tu? Aku cari dia malam ni juga? Erm? Negara mana French? China? Korea? Semua aku carikan, sampai ke lubang semut pun aku cari lelaki tak guna tu. Bagitahu je dia tinggal dekat mana. " Yunho terus mengurut kepalanya yang tidak sakit lalu menghembuskan nafas berat. Buat seketika dia tertanya mengapa dalam berpuluh temannya, rakannya yang satu ini juga yang selalu bersamanya.

Meanwhile

Wooyoung memerhati Soojin yang sedang termenung merenung langit melalui tingkap wadnya lalu menarik tangan Seonghwa yang lalu di situ.

"Ish, apa kau? " tangannya ditepis lelaki itu ingin membebaskan diri daripada genggaman Woo.

"Kau tengok tu, kau tak rasa ka dia tak ceria macam selalu?" Hwa memandang ke arah pandangan Woo lalu mengembalikan pandangannya kepada rakannya.

"Entah, bukan masalah aku pun. Alah mungkin di baru habis treatment. Penat. Nak rehat. Biasa la kan." Woo mengecilkan matanya lalu memandang tajam ke arah lelaki itu.

"Patut la kau sampai sekarang , single." terus satu tapak tangan hinggap kuat ke bahu Woo.

"Aaaa, tu makan dia. Single, single ni kau jangan main. Aku takrawkan kau baru tahu." masih menahan perih di bahu Woo bersuara.

"Takraw eh. 5 round basket dengan aku pun pancit." katanya sepintas lalu sebelum memecut laju meninggalkan Seonghwa yang jelas sudah bersedia menerkamnya bila-bila masa. Tergeleng-geleng lelaki berpakaian biru muda itu dengan tingkah rakan bekerjaya 'doktor' itu. Sepintas lalu sebelum menyambung kerjanya Seonghwa memandang Soojin di dalam wad yang kini sudah berbaring dengan matanya terpejam.

Flashback

"You never tell me about this." suara Yunho memandang adiknya yang di sisi.

"I just don't want you to be worry about me." jawab Soojin memegang lengan abangnya.

"I know it's wrong but... trust me I'll be fine. I'll recover soon." Seonghwa terus menyiapkan tugasannya , memasukkan air ke dalam badan wanita itu mengabaikan perbualan yang tanpa sengaja didengarkannya.

Present (3 Hari kemudian.)

Dari sudut atas, Haejin terlihat berbaring di atas katil dengan kedua-dua belah tangannya di atas perut. Yunho menaip di komputer ribanya setelah seharian mengemas rumah. Dia yang duduk di sofa bertentangan dengan arah katil Haejin mendengarkan lagu di telinganya sendiri lalu menyambung kerjanya.

Sepasang mata perlahan-lahan terbuka. Sinaran matahari memanah mata Haejin yang sudah 6 hari tidak menjenguk dunia. Pandangan pertamanya adalah syiling putih ruangan yang asing baginya dengan kain kanopi nipis yang menutupi katilnya. (mcm kelambu tu)

Perlahan-lahan menegakkan badan, Haejin memandang tangannya yang berbalut lalu perlahan-lahan menggerakkan jari jemarinya. Terpandang laporan kesihatan yang selalunya dibuat dirinya untuk pesakit di sisi katil, dia menggerakkan tangan kirinya yang tidak berbalut untuk mengambil cepisan kertas itu.

'Carpal Tunnel Syndrome'


Haejin terdiam melihat keputusan itu. Tidak mempercayai hal itu, dia mencapai gelas kaca yang di sisi katilnya lalu cuba untuk menggenggamnya. Tangannya terus menggeleter sehinggakan kaca tersebut terhempas ke lantai.

"This can't be true. No." jantungnya mulai mengepam darah lebih laju menyampaikan oksigen ke seluruh badan. Kedua-dua belah tangannya dipandang serentak sebelum menekupkan ia ke wajah.

"Akh!!" jeritnya menolak segala selimut dan bantal yang di kelilingnya sebelum kembali berpeluk tubuh dengan tangan yang menekup rapat wajahnya menahan air mata.

Haejin's pov

Merasa kehangat dibaluti pelukan asing yang tiba-tiba menyamankan hati, aku melangutkan kepala memandang gerangan yang menyaluran kehangatan kasih sayang di saat hatiku robek dituba realiti kehidupan.

"Gwenchana. Saya ada dekat sini."

The Unwanted Wife Where stories live. Discover now