Chapter 12 : Kim Hongjoong?

43 5 1
                                    

Sambungan chapter 11

Mata bertentang mata, Yunho dan Hongjoong kedua-duanya saling bersila menghadap satu sama lain. Pandangan mata mereka yang terus terikat terasa semakin tegang ekoran tiada tanda siapa yang akan menamatkan saingan tanpa ganjaran ini. Hongjoong membuka mulutnya mahu mengutarakan soalan namun dia menggumam setelah seketul ayam goreng disumbatkan ke dalam mulutnya.

"Tak payah banyak cakap. Aku nak lena." ujar Yunho lalu merebahkan badannya ke atas tilam empuk. Hongjoong mengecilkan matanya memandang lelaki itu.

"Hmmhh hmmhm hmhmmhmm mhmhmh...hmmh?"

Yunho POV

Aku terkerutkan dahi mendengar bahasa makhluk asing yang dituturkan pewaris Syarikat M itu. Biarpun harta ahli keluarga angkatnya tidak luntur selama 100 keturunan. Entah mengapa katil dan bilik di dalam rumah aku juga yang menjadi pilihannya sebagai tempat penginapan.

"Apa?" tanya aku sejurus sahaja lelaki itu menumbuk kuat ke arah bahu aku yang sedang mengiring memandang rakan kesayangan aku itu. Melihat dia membulat-bulatkan tangannya di hadapan perutnya, sudah aku sangka apa yang mahu disoalnya.

Hongjoonng POV

Aku menelan daging ayam goreng yang hampir seminit aku kunyah dia dalam mulut lalu kembali bersila di atas katil bersebelahan dengan Yunho. Perhatian aku sepenuhnya tertumpu kepada jawapan yang bakal dijawab oleh lelaki itu.

"No, aku wonder." mulaku sudah tentu menambahkan kerutan di wajah lelaki itu.

"Aku tak kisah kalau nak tidur dengan berpuluh perempuan dekat luar sana or do anything yang kau nak buat tapi.... " kata-kata aku tergantung sebentar memerhati sekeliling.

"What the heck, use the freaking protection you idiot! Sekarang apa kau nak sara hidup dia dengan baby dalam perut dia tu? Kau nih, nak buat something tu fikir la dulu. Sekarang kan dah masalah..."

Yunho POV

Bibir aku terukir senyuman kecil mendengar bebelan lelaki itu yang tidak ubah seperti seorang makcik 40-an. Aku biarkan dia tergelam dalam andaian sendiri,terus menerus aku mengangguk mendengar omelan lelaki itu.

"Oi, aku cakap dengan kau ni. Dia boleh buat macam tunggul besi." dengusan kecil aku lepaskan dengan senyuman nipis menerima tamparan kecil daripadanya. Aku benamkan wajah aku ke tilam empuk lalu mengesotkan badan , meletakkan kepala aku ke riba lelaki itu.

"First, I am not a freaking jerk that knock up with any random women. Second, aku sendiri yang nak jaga baby tu and ni semua tak ada kena mengena dengan Haejin." balas aku memandang wajah Hongjoong daripada bawah.

"Haejin?" tanya rakan aku dengan dahi yang berkerut. Mengetahui dia agak sensitif dengan mana-mana gadis yang bernama demikian aku segera mengangguk setelah menerima pandangan daripadanya.

"So ..... aku tak kisah kalau kau nak jaga mana-mana baby or nak ambil anak angkat ka, nevermind, just do it. Tapi..... mak dia macam mana?" aku memejamkan mata sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu. Badan aku iringkan , membenamkan wajah ke perut Hongjoong sehingga lelaki itu terbaring tepat ke tempat tidurnya dengan kepala aku masing di perutnya. Dapat aku rasakan ketulan 6 packs di sebalik pakaian kerja lelaki itu biarpun fabriknya agak tebal. Segera tangan aku mencapai suis lampu di sisi Hongjoong lalu menyelimutkan kedua-dua tubuh kami serentak bagi mengelakkan lelaki itu daripada terus berkata-kata.

"Yunho aa, mana aci macam ni. Jawab la dulu."

"Esok la kita bincang. Tidur,"

"Tapi..." aku tekup mulut lelaki itu serentak dengan gerakan aku memeluk erat seluruh badannya mengharapkan dia akan mendiamkan diri.

The Unwanted Wife Where stories live. Discover now