Chapter 7 : Everything's gonna be just fine

47 10 2
                                    

Meanwhile

"Awak lari sekali lagi, saya ikat awak dekat sini." kata Seonghwa terus ke wajah Soojin yang sedang memuncungkan bibir dan membulatkan matanya mahu meraih simpati jururawat lelaki itu.
Pang!!

"Oi kucing sakit langgar lori.." Wooyoung terlatah mendengar hempasan fail yang di tangan Seonghwa. Lelaki kusut itu kelihatan... Semakin kusut.

"Kau dah kenapa? Datang bulan? Mood swing?" tanya Woo menyambung mengisi rekod pesakitkya.

" Otak kau datang bulan. Aku ni uterus pun tak ada celah mana nak terbentuknya ovari tu. Lagi satu kalau betul pun darah tu nak keluar ikut mana?" Woo terdengus kecil mendengar bebelan rakan sekerjanya itu.

"Rektum mungkin." balas Woo selamba. Namun melahirkan kerutan diwajah Seonghwa.

"Ou.. Ouu.. Sebelum kau sambung bercakap. Aku ada berita gembira untuk kau."

"Berita apa?" tanya Seonghwa bosan kerana berasa tidak teruja mahu mendengar gosip lelaki itu.

"Cik Haejin kesayangan kau tu. Tengah on the way datang sini." beritahu Woo dengan yakin. Oleh kerana sudah pasti akan keterujaan yang bakal terpancar di wajah Seonghwa.
_
_

Haejin memusing stereng kereta ke kanan, memasuki perkarangan tempat kerjanya lalu berjalan memasuki bangunan hospital dengan sebuah beg tangan dijinjing halus di tangannya. Melabuhkan punggung ke kerusi meja kerjanya, Haejin terhenti sebentar pergerakannya setelah terpandang bingkai gambar keluarganya yang dibatas meja.

Flashback (malam san balik rumah pn areum)

"Jadi awak tekad nak lepaskan saya?" tanya Haejin teragak-agak mahu mengalirkan air mata.

"Saya betul-betul dah tak boleh teruskan hubungan kita ni. Saya perlukan isteri yang boleh jaga makan pakai saya. Yang boleh jaga anak saya. Awak terlalu sayangkan kerja awak daripada orang-orang dalam rumah ni. Jadi sekarang saya bagi awak peluang pergi la. Fokus dengan kerja awak." ujar San panjang lebar

" Saya tahu saya salah. Tapi. Boleh tak bagi saya peluang kedua. Saya janji... "

" Janji! Janji lagi! Berapa kali awak janji pernah ke awak tepati!? Tinggalkan Junyoung masa hari lahir dia! Lupa makan malam kita! Saya ni dah macam orang bodoh tunggu awak dekat restoran tu." terhentak badan Haejin terkejut mendengar tengkingan suaminya. Lidahnya terus kelu tidak tahu apa yang patut dikatakan.

" Saya akan ambil hak penjagaan sepenuhnya ke atas Junyoung lepas ni. Jadi tolong jangan datang dalam kehidupan kami lagi." Haejin menggigit bibirnya menahan sakit di hati. Kini air matanya bukan lagi tersembunyi malah mengalir sederas air terjun 7 telaga.

Melihat San membelakanginya mahu ke arah pintu keluar, pantas tangan lelaki itu digenggam kuat melepaskan rasa rindu terakhir.

"I am sorry San. But I still love you".
Tangan wanita itu cepat saja ditepisnya tidak mahu melayan kerenah Haejin lagi.
"Saya minta maaf kalau selama saya jadi isteri awak, saya susahkan awak, buat awak menyampah dengan saya, tak selalu ada dengan awak. Saya minta maaf.... Tapi..." Air liur ditelannya sebentar membasahkan tekak yang gersang.

"Tapi.. Saya dah cuba jadi yang terbaik. Jadi... Kalau.. Kalau awak cakap saya bukan isteri yang baik untuk awak dan ibu yang terbaik untuk Junyoung.... saya minta maaf... Tapi saya... Nak juga awak terima hadiah terakhir daripada saya ni.." San membelek kotak pemberian Haejin dengan wajah menyampah lalu menjeling, menjelaskan ketidakselesaannya untuk terus berada di situ.

" Saya harap... Saya....doakan awak bahagia dengan Yujin."

Melangkah keluar daripada rumahnya, San merenung kosong kotak yang di tangannya. Tong sampah yang berdekatan pantas saja menerima sisa baharu iaitu hadiah wanita itu.

The Unwanted Wife Where stories live. Discover now