🍀P🍀

108 25 34
                                    

Hihi, Wauthormelon di sini 🍉❤️

🌻🌼🌻🌼🌻

𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7

Kelihatan begitu ramai berasak-asak mengunjungi ke trak makanan tersebut. Mana tidaknya, hidangan yang disediakan semestinya menepati citarasa orang zaman sekarang seperti western food.

"Cookin' like a chef I'm a 5 star Michelin!" rata-rata pelanggan bersorak gembira mendengarkan suara besar milik Fareeq Adib yang bernyanyi sambil menyediakan makanan.

"Wuishh, dorang ni berniaga ke buat konsert sia?" terpegun Muhaimin yang curi-curi melihat kejadian tadi.

Namun perasaan kagumnya mula lenyap tatkala dia kembali menatap wajah kedua-dua rakan karibnya.

"Macam mana ni, Jimin, Kook? Banyak lagi yang tak terjual ni." gelisah Najmi Iskandar bertanya tatkala bungkusan ketupat dilihatnya seperti tidak luak dari tadi.

"Aku rasa elok saja kita bagi saja kat orang surau, alang-alang nak Maghrib ni kan, elok daripada buang macam tu je, ye dak?" serentak Najmi dan Muhaimin mengangguk, ternyata cadangan Syahmi agak bernas.

Setelah khemah diturunkan, mereka pun bersiap siaga untuk meninggalkan tapak pasar tani itu.


🌼🌼🌼

Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah, akhirnya Syahmi, Muhaimin dan Najmi mengagihkan bungkusan ketupat dan rendang kepada hadirin yang menunaikan solat di surau Kampung Chiangkerik.

Tidak lama kemudian, mereka pun beredar keluar.

"Amacam Jimin, Kook? Masih nak berniaga lagi ke lusa ni?" tanya Najmi untuk menerima kepastian daripada mereka berdua.

"Aku okey je, aku takut si Kook ni nanti fikir bukan-bukan, takut rugilah apalah." Syahmi mula mendongak kepala lalu menghadiahkan pandangan tajam buat Muhaimin.

"Alah tak mengapalah rugi kadang-kadang, biasalah adat berniaga kan? Mana ada orang awal-awal berniaga dah dapat untung.

Rezeki yang Allah kurniakan pada kita ni tak semestinya 100% milik kita, ada sebahagiannya milik orang lain. So why not kita tak sedekahkan saja rezeki yang kita ada pada orang lain?" Najmi dan Muhaimin terdiam seketika dengan tarbiah yang disampaikan oleh Syahmi.

"Okeylah Joon, Kook, aku chaw dulu." pamit Muhaimin yang sudah menghampiri motosikalnya, mahu menghilangkan suasana kekok.

"Eh sekejap! Esok abang Tae nak pakai orang. Make sure korang datang awal tau? Dalam pukul 5 macam tu, okey?" pesan Najmi sementara dia masih ingat.

Syahmi dan Muhaimin sekadar mengangguk faham sebelum menghidupkan motosikal masing-masing.


🌼🌼🌼

Setelah memarkir motosikal di bawah garaj, aku pun terus menaiki anak tangga. Lantas aku merasakan permukaan anak tangga yang pada asalnya keras kejung tiba-tiba menjadi lembut dan berbulu. Pelik.

Di saat aku menundukkan wajah ke kaki, baru aku tahu. Rupa-rupanya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"MEOW!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MEOW!"

"OPOCOT YOONGI SI KUCING SUWEK!" aku mengurut dada setelah terperanjat melihat gelagat makhluk berbulu itu.

Aku yang serba salah mula menghampiri fenin itu. Ini kali kedua aku terpijak Yoongi tanpa sengaja.

"Yoongi boleh tak nanti jangan dok tidoq tengah tangga ni? Haih nasib nyawa kau masih panjang." bawah dagu berbulu milik Yoongi aku belai penuh kelembutan.

"Meow meow... (Amacam first time berniaga? Dapat untung tak?)" Yoongi mengiau bertubi-tubi sebelum menjilat tapak kaki kecilnya. Comel!

"Erm dapatlah sorang dua, tu pun tadi ada yang kena pukau pergi foodtruck sebelah tapak aku berniaga."

Lagak Yoongi yang ralit menjilat bulunya ke sana sini tertangguh seusai mendengar luahan aku yang pendam dari tadi.

"Meow meow... (Kau dah ikut tip-tip yang macam tuan aku dan Hoseok cadangkan?)"

"Dah, tapi semuanya tak menjadi."

"Meow meow... (Aku mungkin tak dapat tolong kau pergi berniaga sekali, tapi aku ada satu idea yang boleh buat kau lagi rasa nak berniaga.)"

"Apa dia?" aku mula tertarik untuk mendengar rencana si makhluk berbulu lagikan comel ini. Sesekali aku mengesot sedikit bagi mendengar lebih jelas.

"Meow meow... (Macam ni plannya, kau cubalah...)"

🌻🌼🌻🌼🌻

Actually, seronok sembang dengan kucing even yang dibalas cuma meow saja 😂😂

【✔️】𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴Where stories live. Discover now