Kilang Santan readers, maila serbu, Wauthormelon ada buat kejutan😆 cuma peringatan, watak Jungkook paling muda (18 tahun). Yang lain, dah menginjak usia dewasa.
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3"Assalamu'alaikum." ucapku bersama bunyi hon motosikal yang ditekan berulang kali.
"Wa'alaikumussalam, eh eh Jungkook. Ada apa datang ni?" terjengul seorang gadis yang lengkap berhijab di balik daun pintu.
"Em, kak K-onn. Abang Hassan ada tak?" segan silu aku menanyakan soalan.
Aduh, mana perginya perangai 'inter-kampung-chiangkerik-national playboy' aku sebelum ni? Takkanlah baru berniat nak berubah, terus jadi pemalu?
"Ada je kat belakang rumah, pergilah tengok."
Aku tertunduk malu sebelum langkah dibuka ke arah sana.
🌼🌼🌼"San, Wooyoung, Jongho, aku ada soalan buat kau orang. Dalam banyak-banyak makanan, yang mana kena buat rundingan?"
Sepupu sepapat itu menongkat dagu, cuba memikirkan jawapannya.
"Steamboat?"
"Shell out?"
"Ais krim Family Mart?"
Dia menyilang jari menandakan jawapan diterimanya salah.
"Begedeal (begedil)? Deal dengan rundingan kan sama maksud." jawab Harraz Johari Choi yang terduduk seperti gaya profesor, merasakan jawapannya tepat.
Namun, pemuda berbahu lebar itu sekadar menggeleng kepala.
"Sumpah weyh soalan kau tak masuk dek akal duhh. Bagitau jelah jawapan, Seokjin oi. Aku dah give up." mendatar Khairil Uwais berkata-kata, seperti tidak mahu teruskan.
"Jawapannya ialah SERUNDING!" ketiga-tiga mereka mencerlung bengang ke arah Zarul Irsyad yang menghamburkan tawa persis bunyi tingkap yang sedang dilap.
"Okey turn aku pulak. Soalannya berbunyi, ehem ehem. Apa jadi kalau kita terserempak dengan perempuan cantik?" masing-masing mula fikirkan secara rasional untuk memberikan jawapan nanti kepada Hassan Mustakeem Choi.
"Ngoratlah." jawab Khairil bersama sengihan miangnya.
"Bawak dia pergi makan?" teragak-agak Zarul menjawab soalan tadi.
"Ajak kahwin." santai sekali Harraz melontarkan jawapan.
"Semua salah. Jawapannya, BURGERTAR TULANG RUSUKlah." terjelir-jelir lidah tauke kilang santan itu mendedahkan jawapan.
Sementara mereka yang lain tidak berpuas hati dengan pickupline Hassan, Zarul mula mengetap geram. Kenapa burger juga disebut-sebut? Sudahlah burger punca rezeki pemuda berbahu lebar itu.
YOU ARE READING
【✔️】𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
Humor©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Apabila Syahmi Adha a.k.a Jungkook mahu bergiat dal...