Ada kejutan Wauthormelon buat untuk pembaca Agust D Lemang, enjoy your reading ✨
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5"Ni dari tadi muka chom (kelat) dah kenapa? Clash ke, Seok oi?" soal Hamadi Affendi sebelum menyedut perlahan teh O ais limau.
"Ish kau ni, Gesdi. Tak daklah, aku cuma- ee geramnya, sumpah weyh, aku rasa nak santau online je kat Mak Leha sekarang ni." pemuda putih melepak itu terbatuk-batuk seusai terdengar perkataan 'santau online' dari luahan rakannya.
Andaian sendiri mula berlegar-legar dalam fikiran Hamadi. Apa ingat boleh beli santau dari Shopee? Kalau santan kotak tu logiklah juga.
"Cuba bagitau aku, apa Mak Leha buat apa kat kau sampai nak bersantau online bagai ni?"
"Macam biasalah, tiap-tiap pagi aku pergi gerai depan rumah Mak Leha sebab nasi lemak.
Dan sebagai pelanggan tetap dari Mak Leha mula-mula bukak gerai, saiz bungkusan nasi lemak dia makin lama makin kecil.
Ada ke patut telur goreng sebiji dah jadi sekecil-kecil simcard? Pipih pulak tu. Nak jadi taik gigit pun tak menyempat.
Ayam goreng kunyit tak payah katalah, dari besar penumbuk aku ni jadi dadu weyh. Kuah sambal tu haih, tak banjir langsung, renjis-renjis bakhang!" rungutan Harris Solihin yang panjang berjela mengundang tawa halus Hamadi.
"La kau berdendam dengan Mak Leha sebab tu je? Baik goreng telur tu sendiri, puas sikit nak mengketedaqah (makan gelojoh).
Tak pun kau sendiri buat bussiness nasi lemak pulak." usul Hamadi sekadar cadangan.
"Bussiness? Nasi lemak? Ergh mintak simpanglah, tak mampu aku nak bersengkang mata waktu awal pagi semata-mata nak jual nasi lemak.
Kang lingkup pulak bussiness kita berdua ni, tidur waktu kerja." Hamadi pun memaparkan wajah ye-tak-ye-jugak-kan setelah berfikir masak-masak akan akibatnya.
"Bercakap tentang business ki-"
"Assalamu'alaikum bang Agust D, bang Hoseok." hampir terperanjat Harris lantaran baru menyedari kewujudan Syahmi.
"Kus semangat! Wa'alaikumussalam Jungkook, kau dah kenapa nampak tergesa-gesa ni?" soal Hamadi yang dari tadi memerhati kelakuan remaja itu.
Disebabkan mereka berdua tidak mahu Syahmi dahaga, jadi pemuda itu memesan minuman lagi sekali.
"Sebelum tu, saya nak mintak maaf sangat-sangat atas kesalahan haritu, buat kali kedua. Entahlah saya rasa tak tenteramlah asyik fikirkan pasal tu."
"Ouh, tak apalah Kook. Benda dah lepas, jangan dikenang. Lagipun, kami mula berbaik-baik pun sebabkan kau dengan diorang berdua.
Kalau tak, tak adalah kami berdua nak tubuhkan SOPE Lemang Enterprise. Kan, Hoseok?" Harris mengangguk yakin, mengiyakan kata-kata rakan niaganya.
Bersinar-sinar mata remaja itu setelah kemaafannya diterima mereka berdua, jadi lapanglah sikit hatinya.
"Sebenarnya, saya datang sini ada hajat sikit. Harap abang dua boleh tolong." ujar Syahmi Adha sambil bermain hujung jari, malu untuk menyatakan tujuannya datang ke mari.
"Ouh, yeke? Cakap je, mana tau kami boleh tolong selesaikan."
"Saya ni baru nak berjinak-jinak dalam bussiness, so boleh tak sharekan apa-apa tips atau pengalaman abang-abang waktu pertama kali berniaga?" Hamadi dan Harris mula mencuit bawah dagu, masing-masing sedang menghadam soalan remaja itu.
"Seingat-ingat dulu, aku mulakan bussiness lemang tu bodoh-bodoh je, tak dak khemah ke apa. Just sewa tapak kat pasar malam.
Awal-awal berniaga tu payahlah nak dapat untung, jadi kena ada strategilah kalau nak bussiness kita dikenali ramai." Syahmi mula tertarik dengan penceritaan Hamadi yang kali pertama dia berniaga.
"Strategi? Sharekan bang."
Hamadi dan Harris saling berpandangan lalu mengangguk, rasanya elok mereka kongsikan padanya.
"Kau kena buat..."
🌻🌼🌻🌼🌻
Ta-da! SOPE Lemang in the house y'all! 😎
Mesti ada yang tertanya, bilala seketoi Kook nak start berniaga? Sabaq sat, Wauthormelon akan mulakan di chapter seterusnya 😆
YOU ARE READING
【✔️】𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
Humor©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Apabila Syahmi Adha a.k.a Jungkook mahu bergiat dal...