"Wokeyh bosskur, siap!" cepat-cepat Syahmi Adha mengambil beberapa cucuk sate yang siap diperap lalu diletakkannya di atas pemanggang.
Setelah disusun rapat-rapat, dia mula mengibas pada bara api agar kekal menyala. Rakan-rakannya, Muhaimin Amsyar dan Najmi Iskandar turut gigih menghayun kipas pada pemanggang bagi memastikan isi sate masak sepenuhnya.
Dalam kekalutan menyiapkan pesanan, sempat fikiran si Syahmi memutar kembali kenangan sewaktu mula-mula bekerja dengan Taufiq. Angkara kenakalan mereka bertiga sewaktu bulan puasa lepas, mereka pun diambil kerja secara paksa sebagai hukuman.
Namun sekarang tidak lagi, mereka lebih kepada bersyukur setelah dua bulan bekerja di sini. Lagipun, mereka pun baru sahaja menamatkan zaman persekolahan.
"Uit, Jimin, Jungkook. Cer tengok sana." tegur Najmi sebaik saja dia terpandang bos mereka melayani pelanggan, menunggu pesanan.
Mereka pun diam-diam memerhati gelagat pelanggan yang rata-ratanya gadis.
🌼🌼🌼
"Ye, nak pesan apa?" bicara Taufiq kelembutan sebelum mata pen dipegang meniti atas buku nota.
"Ini warung apa ye?" soal gadis pertama yang tidak henti-henti memintal rambut keritingnya, sengaja berwatakkan ala-ala gadis Melayu terakhir di hadapan pemuda itu.
"Ini warung Satae Kejang hehe." balasnya bersama senyuman kekok, tetapi dalam hati sudah mendesak entah bila dia boleh terima pesanan daripada sekumpulan gadis yang berpakaian gaya hipster.
"Ouh yang famous dekat KL tu kan?" dia hanya kekal tersenyum, mengiyakan sahaja kerenah pelanggannya.
Setelah itu, Taufiq cuba memecut menghampiri pekerjanya untuk memberi pesanan diterimanya. Namun, sekali dia dipanggil oleh gadis-gadis tadi.
"Erm bang, bang. Kalau bang si sate, boleh tak saya jadi kuah kacangnya?" hampir mengamuk tauke warung itu setelah dia menerima pesanan gaya pick-up-line oleh salah satu gadis itu, namun dia sekadar mengoyakkan senyuman paksa.
"Jangan risau, abang dah sediakan kuah kacang sekali. Sekali korang makan sate ni nanti, mesti korang tak dupdapdupdap dah lepas ni sebab korang akan kejang." tutur Taufiq kesinisan sebelum meninggalkan sekumpulan gadis yang sudahpun tercengang.
🌼🌼🌼
"Weyh penatlah!" rungutan ditutur Muhaimin sebelum kain pengelap dicampaknya begitu saja di atas meja.
Aku yang bersenandung kecil mula melihat perbuatan Muhaimin hanya mampu mengeluh kecil.
"Rileklah Jimin, biasalah kerja makan upah ni. Kerja mana je tak penat?" tegur Najmi tanpa mengalihkan pandangan ke arah kami berdua, lebih baik dia cuci pinggan mangkuk sampai bersih.
Setelah siap dibilas dan susun, Najmi menapak ke meja yang sedang kami bersihkan.
"Em korang aku nak balik dah ni, cepat sikit. Woi Kook, dok bertonggek-tonggek apa lagi? Cepatlah lap meja tu." arahan daripada Najmi membuatkan Muhaimin dan aku kalut membersihkan tempat makan.
"Amboi amboi kau, Namjoon. Mengarah kalah aku nampak?" Najmi mula gelabah setelah ditegur abang sepupunya, Taufiq dari belakang.
"Hehe bukan selalu, bang Tae." tersengih-sengih Najmi dibuatnya.
"Hm yelahtu. Ha, ni upah kau orang harini." beberapa keping not RM 20 dihulurkan kepada aku dan mereka berdua yang lain.