Dah lama tak type ff ni, rasa kekok pulak hiks 😔
🌻🌼🌻🌼🌻
𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔🌼
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
Setelah siap menyusun berpuluh-puluh bungkusan ketupat bersama kuah rendang di atas meja, tiba-tiba mereka terdengar bunyi ngauman enjin kenderaan yang baru saja dimatikan.Dengan sekali tolehan, maka ketiga-tiga remaja itu terlihat sebuah trak makanan diparkir bersebelahan tapak berniaga mereka.
Tidak lama selepas itu, beberapa orang mula keluar dari perut trak itu dengan lengkap berapron ala-ala jejaka barista drama Korea.
"Eh macam kenal dorang bertiga ni, kau kenal tak, Kook?" tanya Muhaimin Amsyar yang tak henti-henti memerhati ketiga-tiga jejaka itu.
"Apa pulak tak kenal, si Hanif Mubarak dengan Husaini Jazli tu, hotstuff sekolah dulu kot. Yang si Fareeq Adib tu geng ragbi dengan aku waktu form 5. And dorang tu satu geng." ujar Syahmi Adha yang ligat menyusun ketupat-ketupat ke dalam bekas polisterin, tidak langsung mengangkat wajahnya.
"Siap ada food truck kot. Cayalah!" kagum si Najmi Iskandar melihat trak makanan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk berniaga.
"Of course lah, dorang kan anak orang berada kampung sebelah, Kampung Durian Roboh. Apa-apapun boleh mintak!" sengaja Syahmi melantangkan suara, mahu mereka bertiga mendengar perliannya buat mereka.
"Haih, main kasar nampak si Kook ni." salah seorang mereka mula mengetap gigi penuh geram, yang pastinya Fareeq Adib. Mahu saja dia melangkah pergi ke tapak sebelah, akan tetapi dirinya sempat dihalang.
"Lek lek je, Felix oi. Kita datang sini nak berniaga bukan nak cari gaduh dengan arnab tu." ujar rakannya, Husaini Jazli sambil menepuk-nepuk belakangnya.
Akhirnya mereka berdua pun beralih ke arah trak makanan untuk membantu Hanif Mubarak yang terkial-kial memasang kain rentang.
🌼🌼🌼
Dari tadi Syahmi, Muhaimin dan Najmi melantangkan suara untuk menarik perhatian pengunjung pasar tani ini, namun tiada sesiapapun yang mendekati tapak niaga mereka, malah memandang aneh dengan juadah mereka sediakan."Haih, kenapa semua tengok lain macam je tengok khemah kita? Bukan kita jual benda tak elok. Makanan kot." rungut Syahmi perlahan sebelum mengeluh panjang.
Muhaimin yang ligat memikirkan sesuatu mula mendapat idea. Harap ianya berkesan untuk tarik perhatian pelanggan.
"Mai, mai, mai! Mai semua pakat beli ketupat abang hensem dari Kampung Chiangkerik ni. Beli satu, percuma Jungkoo-"
"Pala hotak arr, hang ingat aku apa? Rendang arna-" kata-kata yang dilontarkan Syahmi terhenti tatkala beberapa pelanggan tiba di khemah mereka bertiga.
"Eh eh akak K-onn, Nana." Syahmi mula melayani mereka berdua yang merupakan pelanggan pertama singgah ke situ.
"Amboi Kook, tak bagitau akak pun kamu ni dah start berniaga." remaja itu sekadar menghadiahkan sengihan kecil setelah disapa gadis yang digelar K-onn itu.
"Hehe, baru je start harini kak. Ha, mau beli yang mana? Ketupat dengan rendang ayam? Atau daging?" ujar Syahmi yang cuba menyembunyikan keterujaannya. Mana tidaknya, akhirnya mereka menerima pelanggan pertama setelah berjam-jam berada di tapak pasar tani.
YOU ARE READING
【✔️】𝑲𝒐𝒐𝒌𝒕𝒖𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒂𝒍𝒂𝒔 • 𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓙𝓾𝓷𝓰𝓴𝓸𝓸𝓴
Humor©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #4] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Apabila Syahmi Adha a.k.a Jungkook mahu bergiat dal...