"Change the world by being yourself."________________________
Seorang pelajar lelaki berkot silver berjalan melalui koridor ke bangunan di sebelah. Langkahnya tidak cepat dan tidak perlahan. Dia berhenti di penghujung koridor itu dan perlahan menghadap pintu di sebelah kanan badannya. Terpampang jelas tulisan 'basketball club' di papan pintu lusuh yang hampir jatuh itu.
Tangannya menyentuh perlahan tulisan itu sebelum menyapu debu-debu di permukaan papan nama itu.
"Bila benda ni nak berakhir, aku rindu nak main basketball dengan korang" Gumam lelaki itu sendirian
Pap
Tiba-tiba tepukan di bahu mengejutkan si dia. Dia memusingkan badannya untuk melihat pelaku yang mengejutkannya itu tanpa berbasa-basi.
"Raykal! Kau rupanya terkejut aku" Ujar lelaki itu kepada orang di depan nya itu
"kau buat apa kat sini Kasyaf, jomlah masuk kelas aku bosan kau takde" Kata Raykal manja kepada Kasyaf sambil meraih leher nya
"Hish gelilah jangan sentuh aku, aku nak masuk kelaslah sekarang ni" Balas Kasyaf sambil mengalihkan tangan Raykal yang melilit leher nya itu.
"Jomlah Uwais tengah tunggu kau juga, kan naik hangin pula dia" ujar Raykal kepada Kasyaf yang bersahaja itu
Sebelum pergi meninggalkan tempat itu dengan Kasyaf dia melirik sekilas pintu itu sebelum berbual rancak dengan kasyaf seperti tiada apa pun yang berlaku.
**********************
Rest room
Aidan perlahan-lahan membaringkan badan Dylan ke atas katil yang sudah disediakan di bilik itu. Lianna dan AL yang masih mengikutinya diam-diam memerhati.
"mana Irene, Alex dan Lucas?" Tanya Aidan serius kepada mereka berdua yang memandang nya
"Tadi saya nampak Alex dengan Lucas pergi dekat bangunan belakang, lepas tu Irene senyap-senyap ikut dari diorang" sampuk Lianna jujur
"sah melencong ni, tak boleh diam sikit pun budak berdua tu" Ujar AL gelisah memikirkan dua kembar seiras nakal itu.
"It's ok, Irene boleh handle diorang. Lepas diorang masuk kelas nanti suruh diorang bersihkan taman primrose sampai bersih" kata Aidan tanpa memandang AL
Suasana sunyi menemani mereka seketika sebelum Lianna membuat keputusan untuk kembali ke kelas. Dia mengheret AL di sisinya sebelum meminta izin dari ketua kelasnya itu.
"Lianna takkan nak masuk kelas terus, jom melencong?" Ujar AL kepada Lianna gembira.
Tadi punyalah marah dekat twins sebab melencong sekarang dia sendiri yang nak melancong
"macam mana dengan class?" Tanya Lianna
"cikgu takkan masuk punya, sebab Ethan dah inform yang hari ni semua teacher ada emergency meetings" Riang AL membalas sambil erat memegang tangan Lianna untuk berjalan pergi
Sambil mereka berjalan menghayati bangunan sekolah itu. Lianna dibawa ke sebuah bangunan besar oleh AL. Pintu itu perlu di tolak dengan keras kerana ia susah untuk dibuka kerana bangunan ini telah lama dibina sehingga kan perlu menggunakan kekuatan untuk membukanya.
"bangunan apa yang besar ni AL?" perasaan ingin tahu melonjak di fikiran Lianna
Terdapat garisan segi empat tepat di tengah arena itu dan gelung di setiap hujung nya. Selain itu, ada backboard yang tergantung bertentang arah dengan bakul terpasang yang dikelilingi jaring yang digantung kira-kira 10 kaki di atas tanah.
YOU ARE READING
LIANNA LUTHFIYYA (SU)
Teen FictionLIANNA LUTHFIYYA? Dia si gadis polos berkaca mata harry potter yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke Highschool Victoria's menjadi bualan ramai student Victoria's setelah dia dilantik menjadi 'manager' untuk kelab basketball di sekolah itu secara t...