"Speak only when your words are more beautiful than the silence. "_____________________________________
Keesokan harinya...
Tok Tok Tok
Ketukan bertalu-talu di pintu tanpa niat untuk berhenti menganggu lena sang gadis di atas katil yang masih tidur. Gadis itu mendengus perlahan dan mengutuk empunya yang menggangu lenanya itu di dalam hati sebelum terpisat-pisat bangun menuju ke tombol pintu. Sebaik sahaja knob pintunya ditarik dalam keadaan mamai, matanya dijamu dengan wajah abang ketiganya iaitu Luthfi yang beriak dingin di hadapan pintu kamarnya.
Segar bugar terus matanya selepas melihat insan kesayangan di depan mata. Tetapi ada yang sedikit aneh, apa yang abangnya itu mahu pagi-pagi buta ini, sejujurnya ini kali pertama abangnya sanggup menjejakkan kaki naik ke biliknya yang berada di tingkat tiga itu.
"a..abang kenapa⁉"
"Se.ko.lah".perkataan itu disebut satu persatu oleh luthfi sebelum pergi meninggalkan lianna tanpa menunggu balasannya.
Lianna yang masih keliru setia berdiri di hadapan pintu biliknya sebelum matanya tiba-tiba membulat selepas menangkap apa yang di maksudkan dengan abangnya itu. Dia cuba mengingat kembali apa yang terjadi.
"Bila saya akan bermula sekolah di sana" tanya lianna ingin tahu.
"Menurut apa yang tertulis di dalam surat ini, awak akan mula bersekolah. Eh! Sorry to say but awak akan mula masuk Victoria's esok." ujar Kasih sambil memasang riak wajah simpati seperti Lianna sedang berada di depannya.
"E..esok!
"Tapi bukan ke perlu ada waktu persiapan sebelum perpindahan sekolah lagi-lagi ni sekolah besar" ujar Lianna dengan cemas sambil kaki nya tidak berhenti bergerak
"saya juga tak tahu, ia dah tertulis seperti itu. Tapi kerana pakaian sekolah awak tidak siap lagi, awak boleh pakai baju bebas esok" Ucap Kasih tanpa menghiraukan Lianna yang tengah cemas.
"Oh no! s..sekolah harini!". Terjerit kecil lianna dan terus berlari mengambil tuala hello kittynya yang disangkut di hadapan tandasnya sebelum masuk ke tandas
A few minutes later
Semasa lianna mahu memilih baju yang sesuai untuk dipakainya nanti, sesuatu telintas di fikirannya, siapa yang akan menghantarnya nanti kerana jarak.Highschool Victoria's dengan rumahnya agak jauh.
"Call grab atau naik bas".bisik hati lianna sambil menyarung blouse biru tua lusuh yang hampir mencecah lututnya itu dengan jeans hitam menampakkan figura-nya yang comel dan polos. Disebabkan dia masih tidak diberi uniform sekolahnya lagi jadi dia diberi kebenaran untuk memakai pakaian bebas untuk hari pertama.
Sebaik selesai mengkemaskan diri di hadapan cermin. Dia memakai cermin mata bulat yang dipegangnya dari tadi, dia rabun tapi cermin mata itu tidak dapat menyembunyikan kecantikan dan kecomelan si pemakai. Ketika hampir menuju ke pintu. Matanya tidak sengaja terpandang seutas rantai yang berada di atas meja soleknya. Dia mengambil rantai itu dan tiba-tiba perasaan sebak mendatang
"k..kalaulah k..kau masih ada dekat sini, mesti diorang g..gembira kan." ujar lianna terketar-ketar. Bagi mengelakkan dia terus hanyut dalam perasaanya. Rantai itu dililit di tangan seperti gelang.
Sebaik menuruni tangga. Lianna tergesa-gesa menuju ke meja makan yang menempatkan semua keluarganya yang berbual ceria itu. Semasa menarik kerusinya untuk duduk, suasana tiba-tiba menjadi sunyi sepi sehinggalah mama-nya itu bangun dari kerusi menuju ke dapur diikuti papa-nya.
Wajah lianna mendung seketika sebelum bangun dari kerusi dan menuju ke pintu depan tanpa memakan sarapan di atas meja makan itu. Sebelum itu, dia sempat menyalam tangan abang-abangnya yang masing-masing hanya menunjukkan muka acuh tak acuh.
"Aku hantar"
Tidak sempat menuju ke pintu depan itu. Abang sulungnya Lais tiba-tiba mempelawa untuk menghantarnya. Dia terkedu sebentar.
"N..nanti tak s..susahkan abang ke." balas lianna ragu-ragu. Dia agak tergamam sebenarnya kerana sudah agak lama abangnya itu tidak bercakap dengannya sejak kejadian hitam itu
"En." hanya itu dibalas oleh abangnya sebelum bangun menggapai kunci keretanya dan berlalu keluar meninggalkan lianna yang terkebil-kebil sendirian di meja makan memandangnya dari belakang
Pap
Lianna tersedar dan terus berlalu ke kereta audi milik abangnya itu. lianna hanya berdiri di depan pintu kereta sebelum..
"masuklah! kau nak aku lambat ke hantar orang macam kau." jerkah Lais agak kasar pada pendengaran. Terus Lianna masuk kerana terkejut dengan jerkahan abangnya yang hampir membuatkannya mengalirkan air mata. Kereta itu pun terus berlalu meninggalkan perkarangan rumah itu sebaik lianna memasuki kereta.
Tanpa disedari olehnya, ada seseorang yang memerhatinya dengan raut wajah yang sedih di sebalik satu sisi rumahnya..
.
.
.
Bersambung..Please vote ⭐😝
YOU ARE READING
LIANNA LUTHFIYYA (SU)
Teen FictionLIANNA LUTHFIYYA? Dia si gadis polos berkaca mata harry potter yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke Highschool Victoria's menjadi bualan ramai student Victoria's setelah dia dilantik menjadi 'manager' untuk kelab basketball di sekolah itu secara t...