❝ The more you let go, the higher you rise.❞____________________________________
/\
Plagiarism is not allowed
©All right reserved
●●●
Burung-burung berlumba-lumba terbang ke sarang masing-masing seperti mengetahui masa rehatnya sudah tiba. Sang bulan mula menonjolkan diri menenggelamkan cahaya ke arah kegelapan. Sang matahari pula mengundur diri memberi peluang kepada sang bulan untuk melakukan tugasnya buat seketika. Tujuh lapisan langit yang berwarna biru keceriaan hilang digantikan warna kesuraman.Itulah yang dipuitiskan oleh si 'Dia' yang kesunyian. Dipinggirkan, Dihina dan Dipandang rendah sudah sebati dalam hidupnya dari dulu lagi.
Dia mengharapkan satu, bukan tapi berjuta-juta cahaya dapat membawanya keluar dari kegelapan yang menakutkan itu. Dia ingin terbang seperti burung-burung yang bebas mengepak sayap mereka ke mana yang ia ingin pergi tanpa menghiraukan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.
Dialah Lianna Luthfiyya, Si gadis malang. Sudah puas dia menunggu hari 'itu' tiba tapi perkara itu hanyalah angan-angan yang tidak boleh digapainya meskipun sedikit.
Bertahun-tahun hanya perkara yang sama di hadapinya. Abang kandungnya sendiri tidak pernah sekalipun menganggap dia sebagai sebahagian dari keluarga besar mereka, setiap kali bertembung pasti kata-kata hinaan yang keluar dari mulut mereka.
Ibu dan ayahnya pula tidak pernah menghiraukan dirinya ketika mereka berada di rumah, masing-masing hanya melakukan hal sendiri sehingga alpa mendidik anak-anak mereka sendiri dan mengabaikan seorang insan yang memerlukan kasih sayang mereka. Setiap kali memikirkan masalah keluarganya ini membuatkan dia berasa tertekan selama bertahun-tahun.
Tapi apa yang perlu dia buat
Apa yang perlu dia lakukan agar keluarga dia kembali pulih seperti dulu, makan bersama dalam satu meja, berbual dengan mama bila papa pergi untuk uruskan syarikatnya dan bermain serta bergurau dengan abang-abangnya.
Adakah dia perlu pergi supaya keluarganya gembira atau...
Kring kring kring
Nada dering telefon yang berkumandang lantang mengganggu lamunan si gadis yang berada dalam dunianya. Dia mendengus perlahan sebelum bangun dari lantai balkoni yang di duduki-nya tadi menuju ke arah telefonnya yang berbunyi nyaring.
Dia teragak-agak untuk menekan ikon hijau yang terpapar di skrin putih itu. Sudah begitu lama dia tidak mendapat panggilan telefon dari seseorang setelah kejadian itu.
Setelah meneliti seketika nombor tidak dikenali itu, dia terus membuat keputusan untuk mengangkatnya setelah membiarkan telefon itu berdering begitu lama. Telefon cikainya yang masih bertahan selama bertahun-tahun dengannya perlahan diletak rapat ke telinga kanannya sambil menunggu ujaran manusia di sebalik nombor telefon itu.
Dalam talian
"Assalamualaikum....
.
.
.
Bersambung...Assalamualaikum kepada readers yang disayangi.. Sya cuma nk bagitahu maaf kalau ada banyak kekurangan dalam story ni sbb Sya masih baru dalam pengkaryaan and Sya cuma harap cerita ni dapat menemani korang pada waktu luang korang..Th♥nk u, love you
YOU ARE READING
LIANNA LUTHFIYYA (SU)
Teen FictionLIANNA LUTHFIYYA? Dia si gadis polos berkaca mata harry potter yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke Highschool Victoria's menjadi bualan ramai student Victoria's setelah dia dilantik menjadi 'manager' untuk kelab basketball di sekolah itu secara t...