04

191 79 0
                                    


"I can hear you but I won't."

_________________________________

Highschool Victoria's

Itulah nama bagi sekolah yang bakal aku masuki selepas ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Itulah nama bagi sekolah yang bakal aku masuki selepas ini. Suasana sekolah itu yang tampak ceria dengan kicauan burung-burung membuatkan ia semakin indah dipandang dan Lianna di sana berdiri kaku menghadap sekolah bak istana itu. Megahnya tak terkata. Seperti berada di dalam dunia dongeng Cinderella yang ke istana untuk menari dan terjumpa cinta sejatinya

tetapi di dunia ini tiada yang namanya cinta sejati

Itupun dia bukan datang untuk menari mahupun mencari cinta tetapi belajar dan dia disini berdiri berbekalkan semangat yang tinggi dari hati untuk membuktikan kepada keluarganya yang dia bukan anak yang menyusahkan dan malang.Tetapi angan-angan itu musnah apabila fikiran ku melayang semasa tiba di gerbang sekolah sebentar tadi.

Flashback

Kereta Lais mula perlahan saat melihat electronic board yang terpampang nama Highschool Victoria's di hadapan sebuah bangunan besar yang seolah-olah istana. Dapat dilihat sistem pengawalan sekolah ini berasaskan teknologi terkini dan lebih maju dari sekolah-sekolah elite biasa yang lain.

Lianna yang melihat sekolah besar itu berasa gugup seketika, dia sepertinya bakal tahu apa yang akan berlaku selepas menjejakkan kaki ke sekolah megah ini.

Dia yakin kehidupannya selepas menjejakkan kaki ke sekolah ini akan membuatnya bakal berdepan pelbagai cabaran kelak. Perasaan gugupnya yang memuncak sebelum ini hilang apabila Lais menyuruhnya segera turun dari keretanya dengan segera bersama riak jengkel yang terpampang jelas di wajahnya.

"Kau nak aku bentangkan karpet merah dulu ke baru nak turun. Hei! Kau tahu tak sebab kau aku lambat nak pergi office sekarang!" Sinis dan lantang bicara Lais pada Lianna. Lorh tadi hang sendiri nak tumpang dia


"M..maaf sebab menyusahkan abang" Perlahan Lianna membalas dengan senyuman hambar.


Maaf! tu je yang kau cakap dari tadi, Jengkel kau tahu tak

"Siapa yang kau panggil abang, panggil aku Tuan Lais, aku tak nak dengar satu pun panggilan abang dari mulut busuk kau tu, nak tahu kenapa sebab aku jijik nak dengar kata-kata dari sundal macam kau faham tak bitch!" Kata Lais sinis tanpa perasaan dan menunjal-nunjal dahi adiknya itu.

Dapat Lianna lihat dari pandangan sinis Lais sehingga kebencian yang meluap dari riak wajah abangnya sebelum dia keluar dari kereta secepat mungkin kerana enggan mendengar kata-kata seterusnya dari abangnya yang akan buat dia menyesal seumur hidup.

Selepas Lianna keluar dari keretanya, Lais terus memecut laju meninggalkan Lianna tanpa sekelumit perasaan bersalah yang bersarang di hati. Lianna hanya berdiri kaku selepas melihat sekilas dengan hujung matanya Lais pergi meninggalkannya.

Lianna tahu dia ingin sekali melepaskan tangisan yang ditahan dari tadi tetapi belum tiba masanya, sekarang dia perlu bersungguh-sungguh membuktikan yang dia seorang Lianna yang takkan mengalah. Lianna mengesat tubiran air matanya yang akan keluar itu dan mengemas pakaiannya yang berkedut akibat duduk di dalam kereta tadi.

End Flashback

Lais seorang abang penyayang yang selalu menyokong nya dan mempercayai nya serta sanggup membela nya jika dia melakukan kesalahan, tapi sekarang ia berubah.

Hanya satu kesalahan yang tidak dilakukan nya, dia yang harus menanggung nya sehingga di sisihkan keluarga sendiri. Hehe kau terlalu menyedihkan lianna sampai family kau sendiri abaikan kau.

"abang kau yang sebelum ni percaya dekat kau dah berpaling dari kau sendiri" Desis Lianna sambil tersenyum sinis kepada pantulan wajah menyedihkan di lopak air di bawah

Kepercayaan memang menakutkan

Dia berpusing menghadap sekolah megah yang bakal mengubah hidupnya nanti dan disini perjuangannya bermula serta disinilah bakal berlakunya

'sesuatu' yang membuatkan Lianna hilang segala yang dia miliki.




.
.
.

Bersambung...







Vote please⭐

LIANNA LUTHFIYYA (SU)Where stories live. Discover now