Bab 1

43 6 17
                                    

Hari ni satu lagi hari yang tidak indah dalam diari hidup seketul Niel..

......

"Niel.....!! air aku manaaa....?!" jerit seorang wanita dalam kalangan pertengahan usia yang sedang duduk bersilang kaki di hadapan televisyen sambil menonton drama "Izinkan Aku Menjadi Skandalmu" yang baru sahaja mula ditayangkan minggu lepas.

"Ya Ibu, Niel datang ni.." sahut Niel yang sedang menyusun secawan teh wangi bersama sepinggan kecil biskut buatannya di atas dulang dan membawanya ke hadapan untuk dihidangkan kepada ibunya sebagai minum petang.

"Maaf Niel lambat, Ibu silakan makan" pelawa Niel dengan penuh sopan dan tertib.

"Hey budak apa yang kau buat lambat sangat kat dapur tu? Kau curi makan eh?" Soal wanita tersebut yang sedang merenung tajam mata anaknya, Niel.

"Tak ibu tak Niel tak curi makan pun. Niel tengah tunggu biskut tu masak tu je.. maafkan Niel ibu" kata Niel yang sudah menunduk memandang lantai bagi menahan tangisannya daripada terhambur keluar.

"Kau tak payah nak bohong aku eh budak..!!!! Aku tau kau curi makan sebab kau tak makan lagi dari pagi tadi kan" Tengking wanita itu kepada anaknya, Niel.

Terkejut Niel apabila diherdik sebegitu rupa lalu dengan segera melutut di hadapan ibunya dan memeluk kaki ibunya" maafkan Niel ibu sebab lambat siapkan minum petang untuk ibu tapi Niel memang tak curi makan walau sikit pun ibu"

Tajam mata wanita itu merenung anaknya, Niel.. "hehh kau tak payah nak tipu akulah budak bukannya aku tak kenal perangai kau ni.. dasar anak haram tak sedar diri"

"Maaf ibu tapi Niel jujur Niel memang tak curi apa-apa walau sebesar zarah sekalipun ibu" sayu Niel berkata.

"hehh apa-apa jelah.. kalau tak sedap biskut dengan air yang kau buat ni siap kau" kata wanita itu lalu menendang Niel yang masih memeluk kakinya dan mengambil sebiji biskut yang ada di atas pinggan tersebut dan menghirup sedikit air di dalam cawan teh itu..

"pfttttttttt....!!!!!! apa yang kau buat ni???!!!! kau suruh aku makan apa ni??? makanan ke batu???!!! air ni kenapa manis sangat???!!! nak suruh aku kencing manis ke lepastu mati awal macam tu..???!!!!" Disemburnya makanan yang sudah separuh dikunyah itu ke muka Niel dan menyumbat biskut-biskut tersebut ke dalam mulut anaknya dan menyiram air teh panas tersebut di atas kepala Niel..

"arghhhhh..!!! ibuuuu sakittttt...!!!!" jerit Niel yang cuba untuk mengelak namun tidak mampu kerana ibunya mengenggam erat rambutnya..

"Rasakan.. ni memang sesuai untuk anak haram macam kau...!!!! Kau tak patut duduk dalam rumah ni kalau asyik nak menyusahkan hidup aku lah budakkk..!!! Sekarang aku nak keluar aku nak kau kemas ruang tamu yang kau dah sepahkan ni...!!! Faham takkkkk...??!!!!"

"Baiklah ibu Niel faham" tersedu-sedan Niel berkata sambil menahan sakit akibat air panas yang baru sahaja dicurahkan di atas kepalanya tadi.. sudahlah rambutnya ditarik ditambah pula disimbah dengan air panas yang masih berasap.

Tanpa melengahkan masa Niel terus membersihkan ruang tamu itu lalu dengan segera dia menyiapkan makan malam buat ahli keluarganya tanpa memperdulikan rasa sakit yang dirasainya di kepala dan tangannya.

Selang beberapa jam kemudian ayahnya pulang ke rumah bersama 4 orang adiknya. Ayahnya membawa adik-adiknya keluar berjalan-jalan di bandar untuk membeli barangan keperluan mereka di samping meluangkan masa bersama 4 orang adiknya.

"Woi budak! kau dah masak?" tanya lelaki tua itu dengan begitu sombong sekali.

"Sudah ayah. Silakan duduk" Sahut Niel sambil menarik keluar kerusi-kerusi yang berada di meja makan itu buat ayahnya serta adik-adiknya lalu menghidangkan makanan dalam setiap pinggan yang ada di atas meja makan "Jemput makan semua" katanya lagi setelah selesai mengambil makanan buat mereka.

Niel yang berdiri di sisi mereka hanya memerhati tanpa sebarang suara namun jauh di dalam sudut hatinya sudah meronta-ronta ingin duduk makan bersama ahli keluarganya sekali tapi apakan daya dia hanya dianggap tidak wujud dalam ahli keluarganya. Walaupun begitu, Niel tetap bersyukur terhadap Ilahi kerana masih dikurniakan peluang untuk berjumpa dan memanggil mereka dengan gelaran 'ibu' dan 'ayah'.

"Kalau kau lapar macam biasalah faham" Kata lelaki tua tersebut setelah sesudahnya makan malam. Ayah serta adik-adiknya bangun dari kerusi lalu terus meninggalkan ruang makan dengan pinggan-pinggan yang kotor dan keadaan lantai yang bersepah dengan butir nasi akibat dariada perbuatan adik bongsunya yang baru sahaja berumur 5 tahun.

"Faham ayah" Dan seperti biasa juga dengan pantas Niel mengumpulkan lebihan sisa-sisa makanan tersebut sama ada yang masih berada di dalam pinggan atau di atas lantai semuanya dikutip bersih tanpa meninggalkan sebutir nasi pun kerana ingat akan pesan ustaznya dahulu bahawa membazir itu amalan syaitan.

Setelah mengumpul kesemua sisa-sisa makanan itu, Niel meletakkannya di dalam bekas buruk kepunyaannya yang sudah pecah kerana dia tidak dibenarkan untuk mengguna peralatan di dalam rumah tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri walaupun untuk makan atau minum dan pada waktu itu juga secara kebetulan Niel ternampak bekas yang masih boleh digunakan dicampak di atas tanah.. masih cantik bekasnya tapi sayang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab jadi Niel buat keputusan untuk menjadikannya sebagai 'pinggan dan cawan' untuk makan dan minum..

Kesemua pinggan-pinggan kotor tersebut telah dicuci oleh Niel.. selepas mencuci pinggan tersebut dengan pantas Niel ke tempatnya dan memakan sisa-sisa makanan yang dikutipnya itu tadi dan meminum air daripada sisa mereka..

Walaupun seharian sudah tidak makan dan perutnya terasa sangat lapar, Niel tetap tidak makan dengan gelojoh.. secara perlahan dia mengunyah sisa-sisa nasi dan menghisap beberapa sisa tulang ayam sebagai lauknya dengan penuh tertib walaupun tidak duduk makan di ruang makan kerana dia hanya boleh makan di tepi tong sampah belakang rumah mereka.. ya itulah satu-satunya tempat untuk Niel makan minum, buang najis, mandi, jemur bajunya sendiri dan sebagainya..

"Alhamdulillah rezeki untuk harini.. Terima kasih Ya Allah" kata Niel setelah selesai menghabiskan makanannya lalu Niel sujud syukur di atas jalan tersebut dengan air mata kesyukuran yang mengalir di pipi...

















































-To Be Continue

Aku..?[HIATUS]Where stories live. Discover now