"Mana budak ni pergi..?? Kenapa jam ni dia tak balik lagi..?!!" Bebel wanita yang dikenali sebagai ibu kepada Niel. Dia memerhati setiap penjuru kawasan rumahnya namun hampa langsung tiada kelibat anaknya, Niel.
"Assalamualaikum, ibu" Niel tiba selepas beberapa minit berjalan dengan tempo yang agak pantas apabila melihat ibunya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.
"Hah..! baru balik? kau dari mana? ponteng mana? CC? banyak duit kau.. mana dapat? Bapak kau hantar pergi sekolah suruh belajar bukannya duk merayap sana sini..!!! Dasar anak kutip tak kenang budi...!!!" Tengkingnya kepada Niel yang masih lagi lengkap berpakaian sekolah.
Terkejut Niel apabila mendengar fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh ibunya sendiri. "Tak ibu, Niel tak ponteng. Niel tak ada duit pun nak pergi CC macam yang ibu kata. Niel baru balik sek-" Belum sempat Niel menghabiskan hujahnya, kata-kata Niel sudah pun dipotong oleh ibunya.
"Heyy budakk..!! Aku tak nak dengar apa-apa alasan pun keluar dari mulut kau..!! Aku tau sekarang ni kau pergi kemas rumah lagi 5 minit kawan-kawan aku nak datang.. faham??!!"
"Faham"
Selesai sahaja Niel mengemas apa yang patut lalu tibalah rakan-rakan ibunya yang dikatakan hendak datang ke rumah.
"Yuhuuuu...!! Serra!!! Kau ada kat rumah tak..??" Jerit seorang wanita yang tiba dengan mengenakan kebaya merah menyala di tubuhnya begitu juga dengan perhiasan mukanya yang hampir kesemuanya dari celak mata sehinggalah gincu berwarna merah menyala.
"Keluarlah kitaorang dah sampai ni..!!" Kata seorang wanita yang berbadan agak gempal dan mengenakan baju kurung satin berwarna merah biru bersama kasut setinggi 7cm.
"Yuhuuuu..!!! Ada orang tak??" Jerit wanita yang agak tinggi dan mengenakan dress pink paras lutut dan kasut tumit tinggi 9cm.
Dengar sahaja bunyi panggilan di luar Niel terus mencari kelibat ibunya yang menghilang entah ke mana. Setelah puas mencari ibunya di sekeliling rumah dalam mahupun luar namun masih tidak dijumpai. Tanpa berfikir panjang Niel terus sahaja membuka pintu rumahnya kerana risau akan membuatkan tetamu berasa tak selesa apabila terpaksa menunggu terlalu lama di bawah sinaran matahari.
"waalaikumussalam, makcik ni semua kawan ibu ye? Jemputlah masuk dulu" Sopan Niel mempelawa sambil membuka kunci pintu.
"Erghhh.. budak ni siapa? Kenapa panggil makcik pulak ni? Geli aku makcik-makcik bagai" bisik salah seorang daripada mereka.
"Entah. kita salah rumah kot" jawab salah seorang dari mereka yang juga turut berbisik.
"Woi.. budak tu perli kita ke? Sibuk acah alim bagi salam bagai"
"Budak ni memang kurang ajar. Ingat kita tak tau yang dia perli kita hehh"
"Tapi aku rasa betullah rumah ni cuma budak ni mungkin anak yang si Serra tu kata anak kutip tepi longkang tu kot"
"Ouhh.. yang asyik menyusahkan tu?"
"Haa.. yelah tu kot."
"Dahlah aku panas ni asyik kena jemur bawah matahari dari tadi dahlah digelar makcik bertambah panas aku.. heh kita masuk jelah"
Akhirnya tamat sesi bisik-berbisik itu tadi. Niel hanya memerhati tingkah laku mereka bertiga yang sudah hampir setengah jam duk berbisik antara satu sama lain. Senyum senget terlakar dibibir merah muda itu apabila mendengar setiap butir kata yang dilontarkan oleh mereka.
"Jemputlah masuk, jangan malu-malu makcik sekalian buat macam rumah sendiri" Sekali lagi dia mempelawa wanita-wanita di hadapannya untuk masuk ke dalam rumah dan dengan sengaja perkataan 'makcik' ditekankan oleh Niel.
"Jemput duduk ye makcik, saya ke dapur sebentar" Sekali lagi perkataan 'makcik' ditekankan.
"Haa budak! apahal senyum-senyum ni? Kawan aku dah sampai ke belum?" Kata ibunya yang secara tiba-tiba muncul dari pintu belakang bersama adik bongsunya.
Mati senyuman di wajahnya tatkala dirinya disergah sebegitu rupa. "Dah ibu, diorang Niel dah jemput masuk tadi sekarang ni ada kat ruang tamu. Niel nak buat air sekejap."
"Bagus, pastikan kau buat air yang sesuai untuk diorang jangan kau bagi air yang diorang tak boleh nak minum pulak. Faham?"
"Faham, ibu"
Selesai sahaja Serra atau nama sebenarnya Siti Maimunah memberi peringatan kepada Niel dengan segera dia ke hadapan untuk menyambut kedatangan rakan-rakannya.
"Hmm.. air yang sesuai dengan makcik-makcik puaka tu eh? hehehheeh tunggu ah nanti" bisiknya sendirian tatkala memikirkan kata-kata ibunya sebentar tadi.
Setelah selesai Niel membuat air yang 'sesuai' untuk makcik bertiga itu, dia terus meletakkan air tersebut bersama beberapa keping biskut kering di dalam pinggan dan menatangnya ke ruang tamu untuk dihidangkan.
"Jemput minum" pelawa Niel sambil tangannya lincah menuangkan air kopi pekat yang telah direndamnya dari pagi tadi tanpa sebarang gula yang dicampurkan bersama. Senyum penuh makna terukir dibibir tatkala melihat perubahan wajah mereka selepas melihat air yang diberi.
'Euww... kopi dengan biskut kering je? sengkeknya'
'Kopi? erghh tak ada air lain ke? orange juice?'
'Biskut kering? seriously? Where's my strawberry cheesecake..?' Rungut mereka bertiga di dalam hati.
Kopi bergula di dalam cawan yang berasingan disuakan di hadapan ibunya dengan wajah yang sentiasa tersenyum manis. "Jemputlah minum ibu, Niel masuk dulu"
"Haaa.. ladies jemputlah minum" pelawa Serra dengan gembira namun ianya hanya sebentar.
Niel memerhati mereka dari jarak jauh dan agak tersembunyi. Perlahan jari jemari mereka bertiga mencapai gelas kecil di hadapan mereka. Dengan wajah yang penuh keterpaksaan mereka menghirup sedikit air di dalam gelas tersebut dan--
-To Be Continue
YOU ARE READING
Aku..?[HIATUS]
Fantasy~Previously Known As 'SENANDIKA'~ ...... Pernah dengar orang kata 'pengalaman yang mendewasakan seseorang itu, bukannya angka yang dikenali sebagai umur yang menjadi pengukur kematangan seseorang' Kisah hidup aku tak sama macam orang lain.. Zaman...