Niel berjalan perlahan tanpa hala tuju selepas kejadian tersebut berlaku. Sedih? Menyesal? Ya! itu apa yang dirasainya tatkala ini. Sungguh dia menyesal apabila melakukan hal tersebut dan dia menyesal apabila hanya mengikut kata hati semata-mata. Sepatutnya dia berfikir dengan lebih waras sebelum melakukannya dan sekarang hidup sehelai sepinggang. Apa je yang dia ada? Kosong. Langsung tak ada apa-apa.
FLASHBACK
Hairan Serra apabila melihat riaksi wajah rakan-rakannya setelah meminum air yang dihidangkan. 'Kenapa ni? tak sedap ke? habislah aku kalau diorang kata tak sedap. Budak tak guna tu memang nak kena! kau tunggu budak!' bisik hatinya yang sudah mula risau apabila melihat riaksi teruk diberikan oleh mereka.
"Puihhhhhh...! Air apa yang anak kau bagi ni Serra?!" Air di dalam mulutnya disembur ke arah Serra yang duduk tepat di hadapannya.
Terkejut Serra apabila disembur sebegitu oleh rakannya. 'Mati kau budak..! Kau tunggu..!!' jeritnya dalam hati.
"Tak sangka pulak aku yang kau ni miskin. Bukan selama ni kau kata kau kaya ke? Takkan gula pun tak mampu nak beli..?!" kata salah seorang dari mereka lalu menuangkan air tersebut ke arah Serra yang berada di sebelah kirinya.
"Entah..! Gula yang RM 2.50 tu pun tak mampu nak beli..? Dahlah kopi guna ulang-ulang tah dah berapa kali guna pun tak taulah. Selama ni bukan main acah kaya. 5 tahun kitaorg ditipu hidup-hidup dengan kau ni" kata seorang lagi dari mereka.
"Kejap-kejap..! apa salah aku? kenapa dengan kopi tu?" Tanya Serra yang sudah hampir hilang sabarnya apabila diperlakukan sebegitu namun oleh kerana mereka bertiga itu adalah "lubuk emas" baginya maka terpaksalah dia bersabar jika tidak hilanglah separuh daripada punca hartanya.
"Dahlah! Jom balik buat apa duduk rumah buruk macam ni aircond pun tak ada dah lah panas" Ajak wanita berkebaya itu.
"Mulai harini jangan cari kitaorang lagi..!" Pesan wanita yang memakai dress paras lutut tersebut.
"Babeee..!! kejap..!! Macam mana dengan kita punya 'girls out day' ?" Cemas dia memanggil semula rakan-rakannya.
"Lupakan semua tu! Kau bukan kawan kitaorang!"
"Waitt..! I can explain this..!"
"Kitaorang tak nak explanation kau tu. Simpan jelah dasar miskin..!"
"Patutlah dari mula kitaorang sampai rumah ni tadi kitaorang rasa pelik rupanya huh.. dasar penipu kata tu rumah peninggalan nenek padahal tu rumah kau dengan suami kau tu kan"
"Enough ladies..! Laki bini sama je dua-dua jalang, penipu! patutlah dapat anak pun gitu huh"
"Jom, tak payah layan dah perempuan gila ni. Dah berapa banyak kali dia tipu kita pun kita tak tau"
Terdiam Serra apabila diherdik sebegitu. Amarahnya kini sudah tidak dapat ditahan lagi. "Niel..!!! Oi.. anak haram mana kau haaa?!" jeritnya lantang sejurus sahaja mereka bertiga keluar dari kawasan rumahnya.
Niel yang memerhati di balik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu itu mula cuak apabila melihat adegan-adegan tersebut di hadapannya.
"Habislah.. tamatlah riwayat hidup aku kali ni" Pasrah Niel berbisik sendirian.
Tarik nafas..
Hembus..
Tarik..
Hem-..
"Niel..!!! Oi.. anak haram mana kau haaa?!" Jelas kedengaran di telinganya tatkala dia masih lagi cuba untuk bertenang.
Perlahan Niel mengatur langkahnya ke arah ibunya. Kepalanya yang sudah sedia tunduk semakin ditundukkan apabila terlihat wajah ibunya yang tidak ubah seperti seekor singa yang kelaparan dan dikejutkan dari tidur secara tiba-tiba. Seram! Lagi seram dari mana-mana hantu yang pernah dilihatnya.
YOU ARE READING
Aku..?[HIATUS]
Fantasy~Previously Known As 'SENANDIKA'~ ...... Pernah dengar orang kata 'pengalaman yang mendewasakan seseorang itu, bukannya angka yang dikenali sebagai umur yang menjadi pengukur kematangan seseorang' Kisah hidup aku tak sama macam orang lain.. Zaman...