"Macam mana Cikgu boleh buat tu?" tanya Niel setelah puas berfikir tentang gurunya yang aneh itu.
Cikgu Lim hanya meletakkan jari telunjuk di bibirnya dan hanya tersenyum memandang Niel yang berada di hadapannya.
FLASHBACK
Sedang Niel sibuk mengejar Azyrul yang mengambil bukunya, Niel berhenti secara mengejut apabila tersedar bahawa keadaan sekelilingnya yang kaku persis seperti berada di dunia yang dipenuhi boneka serta arca.
Dengan perlahan Niel mengatur langkahnya ke arah Azyrul dan mengambil bukunya. Namun sempat dia memerhatikan keadaan sekeliling begitu juga di kelas lain dan semuanya bagaikan disumpah menjadi patung cendana. Niel melihat ke arah jam yang tergantung di hadapan kelas dan ternyata jarum jam tersebut masih bergerak seperti sediakala.
"Apa dah jadi ni?" bisiknya sendirian ketika sedang cuba untuk memproses apa yang sedang terjadi.
"Saya tak sangka awak yang jumpa buku tersebut. Macam mana awak boleh baca buku tu sedangkan buku tu langsung tiada tulisan yang tertera?"
Terkejut Niel apabila mendengar suara garau yang menerjah ruang telinganya. Terkedu Niel apabila dia menoleh kebelakang, dilihatnya seorang jejaka yang persis seperti gurunya namun jejaka tersebut lebih tampan dan mempunyai bentuk badan yang agak sasa.
'Ehh..? Siapa ni..? Bukan aku seorang je ke yang boleh bergerak sekarang ni? Macam mana dia boleh tahu tentang buku tu..? apa dah jadi sebenarnya? Kenapa aku boleh bergerak sedangkan yang lain tak..? apa kaitan dia dengan aku..?' Bisik hati Niel yang masih tidak faham akan situasi yang dihadapinya ketika ini.
Lama Niel diam sambil memerhatikan tingkah laku jejaka yang berada di hadapannya yang baru sahaja mengambil buku tersebut dari gengaman Niel. Bagaikan dipukau, Niel hanya membiarkan sahaja buku tersebut diambil dan dibaca isi kandungannya.
"Macam mana kau boleh jumpa buku ni?"
"..."
"Apa yang membuatkan kau tertarik untuk baca buku ni?"
"..."
"Apa yang kau nampak kat buku ni?"
"..."
"Berapa lama dah kau simpan?"
"..."
"Apa tujuan kau ke sini?"
"..."
"Memandangkan kau tak jawab semua soalan aku jadi aku akan rampas buku ni dari kau dan kau tak akan jumpa buku ni lagi sampai bila-bila lagipun kau baru je baca kan.."
"Aku tak boleh nak beritahu kau tapi aku nak kau tahu yang aku terpaksa dan dipaksa tu je" Niel menjawab setelah sekian lama berdiam diri.
"Sebab apa kau terpaksa?"
"..."
"Baiklah aku percayakan kau. Perkenalkan aku Mil ataupun lebih tepat dikenali sebagai Cikgu Lim iaitu orang yang mengajar kau.. Tak kan kau tak cam muka aku?"
"Cikgu..?"
"Ye cikgu lah ni.. kau simpan rahsia aku dan aku simpan rahsia kau.. boleh?"
Niel hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia masih tidak faham apa yang sedang terjadi dan bagaimana cikgunya boleh melakukan sedemikian.. hanya satu persoalan yang terdapat di dalam kepalanya iaitu 'siapa dia?'...
YOU ARE READING
Aku..?[HIATUS]
Fantasy~Previously Known As 'SENANDIKA'~ ...... Pernah dengar orang kata 'pengalaman yang mendewasakan seseorang itu, bukannya angka yang dikenali sebagai umur yang menjadi pengukur kematangan seseorang' Kisah hidup aku tak sama macam orang lain.. Zaman...