Muzik yang melantun tinggi itu Iangsung Inara tidak hiraukan. Tangan lelaki yang semakin gatal itu dia tepis dengan perlahan. Tidak ada mood nak bermanja malam ni,sengaja dia singgah ke tempat kerja Aliya untuk menghilangkan stres tapi banyak pulak godaan yang perlu tepis malam ni.
Semakin sakit hatinya apabila melihat wajah Noah dihadapan matanya yang sedang mengelus pipi seorang gadis yang sakan menari itu. Ahh, kenapa perlu dia bertemu dengan lelaki tersebut pada malam ni.
Atau dia saja yang terhegeh-hegeh pada Noah? Sedangkan Noah tak pernah peduli tentang kewujudan dirinya. Tangan Aidan yang masih membelit pinggang kecilnya itu dia sentuh dengan lembut. Okay, takpe lah Noah. Lets games begin!
Inara tersenyum manja pada Aidan yang masih setia berada di sebelahnya pada malam itu. Giliran tangan Inara pula merangkul leher Aidan. Inara sengaja merebahkan pipi gebunya pada dada kekar milik Aidan dan dari hujung mata dia dapat melihat wajah Noah yang tegang. Kahkah. Inara gelak gedik dalam hati.
Baru kau tahu siapa Inara ni Noah. Pakar penggoda lelaki.Aidan pula bila melihat Inara yang mula jinak itu mula lah tangan dia turun ke bawah menyentuh pinggul lebar milik gadis rupawan itu. Inara menyumpah dalam hati. Salahnya juga kerana sudah tahu yang suami orang ini seorang yang sangat gatal.
Lantas, Inara lepaskan pautan di leher Aidan lalu memaut lengan supaya beredar dari situ sebelum adegan itu berakhir di atas katil. Tak nak dia bergomol dengan Aidan. Bukan taste dia suami orang ni. Aidan tu hanya seorang lelaki untuk mengisi masa lapang dia. Sahabatnya Amanda yang kenalkan dia dengan Aidan.
"You tak nak menari ke?" Aidan cuba menghalang Inara dari keluar dari kelab malam mewah Zouk itu.
"I penat, Aidan. Lagipun I sakit kepala ni sejak petang tadi." Inara cuba berlakon lemah depan Aidan. Cubaan ingin melarikan diri dari Aidan. Badan dah penat. Hati pun rasa sakit dengan Noah.
"Tapi I miss you, baby." Aidan masih mencuba untuk membelai hati seorang Inara pada malam itu. Sudah sebulan perkenalan mereka namun wanita ini susah untuk dia gapai. Sebelum ni dalam masa sehari mudah sahaja wanita jatuh dalam dakapan dia tapi tidak Inara. Kenapa susah sangat Inara ni. Jujur, Aidan terpesona dengan wajah jelita milik Inara. Isteri yang berada di rumah tidak dia hiraukan kerana itu adalah isteri pilihan ibunya.
Inara merengus dalam hati. Bibir bawah digigit dengan perlahan. Bagi betis nak paha pulak Aidan ni. Semak! Bosan dengan pujuk rayu lelaki belang ini. Bibir mengukir senyum dengan paksa. Jari jemari Aidan dia ramas dengan lembut.
"Next time kita jumpa ye sayang. Please faham I, Aidan. Lagipun dah lewat sangat ni. Mesti isteri you cari you." Inara cuba pula mengelus pipi Aidan. Masih cuba untuk mengambil hati.
Aidan mengalah.Tapi bukan mengalah kerana kalah tapi terkesan dengan raut wajah Inara yang lemah. Mungkin betul Inara penat. Jari runcing yang mengelus pipinya itu dia ambil lalu dia kucup dengan lembut. Lantas tubuh langsing wanita itu masuk dalam dakapannya.
"Okaylah. You rehat ye. I balik dulu. Please take care yourself." Tepi dahi Inara dia kucup lalu beredar dari situ.
Inara hembus nafas dengan lega bila melihat kelibat Aidan hilang. Masih selamat dia malam ni. Alhamdullilah.
*****
Noah masih merenung tajam langkah Inara yang mahu keluar dari syurga dunia itu. Noah cuba stabilkan diri. Tangan wanita yang cuba ingin merangkul lehernya itu dia tepis dengan perlahan. Wajah pula sengaja Noah pamerkan dengan garang."Okay. Done. You can go now, Adira. I don't need you anymore. Ambil duit ni dan berambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kerja kau dah selesai. Thanks for your help, girl." Noah pegang tangan Adira lalu meletakkan sejumlah wang atas telapak tangan wanita tersebut.
Adira terkejut bila melihat sejumlah wang yang berada atas tangannya. Dia tersenyum sahaja. Untungnya malam ni. Wang itu dia cium dengan lembut. Wajah lelaki itu dia pandang dengan manja.
"Okay handsome. Thank you, handsome. Senang bekerja dengan you malam ni. See you again, handsome." Ujar Adira sambil melayangkan flying kiss pada lelaki itu lantas dia beredar dari situ.
Noah hanya tersenyum sinis. Perempuan dan duit berpisah tiada. Memang pada malam itu dia sengaja melepak dekat Zouk itu. Tidak dia hiraukan tubuhnya yang penat. Irene pun dia suruh Zhafiz yang ambilkan. Info yang dia dapat dari Adam yang Inara berada di sini malam ini.
Pada mulanya dia tidak percaya bila Zhafiz mengatakan Inara adalah 'sugar baby' daddynya Tan Sri Mikael. Tapi bila melihat adegan mesra yang berlaku depan matanya tadi tu ternyata betul apa yang Zhafiz katakan. Inara tak pernah sejak dulu lagi. Memang sejak dulu dia tak suka dengan sikap dan pemakaian Inara.
Sejak pertama kali arwah isterinya Erina kenalkan Inara padanya saat itu memang dia cukup tidak suka dengan raut wajah sombong milik Inara. Dengan pemakaian yang seksi yang sengaja mengoda nafsu lelakinya. Entahlah mungkin dengan kehidupan gaya bebas wanita membuatkan dia cukup benci.
Ternyata sampai kini Inara tetap Inara yang dulu. Sejak tadi matanya asyik terpandang paha gebu milik wanita itu. Mungkin Inara sengaja menguji nafsu lelakinya.
Tanpa buang masa lagi,Noah lekas keluar dari kelab malam itu. Mata masih mencari kelibat Inara dan yes. Akhirnya jumpa. Langkah kaki laju mendekati Inara yang sedang menghampiri kereta di hujung jalan yang sunyi itu.
Tanpa sempat Inara membuka pintu keretanya,Noah lekas merampas kunci kereta wanita itu. Tidak dia pedulikan dengan raut wajah Inara yang terkejut itu.
"Apa ni, Noah? Kenapa dengan kau ni?" Inara berlagak garang. Yelah, tiba-tiba muncul si Noah ni. Ingatkan orang jahat. Rupanya arjuna hatinya. Dalam hati bergelak suka tapi sengaja tidak dia pamerkan rasa hatinya saat itu.
Noah pula hanya tersenyum senget dengan bicara Inara. Sengaja dia rangkul pinggang langsing milik Inara. Wajah pula sengaja dia lekatkan pada leher jinjang Inara. Wangi!
Tergamam Inara dengan aksi Noah. Lututnya terasa jelly. Please help me!
"Kau wangi, Inara." Bibir Noah sudah mula bekerja. Saat itu, nafsunya melonjak naik apabila tiada tanda penolakan dari Inara.
"Noah. Please! Lepaskan aku. Aku tak selesa." Inara cuba menahan dari terus terbang jauh. Ini salah. Noah bukan miliknya. Noah kepunyaan Erina dan Irene. Tangan Inara naik cuba menolak tubuh sasa milik Noah.
Noah merengus marah apabila Inara cuba menolak dirinya.
" Kenapa dengan aku tak selesa hah?!Dengan jantan tadi boleh pulak kau berpeluk. Boleh je kau peluk jantan tu, tapi dengan aku tak boleh pulak. Jangan nak jual mahal sangat lah Inara kalau dah diri tu murah!" Jawab Noah dengan garang. Egonya tercabar saat itu.
Tersentak Inara. Terluka. Sedih. Marah. Bercampur semua rasa pada masa itu.
Tubuh Noah sengaja dia tolak dengan kuat supaya menjauhi dirinya. Namun, lelaki itu hanya berganjak sedikit saja yelah sebab Noah tu besar gedabak. Huh!
"Eh! Kau siapa nak cakap aku murah? Suka hati aku lah nak bagi siapa peluk aku dan suka hati aku jugak nak cium siapa pun. Yang kau nak hina aku ni sangat kenapa? Again, who are you?" Tanya Inara dengan senyuman sinis.
"Memang kau ni tak malu langsung eh Inara. Susah bila bercakap dengan perempuan macam kau ni." Bidas Noah dengan selamba.
" Dahlah Noah, aku penat. Aku nak balik. Bagi balik kunci kereta aku. "Inara tadah tapak tangannya.
Noah hanya tayang muka bodoh. Sengaja. Biar padan muka Inara. Kunci kereta itu sengaja dia masukkan dalam poket seluar miliknya.
Inara ketap gigi bila melihat gelagat lelaki itu. Dia tahu Noah sengaja menguji kesabaran dia. Tapi ini Inara lah! Pantang berundur kecuali operasi jpj. Tiberrrr.
Noah pula semakin tidak selesa apabila melihat wajah Inara yang tersenyum nakal itu.
Rambut blonde miliknya sengaja Inara pintal dengan manja. Dress yang terbelah pada paha gebunya itu sengaja dia tarik naik sedikit ke atas.
"Jangan dekat dengan aku."Jawab Noah memberi amaran.
"Apa kau nak buat ni, Inara?" Dada Noah rasa berdebar-debar bila melihat Inara sengaja membuka butang dressnya.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MISTAKES(E-BOOK)
Romance𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 BLURB BEAUTIFULMISTAKES Tidak mudah menjadi seorang Inara. Hampir menjadi kerakusan bapa saudaranya. Mengenali Erina di rumah anak yatim. Pertama kali jatuh cinta pada seorang lelaki yang dia sendiri tahu yang lelaki...