Yang paling kita suka tulis😂
Kita promise bukan roller coaster❤️
TEASER 3
"Saya akan buktikan apa yang awak cakap dekat bawah tadi salah, Noah. Kalau ternyata saya masih suci selepas awak sentuh saya, saya nak awak ceraikan saya Noah." Ujar Inara sekali nafas.
"Sayang, no!" Pekik Noah, sungguh dia terkejut dengan kemahuan Inara.
Inara putar tubuh, mencerlung tajam ke arah Noah seperti pandangan membunuh.
"Sayang? Jangan ucap sayang kalau dalam hati awak tak ada rasa sayang untuk saya, jangan ucap sayang kalau awak tak pernah percayakan saya,Noah!" Dada Noah ditunjal dengan jari telunjuk.
Sakit, sungguh Inara sakit. Terluka, sungguh dia terluka.
Noah biarkan Inara meluah rasa,dia juga sakit. Sakit kerana dia yang melukakan Inara. Sakit bila air mata Inara tumpah kerana dia. Sakit kerana walaupun dia melukakan, dia juga turut terluka.
#BeautifulMistakes
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MISTAKES(E-BOOK)
Romance𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 BLURB BEAUTIFULMISTAKES Tidak mudah menjadi seorang Inara. Hampir menjadi kerakusan bapa saudaranya. Mengenali Erina di rumah anak yatim. Pertama kali jatuh cinta pada seorang lelaki yang dia sendiri tahu yang lelaki...