"Noah, tunggu dulu.." Inara cuba menghalang Noah dari pergi dari situ.
"Dengar dulu apa saya nak cakap ni Noah.." Rayu Inara lagi, lengan Noah dia cuba untuk capai namun Noah tepis dengan kuat.
"Apa lagi..Apa lagi yang kau nak tipu aku ni, Inara? Sudahlah, cukuplah dengan segala permainan kau. Aku dah muak! Aku bukan macam Erina yang mudah percayakan kau.." Cantas Noah dengan laju, tubuh belakang Irene yang sedang menangis itu dia usap dengan lembut.
Inara tersenyum pahit. Wajah tegang Noah itu dia pandang.
" Salah ke saya Noah? Salah saya ke sebab saya sayangkan Irene? Kenapa dari dulu awak selalu berprasangka buruk pada saya? Apa yang saya dah buat pada awak sampai awak layan saya macam ni? Erina mati pun saya tak sempat nak peluk cium jenazah dia, Noah!" Jari telunjuk Inara menunding pada dada sasa milik Inara. Matanya mula berkaca.
Noah jengilkan mata pada Inara. Irene yang sudah ketiduran itu dia letak dalam kereta lalu dia mendekati Inara. Sedikit dia menunduk memandang Inara sebab Inara pendek paras dada dia je. Ada hati nak ajak dia bergaduh. Dasar minah kaki katik! Pendek.
"Heh! Pendek! Dahlah pendek, bibir kecik, ada hati nak lawan aku. Kau mungkin lupa, tapi aku tak akan pernah lupa siapa kau sebelum ni, Inara? Dulu, daddy aku sakit sebab kau. Selepas daddy aku, isteri aku mati sebab kau! Sebab kau racun dia masa tu! Isteri aku mati sebab makan masakan kau saat tu." Jawab Noah tegas. Bahu yang terhinjut itu Noah cengkam dengan kuat.
"Aku sendiri nampak dari arah balkoni bilik aku, kau datang bawa makanan untuk Erina. Sebab tu, aku sangat-sangat benci pada kau perempuan! Kau memang tak guna! Kau bunuh dunia aku dan Irene masa itu!"
Inara pekup wajah dengan tangannya. Air matanya jatuh satu persatu.
Noah mendengus kasar lalu bahu wanita itu dia lepaskan.
" Dan permintaan Erina tak akan aku tunaikan. Sebab itu adalah kau. Aku tak mungkin kahwin dengan perempuan yang aku benci!"
Terhenti esakan Inara saat itu. Lalu wajah Noah itu dicari.
"Apa.. Apa yang awak cakap ni, Noah?"
"Kau pekak? Kau tak dengar apa yang aku cakap tadi?" Tanya Noah sambil cekak pinggang pandang wajah Inara.
"Tapi.. Kenapa Erina cakap macam tu?"
"Entah! Aku malas nak fikir. Yang penting, aku benci kau. Jangan dekat dengan anak aku, Inara. Jangan dekat!" Noah memberi amaran pada Inara.
"Saya mohon, Noah. Bagi Irene dekat dengan saya. Saya nak jaga Irene. Saya sayang Irene." Rayu Inara lagi dan lagi.
Noah urut hujung keningnya.
"Apa yang susah sangat nak faham ni! Aku cakap benda senang kot. Jangan tambah masalah aku lah, Inara!"
Inara diam. Dia tak peduli saat itu. Dia melutut dihadapan Noah.
"Tolong, Noah.. Sekali ni je. Bagi saya jaga Irene. Bagi saya dekat dengan dia lagi. Saya tak bunuh Erina dan hmm pasal Tan Sri Mikael maaf, saya tak boleh bagitahu awak.." Habis je bercakap, Inara terus tunduk.
"Bangun! Aku cakap bangun!" Ucap Noah sambil paut lengan Inara dengan kasar supaya berdiri.
"Apa lagi rahsia kau ni? Kenapa tak nak bagitahu? Sebab semua yang aku cakap tadi tu, betul kan?" Wajah Inara yang sedang menunduk itu, Noah pandang dengan tajam.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MISTAKES(E-BOOK)
Romance𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 BLURB BEAUTIFULMISTAKES Tidak mudah menjadi seorang Inara. Hampir menjadi kerakusan bapa saudaranya. Mengenali Erina di rumah anak yatim. Pertama kali jatuh cinta pada seorang lelaki yang dia sendiri tahu yang lelaki...