"AYAA, tak tahu.. Dadi anyah anti."(Haiyaa, tak tahu. Daddy marah nanti) Irene pandang wajah cuak aunty Amanda bila buka saja pintu bilik itu gambar gojes mummy Erina jatuh.
Rangkulan pada lehernya semakin kuat bila dadi kacaknya berjalan laju ke arah aunty singa Amanda.
"Kau buat apa dalam bilik aku?" Noah cuba kawal suara dari melantun tinggi. Ikutkan hati, mahu saja dia mengherdik Amanda, tapi ditahan saja kerana ada Irene.Dia tak mahu tunjukkan contoh yang tak baik pada anaknya itu.
"I cari you, nak jumpa you. Sorry, I tak sengaja jatuhkan gambar Erina." Amanda tundukkan sedikit tubuh untuk mengambil gambar itu namun ditepis laju oleh Noah.
"Keluar!" Arah Noah tegas. Irene diletakkan atas meja kerjanya. Gambar Erina diusap dan dikucup lembut bagaikan tidak mengendahkan Amanda yang masih memerhati.Bukannya dia tidak sedar adik iparnya itu menyimpan rasa hati untuknya. Erina pernah memberitahunya tentang hal itu. Jadi, apa gunanya dia berkahwin dengan adiknya? Adakah sekadar untuk permainkan adiknya?
Kalau itu benar, Noah tak akan sesekali biarkan itu berlaku. Tan Sri Mikael dan Zhafiz seperti nyawnya sendiri. Tak akan dia biarkan diri mereka dilukai. Tentang Inara, memang benar dia percaya kerana secara rahsia dia mengupah seseorang untuk mengintip Tan Sri Mikael dan Inara. Dan hasilnya cukup buatkan dia rasa marah bila mendapat tahu daddy menghadiahkan Inara sebuah rumah mewah dan barangan yang sangat mewah.
Lebih menyakinkan lagi bila Amanda menceritakan tingkah laku Inara yang sangat bebas sebab itulah dia cukup tidak suka bila Erina rapat dengan perempuan itu. Baginya, Inara hanya membawa pengaruh buruk untuk Erina. Ternyata benar semua tekaannya itu bila melihat gaya hidup mewah Inara.
Dum!
Pintu dihempas kuat oleh Amanda. Rasa cemburu semakin meluap-luap bila Noah masih tidak dapat melupakan Erina walaupun wanita itu sudah lama tiada.
Ah, Amanda menjerit kuat dalam hati. Kenapa susah sangat mahu menawan hati Noah?Tak, Amanda mengeleng perlahan,dia tak akan sesekali putus asa! Pekerja yang ralit memandang dirinya dia pandang dengan tajam.
"Korang tengok apa? Bodoh!" Jerkah Amanda tanpa dia sedari Zhafiz dan Tan Sri Mikael sedang memerhati tingkah laku biadap wanita itu.
"Amanda!" Naik seoktaf suara Tan Sri Mikael buat tubuh Amanda kaku. Macam suara daddy? Tapi daddy tak ada dekat sini kan? Getus hati Amanda.
Pusing tubuh secara perlahan-lahan mata Amanda terbuka luas bila bapa mentuanya muncul di sisi Zhafiz.
"Kenapa kamu bodohkan pekerja daddy? Apa hak kamu, Amanda? Daddy cukup tak suka dengan sikap kamu." Ucap Tan Sri Mikael dengan serius. Tangan naik memeluk tubuh.
Amanda mengetap bibir bawah, memandang wajah Zhafiz bersilih ganti dengan bapa mentuanya.Salahnya juga kerana ikutkan rasa cemburu pada arwah Erina. Terpaksalah hadap semua benda ni. Ikutkan hati mahu saja dia singkirkan orang tua ni, tapi ditahan dulu rancangannya itu.Dia akan pastikan sesiapa yang menghalang dirinya untuk mendapatkan Noah akan menerima balasan seperti Erina! Itu tekadnya. Itu janjinya.
"Maaf daddy, saya tak sengaja tadi."Letih lah berlakon jadi menantu yang baik ni. Sampai bila dia perlu hadap orang tua bodoh ni! Amanda menjerit dalam hati.
Sedikit perlahan suara Amanda, dia sedar sepanjang dia menjadi isteri Zhafiz, Tan Sri Mikael tidak sukakan dirinya.Sebab apa, dia juga tidak tahu.
"Daddy harap ini kali terakhir berperangai sebegini, Amanda. Ingat, tak guna ada rupa yang cantik kalau tidak mempunyai adab." Sedikit nasihat diberikan pada Amanda sebelum Tan Sri Mikael beredar dari situ.
Perjalanan yang jauh membuatkan tubuh tuanya sedikit penat. Maklumlah, dia sudah berusia 60tahun. Bilik kerja Noah pula dia tuju. Sudah merindui anaknya itu.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL MISTAKES(E-BOOK)
Romance𝓣𝓱𝓮 𝓦𝓲𝓯𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 2 BLURB BEAUTIFULMISTAKES Tidak mudah menjadi seorang Inara. Hampir menjadi kerakusan bapa saudaranya. Mengenali Erina di rumah anak yatim. Pertama kali jatuh cinta pada seorang lelaki yang dia sendiri tahu yang lelaki...